Saturday, 26 October 2013

Tuaian Hijau Dihujung Minggu

Hari ni cuaca yang agak baik disini..tiada lagi hujan renyai-renyai mahupun tanah yang becak...elok untuk aktiviti outdoor seperti gardening dan jugak bermain2 diluar untuk siabang..

So ketika si mem tengah lena dibuai mimpi curik2 keluar kejap tuk meninjau2 kebun dan jugak mengutip hasil bumi yang sudah tersedia..

Inilah rezki dipagi sabtu nie,


Dek kerana hujan kerap kebelakangan nie maka bayam liar pun  tumbuh dengan suburnya tanpa sempat disekat-sekat lagi..kalau dibiarkan bisa jadi semak yang memang menyemakkan..jadi tuailah yang mana mampu tuk diberikan kepada anak dara jiran sebelah umah yang tinggal sorang. Kobis bulat alhamdulillah masih lagi menjadi rezki tak berputusan walaupun bukan lagi musim sejuk. Kacang bendi pun alhamdulillah cukuplah buat stok dalam minggu nie..kena tuai right on time sebelum jadi matang kang dah tak lut nak makan..

Melihatkan sayuran dikebun nampaknya ade beberapa sayuran yang sedang ready untuk dipetik..alhamdulillah rezki berbudi pada tanah.

11 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki.. ;)
    Segar dari kebun..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, alhamdulillah...dah lama bunda tak singgah kesini..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ummu,
    Sememangnya berbudi kepada tanah tidak pernah menghampakan..

    ReplyDelete
  4. Mmg betul2 rezeki bila berbudi pada tanah..;)
    I wish adalah bayam liar yg tumbuh kat garden rumah saya..hahaha

    ReplyDelete
  5. slim je cili hijau tu cam tuan dia (heheh!!!jgn marah 2x). btw syoknye hari2 blh tuai hasil.

    ReplyDelete
  6. salam ummu....rezekikan..ari ni akak petik pucuk keledek.Ari tu akak nampak keledek ummu bukan main subur lagi...sedap tu ummu puck dia buat gpreng..masak asam rebus pun sedap...tak caya cuba ummu buat...:)

    ReplyDelete
  7. Rezeki semuanya...kan ummu..sekurang2nya tak perlu beli..fresh lg.. bayam masak bening pun ok..hehe. .

    ReplyDelete
  8. Baguslah tu Ummu..sayur tanam sendiri pasti terjamin dari segi kesihatan kerana tidak bercampur dengan bahan kimia...

    ReplyDelete
  9. Untung berbudi pada tanah.... jimat dan segar dari ladang :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah rezeki, mmg tak putus bekalan kan. Kacang bendi tu nak masak apa? I baru ni ada eli sepekt bendi, still pikir2 apa nak buat.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah...itulah balasan bagi orang yg rajin berbakti pada tanah UA....Kalau OKje ni, Allah nak balas apa, tanam pun tidak hehe .....

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads