Dok berpikir-pikir apa lagi nak buat dengan tomato yang tak berhabisan dari kebun,asyik dok masuk deep freezer jer manjang tak best jugak. Teringat akan tomato puree yang selalu dibeli dari kedai, naper tak cuba buat sendiri kan..boleh manfaatkan tomato lebihan cara lain..
Kemudian menggoogleah caranya..
Setelah tomato dikumpul cukup sekilo, maka projek bermulalah pagi ini.
Fresh tomato yang beratnya lebih sekilo. Sesiapa yang berminat nak cuba takder tomato sendiri kat kebun boleh jer beli kat kedai kalau murah-murah gitu.
Mula-mula tomato dibersihkan dengan membuang tangkai, daun dan sebagainya yang tidak patut dipuri.
Kemudian dihiris pada bahagian ujung bertentangan ngan tangkai seperti dalam gambar agar mudah dibuang kulit nanti.
Air direbus sehingga mendidih, kemudian tomato dimasukkan dan direbus selama 10 hingga 15 minit.
Lepas tuh direndam dalam air sejuk lebih kurang 5 minit agar mudah kulitnya dibuang nanti.
Kulit dibuang dengan mudahnya.
Yang dah siap dibuang kulit.
Lepas tuh tomato dibelah dua dan dibuang biji serta jus untuk mendapatkan puri yang lebih pekat, tinggal isi jer. Kalau taknak buang pun takper...belasah jer.
Dah siap dibuang biji dan air/ jus.
Kemudian blend dengan blender atau food processor hingga hancur semuanya.
I kg tomato dimasak bersama 1/2 cawan cuka, 1/2cawan gula dan 1sudu besar garam. Masak ikut kepekatan yang dikehendakilah..nak cair pun boleh jugak.
Siaplah sebotol homemade tomato puree.
Mudahkan? Masa yang diambil tak lama pun dalam 40 minit menyiapkannya. Yang bagusnya homemade nie adalah menggunakan sumber yang segar dari kebun, lebih bersih dan tiada sebarang pengawet. Nak tahan lama simpan dalam deep freezer. Pasni bolehlah guna tuk masak pizza atau spaghetti.
Mungkin boleh cuba buat sos tomato pulak kan lepas nie..:)
senang sja buatnya..boleh try la. terima kasih
ReplyDeleteUmmu.
Rajin Ummu yek.....makanan yang kita buat sendiri kata orang lebih terjamin mutunya sebab kita tahu apa yang kita masukkan berbanding proses kat kilang tu kan.... :D
ReplyDeleteWah..bestnya...segar dan terjamin kebersihannya...biasa kalau kat sini beli yg kat kedai aje la..
ReplyDeletesegarnya tomato ummu..geram tengok..
ReplyDeletesenang nak buat puree ni rupanya..pasni leh la try..
Ah... yg ini betullah seumur hidup memang kakak belum pernah buat ummu. Kalau sos tomato kakak dah pernah buat. Kakak buat campur dengan papaya dan sedikit cili besar + cuka + gula + garam sedap tau sos tomato buat sendiri. Tapi puri kakak belum pernah buat - tak terfikir sebenarnya. Tengok ummu buat baru terfikir. Nampak fresh betul:)
ReplyDeletepernah berangan nak buat tomato puree dengan tomato tanam sendiri tapi sayang tomato belum nak menjadi buahnya, selalu kene serang dengan alien..
ReplyDeleteHi Nor,
ReplyDeleteKawe main ngelat sikit....tok rebus utk buang kulit pong (sifat M...heheheh)....terus blender sekali nga kulit2 gitu......kalu nokw at kuoh spageti pun lebih kure lagu ni laaaa, cumo tamboh daun bay (dried), dan english dried herbs....jadi terus po hok kedai....heheheh
Assalamualaikum Tuan Rumah ... sedang berfikir fikir nak buat apa tomato banyak baru beli (tak boleh nampak tomato segar di hypermarket tu :) ... terima kasih for this excellent show and tell ... nak cuba pula insyaAllah
ReplyDeletesaya baru belajar buat sambal tomato (sambal tomat - resepi jumpa di internet) ... excellent simpan lama dan untuk rencah masakan lain ...
Assalam Ummu...bagus plak bila buat sendiri ni.. bebas dr bahan2 kimia.. sllu jg berlebihan tomato kt rumah...lepas ni boleh buat puri tomato sndiri...TQ ummu sbb sharing:)
ReplyDeletetomato simpan lama2 dlm petiais pun lama2 busuk jugak,kan...
ReplyDeletetak tau pulak cara buat tomato puree sendiri...bagsnya NOr..lbh jimat,lbh terjamin kebersihannya
sedap & segar lagi tu. KA tak pernah buat tomato puree sendiri. Bolehlah kalau nak cuba nanti. Selalunyer kalau byk tomato KA bikin sambal tomato je hehehe
ReplyDeletesalam ummu...Wah hebatnya,,,Tahniah!
ReplyDeletesalam kenal dari fyzz..waa menarik nih sgt senang rupanya...kena cuba jugak nnti..tp tomato dari kedai la..bukan dri ladng..
ReplyDeleteassalam.. banyak nya tomato tanam sendiri!!!. senang sangat buat puree ni kan UA!
ReplyDeletesalam UA, blh commercialize ni ummu...homemade tomato puree..
ReplyDeletewaaaaaaaaa best2.... tak penah2 terpikir nk bt sndiri...senang juga rupenyer yek kak...
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteAmboiii rajinnya buat puri sendiri... tak susah mana pun kalau ikhkas membuatnya kan.....
Lepas ni cedok je kalau nak letak atas pizza atau spageti kan.... good job.....
* stembot tu kan memang best... dulu time pegnen fiyya pun nani ada tempek stembot kat sunway kan... tapi yang tu rm27.99 no grill... yang ni request by mr mama nak grill... katanya kurang minat stembot jer... so menepati citarasa. And puas sangat... kimi bedal 3 pinggan nasi lemak... dah nama pun hantu nasi lemak kan.... hehehee..... ok da... melencong jap sini tengah dok sdan teender....
Assalamkm UA,
ReplyDeleteSenang je rupanya buat tomato puree ni,thank you for sharing.
wahhhhh senang aja buatnya ya...
ReplyDeletetak payah beli.. home made lagi bagus kan xada bahan pengawet...
baguslah UA ni semua buat sendiri..
Sis, very interesting topic fr u! Tak sangka so so easy stepnya...but sedihnya i tak ada home grown tomato berlambak-lambak macam sis
ReplyDeleteooo.. nak buat puri camni ye. Air dia pon kena buang. Baru saya tau. Boleh tahan lama mana ni ummuaidan kalo simpan dlm freezer?
ReplyDeleteRajin dia buat..sebenarnyer teringin jugak buat sendiri..tapi tu la asik bertangguh jer nak beli tomato...puri tomato ummuaidan yg segar dr ladang gitu...
ReplyDeleteBoleh try ni since tomato puree ada lah bahan wajib kat dapur tu.
ReplyDeleteBagi yang selalu makan western atau bersuamikan orang luar rasanya wajib buat nikan UA ,...tak membazir....Kalau OKje buat tak tau tahun bila pulak nak guna hehe Atenya teman asyik masak kicap je
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMudah rupa2nya buat tomato puri sendiri ya! TQ for the share!
Pernah tengok AFC channel, Mat Salleh ajar lebih kurang mcm ni, cara nak simpan tomato time musim, harga murah. Tak tulis lama-lama lupa.
ReplyDeleteTerima kasih.
Belum pernah buat tomato puri sendiri sebelum ni.
ReplyDeleteBila ada resepi ni boleh lah buat lain kali.
Wah...terima kasih share resepi...menarik ni..boleh buat stok sendiri..
ReplyDeleteJom singgah blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com