Sunday, 6 October 2013

Tips Menanam Kacang Panjang Dalam Cuaca Kering

Pasaran kacang panjang kat sini dalam keadaan agak kritikal dengan cuaca keringnya hinggakan susah untuk mendapatkan kacang panjang dekat pasar..kalau ade pun satu atau dua gerai yang menjual dengan harga yang agak mahal..seikat/ secekak dah $3.50 (+/-RM5.00). Mahal tuh..untunglah siapa yang menanam sendiri dan menghasilkan buah.

Kami pun pernah beberapa kali mencuba menanam kacang panjang nie, namun tak bernasib baik kerana tanah terlalu kering, kadang merekah dek kerana cuaca panas dan kering..susah betul nak bercambah.

Entah camaner semasa mengalihkan anak2 kailan, teringat akan idea sungkupan tuk elak anak2 kailan tuh dari mati kekeringan dan kepanasan ..dan idea yang sama boleh dipraktikkan kepada kacang tanah..mungkin boleh membuahkan hasil..inshaallah.

 Benih kacang tanah diletakkan pada lubang diatas batas yang telah siap ..biasanya lebih dari satu untuk meningkatkan posibiliti cambahan (1 tak cambah, ade 2 lagi yang mungkin boleh)

 Benih ditutup nipis dengan tanah.

 Kemudian letakkan rumput kering diatasnya untuk mengekalkan kelembapan. Mesti disiram kurang2 2 kali sehari.

 Alhamdulillah dalam tempoh 3-4 hari mula bercambah.

Cambahan semakin besar, daun2 mula terbentuk.

Sungkupan dengan rumput2 kering pada tanaman mahupun benih yang disemai banyak membantu percambahan mahupun pertumbuhan. Yang pernah kami apply adalah pada ketumbar, kangkung serta kobis...memang banyak membantu dan berhasil alhamdulillah.

5 comments:

  1. kat sini panas tidak dijangka... September biasa bulan hujan ..tapi minggu lepas di Seremban terik sangat hingga pokok kacang Tanah mengering ... bila ada mulch macam UA buat ni boleh menyelamatkan tanaman kita dari kering...

    ReplyDelete
  2. Ummu, aku ada tanam kacang panjang yang menggerutu berwarna hijau... sekali imbas bentuknya macam ular ... skrg ni baru nak berputik...

    ReplyDelete
  3. bila nampak Nor tanam apa pun menjadi..bercambah...akak ni kdg2 hidup..kdg2 jadi arwah benih2 yg disemai

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas tips ini. Nak buat tapi entah bila ;)

    ReplyDelete
  5. Nampaknya tunggu OKje beli rumah yang ada tanah kat belakang rumah le UA barulah boleh refer entri ni tuk tanam kacang panjang! hehe
    Macam alasan je kan!

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads