Sunday, 13 October 2013

Sleepless Mom

Siemak telah kehilangan her good nite sleep sebagai salah satu pengorbanan untuk mendapatkan tambahan 'qurratul a'yunin' ataupun cahaya matalah bahasa mudahnya.

Daripada hari pertama melahirkan sehinggalah sibayi telah berusia hampir 3 bulan setengah siemak boleh dikatakan pada setiap malam lebih dari  3 kali akan terjaga. Kadang2 bayi tidur 3 jam kemudian jaga, kadang2 setiap 2 jam..dan ade hari2nya sibayi terjaga nak susu hampir setiap jam..siemak jadi seperti zombie..

Namun alhamdulillah kerana siemak tak perlu bangun basuh botol dan buat susu setiap kali bayi nak susu..siemak cuma perlu letakkan 'nozzle' jer kemulut bayi..kadang tak sampai 5 minit menyusu sibayi sambung tidur balik..kadang sampai 20minit baru setel..

Kadang siemak sewaktu menidurkan bayi waktu malam, kerana keletihan tertidur dengan bayi dipangkuan, kadang sibayi belum idur pun siemak dah tertidur..bayi bila dah biasa tidur ngan nenen dan dipangku tiap kali nak tidur pun mesti nak nenen tiap kali terjaga dan tak boleh sambung tidur sendiri..dan itulah yang menjadi masalah bayi takleh tidur lama..salah siemak jugak sebab tak menunggu sehingga bayi habes menyusu dan letakkannya dibawah.

Ditengah2 malam pula siemak kadang tertidur sewaktu menyusukan bayi, namun banyakkan kalinya siemak dalam separuh sedarlah..tapi bila siemak terjaga..susahlah nak tidur..jadilah sleepless..

Siemak pernah mencuba teknik untuk bantu bayi tidur lebih panjang pada permulaan..dengan mencegah dirinya tidur sewaktu menidurkan bayi..tunggu sibayi tidur dahulu..dan letak..dalam bayi pada keadaan separuh sedar..biar dia cuba sambung tidur sendiri..setelah beberapa percubaan hampir nak berjaya..namun siemak lak tengah malamnya terjaga dan tak boleh nak lelap, namun sibayi tidur dengan lenanya...siemak berharap agar bayi bangun dan mintak susu..

Bila tidak tidur berterusan sekurang2nya selama 4 jam memanglah menjadi tak cukup tidur..bangunpun seawal kul 4.30pagi. Siangnya plak siemak tiada peluang tuk tidur almaklumlah banyak kerja2 rumah perlu disiapkan serta ada 'baby lebih besar' yang perlukan perhatian dan penjagaan jugak dari siemak...

Itulah yang setiap siemak perlu bersabar dan berkorban dalam menjaga dan membesarkan sibayi yang masih kecik..mungkin bila dah berpisah susu nanti barulah siemak dapat tidur lena ..inshaallah.

p/s-Pengalaman siibu mungkin tidak dapat dirasakn oleh sibapa kan..namun bila bayi telah besar..breastfeeding mother pastinya merindui saat2 seperti ini kan...:)

Tidurlah anakku

20 comments:

  1. Salam UA, cukup besar pengorbanan setiap ibu....cukup tersentuh dengan ayat terakhir tu...

    ReplyDelete
  2. Pengalaman sorg ibu yang berharga..bila anak2 dah besar mesti terkenang2kan waktu tu kan... :-)

    ReplyDelete
  3. salam ummu...itulah namanya pengorbanankan...bukan semua orang merasainya...saat indah dan nikmat menjadi seorang ibu...memang betul ummu...rindu akan saat2 tu...anak kak siti dh besar2...kalau lah bolih kembalikan mereka kesaat macam dulu...hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah saya juga dapat merasa pengalaman tu..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ummu..
    tu la.. baru malam jumaat lepas ada halaqah kat tv9, tajuk perbincangan Ibumu, Ibumu, Ibumu.. sedap perbincangan kali ni..
    itu lah pengorbanan ibu.. dari mengandung sampai melahirkan dan membesarkan.. tiada tolok bandingnya.. ibu ialah yang ke3 terpenting selepas rasul.. subhanallah.. betapa indah menjadi seorang ibu kan.. :)
    Pstttt. habis la kedut2 kat mata ibu sbb berjaga siang dan malam utk memastikan anak kecil nya bahagia dan senang.. kan..

    ReplyDelete
  6. Itulah pengorbanan si emak. Yang bagusnya tak payah bangun cuci botol, tapi yg tak bagusnya tak boleh bergilir, nak tak nak kita jugak yg kena haha. I miss those times too. Dulu I risau nak bercerai susu takut jadi tak penting to JJ anymore, but instead she still nak tidur bawah ketiak mama dia ni, masalah pulak nak asingkan tidur dia skang hehe.

    ReplyDelete
  7. rindunya saat saat menyusukan anak..anis anak kzu sampai umor 4 thun baru bercerai susu..masa tempoh menyusu tu klu dapat tido bersama anak dirasakan nikmat yg x ternilai kan....tapi emak tetap emak mana nk boleh lena selagi anak blum lena dulu

    ReplyDelete
  8. rindunya saat saat menyusukan anak..anis anak kzu sampai umor 4 thun baru bercerai susu..masa tempoh menyusu tu klu dapat tido bersama anak dirasakan nikmat yg x ternilai kan....tapi emak tetap emak mana nk boleh lena selagi anak blum lena dulu

    ReplyDelete
  9. Arif bercerai susu ketika umur 4 tahun.
    So, sambil menyusukan Arif.. dapatlah jugak K.Sham "sekelap" sekali.
    Sampai sekarang.. ada masa.. Arif ada jugak "curik2" manja.. dgn "pek2"..
    Teragak laa tu.

    ReplyDelete
  10. Tiada semua rumahtangga yg punya sama pengalaman. Ada juga tugas menjaga bayi di waktu malam diserahkan kepada suami. Ini kerana suami begitu kasihan kpd isteri yg mempertaruh nyawanya utk bayi mereka ketika kelahiran....

    ReplyDelete
  11. betul tu UA.... rindu breastfeeding moment....
    masa wean-off danish hari tu, salah satu sebabnya siemak nak cukup tidur.... lepas tu la baru dapat nikmat tidur.... kalau tak cukup tidur, susah betul nak fokus masa belajar... dan belajar juga salah satu sebab saya kena sabar dulu utk timang baby....

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum dik,
    ada anak kecil memang tiada tandingan penatnya..keadaan dunia siang dan malam sama saja bagi seorang ibu sehingga anak berusia 7 tahun..bayangkan kalau anak berderet2 yg.tak berselang tahun, lagi lah keadaannya.Sabarlah..bila semuanya dah bersekolah..semua kesengsaraan semasa mereka kecil, akan menjadi kenangan manis.

    ReplyDelete
  13. akak pun heran...kita sbg emak,si anak baru bergerak2,belum merenggek2 tp kita dah terjaga...si ayah enak ja berdengkur...
    bila anak2 dah pandai uruskan diri sendiri...mandi,ke toilet semua...saat itulah kita sbg emak merasa sgt2 'selesa' dan ada masa utk diri sendiri hehe...

    ReplyDelete
  14. sejujurnya saya sangat rindu saat menyusukan baby pengalaman yang paling indah

    ReplyDelete
  15. Saat2 mcm ni lah sebenar nya yg akan di rindu nti... Atie pun sama Ummu..dulu Pa'e pun mcm tu...Alhamdulillah masa umo dia bawah setahun senang sgt jaga nya..BF tu biasalah..mmg kejap2 nak susu kan...hehe

    ReplyDelete
  16. Apa yg ummu ceritakan itu kakak dah laluinya dulu. Betul kakak merindui saat seperti itu sekarang bila anak-anak dah tidur di bilik masing-masing...

    ReplyDelete
  17. ala comei ye arissa... :) kelebihan dan kekurangan breastfeeding.tp breastfeeding pasti byk kelebihannya..bila lagi anak nk memanjakan diri.hihihi..time ni pon mmg ptt si emaknya berehat panjang kan :))

    ReplyDelete
  18. Masa 3/4 bulan pertama mencabar skit si emak kena bangun. Tapi bila dah makin besar, tak larat dah nak pangku dia. Kena bagi susu sambil baring. <Mudah pun mudah.

    ReplyDelete
  19. Dulu Okje breastfeed sambil mengiring UA....supaya tak terhempap hehe....baringkan separuh badan sikit. Tau ajelah time tidokan sure mengantuk punya emaknya...

    ReplyDelete
  20. Salam Ummuaidan,

    Memanglah banyak yang dikorbankan ibu untuk membesarkan anak, apa lagi bila banyak anaknya. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ditanggung dan dengan sebab itulah Allah menyediakan banyak ganjarannya! Tergelak bab nozzle tu, he he!

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads