Monday, 14 October 2013

Tomato Ceri Seceri-Cerinya

Syahdunya terasa bila membayangkan betapa umat islam seluruh dunia berkumpul pada 9 Zulhijjah, hari ini untuk wukuf di Arafah dan bermulalah ibadah haji yang menyaksikan penyatuan ummat manusia yang menyembah satu2nya tuhan semesta alam..Allahuakbar!

Inshaallah kami disini akan merayakan Eidul Adha pada hari Rabu, namun begitu untuk berpuasa sunat 9 Zulhijjah kenalah ikut hari wukuf di Arafah kan..iaitu hari ini..

Hari ini juga hari sahabat alam kita rakan peragut mendapat layanan yang istimewa..diberi makan sesedap hidangan ..kerana selama 3 hari bermula 10 Zulhijjah mereka kena berkorbankan diri mereka..:)

Ok back to the title, kebelakangan nie baru terperasan yang pokok tomato yang ditanam berbulan2 yang lepas mula berbuah, setelah pokoknya sudah kelihatan seperti separuh abad dan kekeringan ...masa musim lebih sejuk dulu taknak berbuah pulak..

Jangan tertipu dengan gambar. Ini adalah setting micro, yg kecik pun nampak besar...the actual size adalah 1/3 daripada itu..cuma nak tunjuk betapa comelnya tomato ceri nie.

Gugusan yang masak tidak pula dimakan sang burung walaupun jelas kelihatan.

Yang masih putik 

Inilah saiz sebenar tomato nie..yang paling besar tuh tomato biasalah..yang second besar tuh tomato jenis ceri jugak. Dan yang paling kecil itulah tomato ceri secerinya.

Tidak dapat dipastikan dari baka mana kerana pokoknya dahulu adalah dari benih yang tumbuh daripada kompos..maknanya tanam anak pokoklah..Tomato ceri gini makan sebiji gitu pun sedap kan..


Selamat menyambut hari Raya Eidul Adha tuk semua rakan-rakan dan pembaca blog ini ..

21 comments:

  1. selamat berpuasa dan salam aidiladha buat ummu sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. Sambil petik sambil ngap2 je ummu. Segar dan manis.

    ReplyDelete
  3. Sugar glider sy sgt suka tomato cherry tu.

    ReplyDelete
  4. ceri kecik tu sedap dimakan begitu saja.. ;)

    ReplyDelete
  5. Subur2 Tomato ceryy ni Ummu...
    klu Pa'e, dia suka makan ni...hihi

    ReplyDelete
  6. Kakak tengok tomato ceri ummu sihat betul. Kalah yg kakak beli. Kulit pun licin kilat geram kakak tengok. Cuci-cuci terus makan ni sedapnya...

    M'sia dah puasa hari ini dan esok dah raya ummu. Selamat Hari raya qurban dari kakak buat ummu yg jauh di Fiji..

    ReplyDelete
  7. Salam UA, nmpak lebatnye...bila la nak dpt merasa homegrown tomato ni...SALAM IDUL ADHA dan selamat berkorban...

    ReplyDelete
  8. Rakan peragut? fikiran tetiba melayang kepada banduan2 dlm lokap, tapi bila dah sebut sembelih untuk di korbankan baru teringat yg berempat kaki tu, baru tadi lunch ngan anak2 sambil citer lembu2 tu dah beriya2 nak masuk syurga.. selamat hari raya ummu dqn keluarga kat sana..
    Nani cuti hari ni.. rabu baru keje, saja.

    ReplyDelete
  9. akak lmbt sehari kan sana :) apa pon slmt hari raya aidiladha...meriah tak kak kat sna raya? tomato tu namanya rezeki...baru nk dpt merasa lmbt skit kuarnya.. :))

    ReplyDelete
  10. Salam Aidiladha UA....
    Aisyah suka sgt makan tomato cery ni... kalau saya beli, memang kejap jer dia habiskan.... makan mcm tu jer dah sedap kan toamto cery ni :)

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya aidiladha Ummu! :D

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya aidiladha Ummu! :D

    ReplyDelete
  13. TOmato ceri cantik sangat kalau letak dalam salad kan, cute. Ada sekali tu I beli manis buahnya, makan gitu jer. Sebiji semulut hihihi.

    ReplyDelete
  14. Baru jumaat lepas makan tomato ceri ni 3 ulas sbb beli spageti. Yang saya makan tu agak masam tapi ada jugak rasa iras2 buah ceri. Sedap jugak. Dia mcm pop dlm mulut bila kunyah tu.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya makan dengan salad UA...Bolehlah makan dengan daging yang melambak lambak kat dalam freezer tu hehe

    ReplyDelete
  16. Salam Ummuaidan,

    Sedapnya tomato tu terutama yang ceri tu. Mak Aji suka yang ceri untuk buat salad. Mak Aji punya tomato tempoh hari tak menjadi, mati semua pokoknya, entah apa silapnya, keriting semua daunnya lalu mati aja. Teringin sangat nak merasa tomato tanam sendiri ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,

      Gambar pokok akak selalu saya tengok sepanjang tunggu pokok tomato saya menjadi. Kira macam submer inspirasi laa. Hee. Sekarang dah menjadi. Silalah lawat link di bawah ni. The blog baru di setup and hopefully boleh jadi inspiring macam blog akak. Thanks.

      http://backyardgartner.blogspot.com/2013/11/cherry-tomato-3.html

      Delete
    2. wkumsalam..tahniah..semoga menjadi yer..nanti akak lawat..tunggu

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads