Sunday, 27 October 2013

Jom Tanam Kobis Diluar Musim

Musim yang biasa orang menanam kobis adalah musim yang lebih sejuk kerana tanamanya lebih sesuai dan subur..kalau kat sini biasanya dari bulan Mar hingga September. Pun begitu telah terbukti dari pengalaman sendiri yang kobis boleh ditanam diluar musim dan jugak tidak semestinya ditanah tinggi yang lebih sejuk.

Hampir sebulan yang lepas, Abuaidan telah menanam lagi 1 batch kobis sebagai stok kitchen garden yang berterusan..


Anak kobis yang telah cukup besar untuk dialihkan...biasanya selepas 3 hingga 4 minggu disemai..sekurang-kurangnya lebih dari 3 daun telah terbentuk.


Beginilah style beliau menanam yang simple sahaja tanpa peralatan pun..


Anak kobis yang siap dialihkan..kelihatan sihat dan semoga dapat menyesuaikan diri ditempat baru..


Tukang kebun yang begitu tekun menanam..


Kejap jer dah siap transferred semua..perhatikan kobis ditanam dilereng instead of diatas batas..ade taktik tersembunyi sebenarnya tuh..kita tengok lepas sebulan apa jadi..:)


Selain dari rumput rumpai yang ketara..Yang lerengnya dulu dah menjadi hampir setara dengan batas. Ini kerana bila kita menyiram, secara tak langsung menghakis tanah yang diatas bawah dan turun kelereng..dengan tidak langsung membantu menutupi bahagian akar dan batang pada bahagian bawah dan menjadikannya lebih kuat.


Amacam? Jom tanam kobis sendiri dan jimat duit dapur..:)

14 comments:

  1. bestnya dapat tanam kobis.. akak takat order benih je..tak semai-semai lagi..

    ReplyDelete
  2. salam ummu..bestnya dapat tanam kobis...Akak cuba tanam tapi tak pernah hidup pun..hehe

    ReplyDelete
  3. salam UA, dok tertanya2 jgk awat tak tk tanam atas batas...mcm ni teknik tnm kobis ya? pasni jgn update na...

    ReplyDelete
  4. Bab nak menanam ni selagi en. Suami x mulakan, selagi itulah tanah sekangkang kera tu terbiar..

    ReplyDelete
  5. Saya memang suka makan kobis, tapi malas nak tanam sendiri....

    ReplyDelete
  6. wah ada taktik juga nk tanam kobis ye! baru teringat, I ada buang kobis yg dah tak berapa fresh kt backyard garden...tgk2 ada keluar daun baru...hijau2..boleh buat benih ke tu?

    ReplyDelete
  7. Kalau I nak tanam, kos peneyelenggaraan lebih tinggi dari kos beli siap. Hahaha

    I ingatkan buah tembikai dalam gambar, puas belek, bola Abang Aidan rupernyer..

    ReplyDelete
  8. Seronok la tgok org rajin menanam ni,.:-)

    ReplyDelete
  9. seronok sangat tengok orang rajin berbakti pada tanah ni.dalam masa yang sama dapat mkn bhn2 mentah fresh n jimatkan perbelanjaan.best tgk hasil tanaman yang menjadi dan segar bugar

    ReplyDelete
  10. aduiii.. akak main beli je.. nak tanam, rasa2nya tak mungkin kot.. sebab sangat malas. hee

    ReplyDelete
  11. bestnya tanam kobis sndri...fresh dr kebun...klu lah ada tanah yg luas mcm ni, nak juga tanam..hehe..

    ReplyDelete
  12. Baru jer mula tanam kubis x tau jadi ke tidak...heheh

    ReplyDelete
  13. Tak de tanah maaaa kat belakang rumah mak ni huhu

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads