Kalau mula2 berblog rasa macam mimpi kan nak dapat traffic 500 mahupun 1000 mahupun 2000. Namun over the period of time semuanya tuh bisa berubah...bergantung kepada prestasi blog kita.
Alhamdulillah semalam kali pertamanya cecah 2000, kalau 1900++ tuh dah capai beberapa kali namun tak reach nombor yang baik nie..
Takder rahsialah..korang pun leh tgk total pageviews kat blog nie ade terpanpam
Nak lebih traffik semuanya adalah hasil dari penulisan kita..orang suka ker tak..kalau dalam merepet2 tuh kita share sikitkan menda yg bermanfaat yang orang suka, boleh jadi goodwill yang tetap dalam blog. Maksudnya adalah dalam search engine untuk orang cari2 dan datang ke blog kita..
Kalau kita memang boleh tulis interesting story tentang our daily life yang orang dok tunggu2 nak tahu perkembangan hari2..macam drama swastalah, yang berkaitan ngan search engine tuh tak penting manalah sebab blog kita ade dah kekuatan sendiri.
Lagi satu yg banyakbantu dalam traffic nie adalah penyumbang traffic..mana2 yg meletakkan link blog kita dalam blog mereka...terima kasihlah semua.
Beruntung sangat kerana adanya link dari blog Sis LG dan bro Google..banyak pageview melaluinya..thanks Sis LG dan rakan2 yang lain.
Juga Linkwithin Widget tuh jangan pandang remeh..boleh beri banyak pageview jugak..macam bg pelawaan untuk readers baca cerita2 yang lain yg kelihatan menarik.
Blog picisan ini hanyalah coretan bodo-bodo tentang aktiviti bodo2 kami disini..tiada yang menarik kecualilah bagi yang berminat ngan aktiviti bodo2 kami..:)
Tak tahulah apa yang korang suka atau tak suka dalam blog bodo2 nie.. kalau nak beri komen membina sangat dialu-alukan.. nak kutuk pun silakan..:)


Tahniah Ummu......suka datang blog ni sebab daripada tak tahu ilmu kebun, dapat juga pengetahuan drpd blog ni.... :D
ReplyDeleteSaya suka sbb ada pasal kebun dan cara hidup yg terpaksa berdikari di negara orang yg saya tak terfikir akan ada Melayu yang nak duduk.. Kalau negara-negara Barat tu ramai la kan. Keep it up.
ReplyDeleteChevy
Tedi baca blog ni sebab ia betul2 web log, hehehe.
ReplyDeletesalam ummu.......tahniah buat ummu..kak siti suka sebab dapat pengetahuan macam2kan..disamping dapat kenalankan...
ReplyDeleteKalau kakak suka ke sini sebab kebun ummulah salah satunya. Keduanya kerana dua budak comel tu. Bila dah selalu masuk mesti rasa rindu kan kalau tak tengok...
ReplyDeleteTahniah UA....tinggi tu.... Blog OKje tak taulah tahun bila boleh cecah ribu riban hehe....kot kot sepanjang hayat tak cecah haha...
ReplyDeleteMana ada entri bodo-bodo semuanya educated je OKje baca.....
nampak gayanya, bilangan follower tak semestinya menentukan jumlah pageview kan? kadang2 org suka baca tapi tak jadi follower pun..
ReplyDeleteTahniah!
ReplyDeletewajib baca walau tak sempat komen :) ......semua cerita dalam blog UA saya suka.
ReplyDeleteAssalam Ummu..
ReplyDeleteTahniah ye..dh makin ramai peminat blog ni..seronok bila dtg sini..tgk kebun, Aidan & Arissa comel.. mendamaikan...
teruskan menulis...:)
tahniah ummu..
ReplyDeletebanyak tu 2k...kalo zee rasa cam mimpi jer la..hihihi
alhamdulillah...semoga penulisan kat sini memberi manfaat pada pengunjungnya...
ReplyDeleteSalam.. TAHNIAH akak.. (^_^) amy suka blog ini kerana kehidupan akak sekeluarga rasa dekat di hati.. Blog akak antara blog wajib buka hari2.. Terima kasih juga krn ceriakan hari2 saya..
ReplyDeletep/s: tolong cium arissa utk saya.. (^_^)
Wow!! Tahniah ummu... nani yg dah lama ni pun blom penah sampai total view lebih pada 1000 perday... dasyat betul penangan hasil tulis karangan ummu ni... kena berguru juga kita ngan ummu nampak gayanya ni..... apa pun Selamat berblog.... sama2 kita shared kebaikan... semoga yang baik kita jadikan teladan... yang buruk kita jadikan sempadan.... hihihi take care yer.....
ReplyDeleteAssalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteMabrook..
Keep on writing.. yg ikhlas dari hati biasanya resulting good respond.
Mana ada blog bodo2 la blog ummuaidan ni. Banyak benda baru yg awk kongsi. Terutamanya pasal berkebun. 2000 pae view banyak tu. Saya pon setakat 400 je sehari. Itu pon dah lama berblog.
ReplyDeletewaa banyak tu...cecah 2000tu...suka baca blog ni sebab banyak info pasalgardening best...hari2 nak mai sini
ReplyDeletesalam singgah. alhamdulillah tahniah. baru pertama kali ke sini & rasa terus nak follow untuk new update blog ni ^_^
ReplyDeletebestnya...
ReplyDeletemasuk le ni
asalam Ummuaidan..seronok berkongsi ilmu kan..nekcik suka jugak baca bab kebun ni...tapi kebun nekcik atas jalanraya jer
ReplyDeletewah, ramainya peminat... tahniah tahniah.... mmg suka datang sini... tenang jer rasa :)
ReplyDeleteuntung2 dapat belajar resepi mudah :)
macam mana ye saya boleh jatuh hati kat blog ni.. eeemm.. tak ingatlah tapi yang suka dengan entry sayur-sayuran tu.. buat den geram nengok eh.. ;)
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteTahniah, prestasi membanggakan!