Thursday, 3 October 2013

Mari Tanam Peanut

Projek pertanian kami masih berjalan dengan lancar alhamdulillah dengan tukang kebun baru menunjukkan minat untuk menanam pelbagai tanaman..tukang kebun simpanan tukang amek gambarlah..hehe

Hujung minggu lepas telah settlekan kerja menanam kacang tanah yang agak lama tertangguh..kacang tanah nie ditanam dilaman depan rumah namun different location and style this time..

Jom tengok yang ditanam tempohari,

 Awalnya tanah telah digemburkan tapi batas belum disiapkan (gambar sebelah pagi agak dull)

 Kemudian batas mula disiapkan..back up gardener tuh ade kat belakang..hehe

 Batas2 yang telah siap..

Benih yang digunakan adalah kacang tanah yang dibeli dipasar..yang ready untuk direbus. Kulit memang tak dibuka kerana ia akan reput kejap jer dalam tanah..penatlah nak kopek2 kan..

 Kacang tanah ditanam dicelah lereng instead of direct atas batas. Alasannya, pada musim panas senang menyerap air dan juga bila pokok membesar, mudah untuk mengaut tanah kebatang dan dengan itu tanaman lebih kuat.

 3 jalur actually yang ditanam. Nie kaedah percubaan, tengok hasil dulu baru tahu berjaya ker tak..

Dah siap diletakkan benih semuanya.

 Patstuh benih dikambus balik dengan tanah.

Dah siap kambus, disiram dengan air kurang2 2 kali sehari.

Inshaallah kalau tiada gangguan banjir bagai, selepas 4 bulan bolehlah menuai hasil.


p/s - kat sini kacang tanah kebih popular ngan nama peanut berbanding groundnut..

21 comments:

  1. tanam kacang dgn kulitnya sekali yer, tak pernah buat, apa kebaikannya yer?

    ReplyDelete
  2. Salam Ummu......baru tahu tanam kacang tanah rupanya camtu, tapi tak dibuka ke kulitnya tu?

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya itulah cara yang betul. Tak ramai yang tau.

    ReplyDelete
  4. Oh tanam di lereng bukan di atas batas. Tengoklah ummu walau kakak org kampung dan dulu sekolah ambil aliran sains pertanian tapi tak tahu cara ini. Dulu masa sekolah tingkatan 1-3 kakak ambil aliran sains pertanian tau... tapi tanam atas batas, patutlah kacangnya tak banyak:)

    Ilmu baru dapat dari ummu - good!

    ReplyDelete
  5. nak tanam tp space terlalu kecil....Insyallah kalo ada bekas besar nk tanam la jugak. :)

    ReplyDelete
  6. wah.. hari ni ai dapat satu pelajaran baru.. cara nak tanam kacang tanah.. ;)

    ReplyDelete
  7. suka tengok tanah ummu...kemas je batas...agak-agak kalau tanam dalam pasu boleh la kan

    ReplyDelete
  8. Nampak cam senang je tanam. Tanah tu kena letak baja ke lepas dah gembur2 tu? Baru saya tau tanam kacang ni kena tanam bukan atas batas.

    Yang pasti, backup gardener tu memang minat betul dia. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. wah! tak lama lagi dapat lah menuai kacang plak.. tersusun je tgk batas2 tu..
    paling suka kacang rebus..hehe

    ReplyDelete
  10. Ooo cenggini rupanya tanam kacang kak.. Hurm dengkinyer leh wat batas sume.. huhuhu3 saya nih tanah pun takde nak tanam sis.. Harap men games zombie vs plant jerla uhuk3

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing,UmmuAidan...boleh cuba ni...:)

    ReplyDelete
  12. ooooo. gitu ke tanam kacang. heheh!!!

    ReplyDelete
  13. Dulu sepupu mak ada ladang tanam kacang tanah, benihnya di campur minyak tanah utk elakkan dimakan serangga.

    ReplyDelete
  14. UA...dengan kulit kulit sekali yeh tanam tu?....laa..... ingatkan biji dia hehe
    Satu lagi ingat tanam tu kat atas batas tu UA...rupanya kat parit tu hehe....
    Mmg teruk betullah Okje hehe

    ReplyDelete
  15. UA...dengan kulit kulit sekali yeh tanam tu?....laa..... ingatkan biji dia hehe
    Satu lagi ingat tanam tu kat atas batas tu UA...rupanya kat parit tu hehe....
    Mmg teruk betullah Okje hehe

    ReplyDelete
  16. kacang ni senang tumbuh ke ummu?? maklum la tak pernah cucuk tanam..hehehe..
    kalu kat kelate ikut musim gak kacang ni..sama arr ngan jagung..time banyak tu tak abis nak makan..

    ReplyDelete
  17. ow..mcm tu rupanya tanam kacang..tau mkn je

    ReplyDelete
  18. Nanti tenaga backup gardener boleh digunapakai masa menuai, mesti dia seronok. Kami masa kecik2 dulu berebut tolong nenek tuai hasil kekacang ni, macam jumpa harta karun lagaknya.

    ReplyDelete
  19. sedapnya yg fresh...bila rebus lembut dan terasa manis2...

    ReplyDelete
  20. Salam Ummuaidan,

    Terliurlah pulak nak tanam kacang bila tengok cara nak tanamnya. Kalau dapat satu deret pun cukuplah ya sebagai percubaan.

    Mak Aji nampak jugak pokok betik togel yang tukang kebun kecik kerjakan, he he!

    ReplyDelete
  21. groundnut tu istilah US kot, kat sini pun panggil peanut....
    rajin pembantu kecil kat belakang tu....

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads