Thursday, 5 September 2013

Moringa atau Semunggai

Pernah dengar nama pokok semunggai, remunggai, gemunggal, munggai ataupun kacagn kelor?

Tidak pastilah samada ianya pokok yang biasa dilihat di Malaysia atau tidak sebab tuan blog sememangnyer tak pernah tahu tentang pokok ini sebenarnya sebelum nie.


Berasal dari India, kini boleh didapati dipelbagai negara diseluruh dunia seperti Asia, Afrika dan sebagainya. Kini pokok ni dikatakan 'superfood' kerana kepelbagaian nutrient yang terkandung didalamnya. Namun tidak ramai yang tahu tentang khasiat daripada pokok nie.

Keselurahan dari pokok ini mengandungi protein yang tinggi, asid amino, pelbagai vitamin dan mineral serta anti-oxidant untuk melawan penyakit. Berpotensi untuk meningkatkan kesihatan dan menghapuskan kelaparan diseluruh dunia..(source)


Daunnya yang banyak digunakan didalam masakan samada dimasak sendirian atau bersama-sama dengan makanan lain. Ada yang memasaknya bersama dengan kuah dhal, ade yang memasaknya sebagai sayur air dan sebagainya. Rasa daun nie agak biasa sahaja tak ade lah strong taste yang nak membezakan ngan sayur lain..tapi sedaplah jugak kalau letak dalam dhal tuh.


Buahnya  pun juga digunakan didalam masakan. Boleh digoreng begitu sahaja ataupun masukkan didalam kuah dhal juga dapat menambahkan rasa. Sedap jugak rasanya macam lemak2 gitu.

Pokok nie boleh membiak melalu biji benih ataupun keratan batang. Mudah tumbuh dan cepat sangat membesar menjadi rimbunan.

Kalau kat Fiji nie kebanyakkan laman rumah samada Indian atau Fijian diorang tanam pokok nie. Di laman kami pun ade cuma jarang sangat guna sebab tukang masak malas nak uruskan daunnya yang kena cabut satu persatu dari tangkai...

26 comments:

  1. Assalam Ummu...
    Tak pernah pulak tahu tentang pokok ni...Daunnya macam sama dengan satu pokok yang selalu tumbuh liar kat hutan tu, tapi x tahu apa nama dia...huhu

    ReplyDelete
  2. Ni sayuran kegemaran orang India Malaysia. Kacangnya sedap dia buat kari..nama dia kacang kelo..pernah makan masa kecik2 dulu..Tapi kata org india kacangnya berangin sikit..daunnya yang byk khasiat.

    ReplyDelete
  3. Kat Kelantan kami panggil daun gemunggal...daun tu boleh dibuat ulaman untuk laksa lemak..boleh juga dicampur dalam telur dadar..Buah yg pjg tu biasanya di masak kari...org India selalu masak buah ni..tapi nak mkn ssh sikit coz ada caranya.
    resepi boleh refer kat bwh ni :-


    http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/2008/09/gulai-buah-remunggai.html

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa buat kari buah munggai ni campur dhal ngan telo...mmg kegemaran my dad

    ReplyDelete
  5. X penah mkn...tp jiran indIA masa rumah lama dulu...siap ada ditepi umahnya....ntah cmne ye rasanya..nak msaknyapun sy x pndai...:-)

    ReplyDelete
  6. penah dgr psl buah pkok nih.... tp dana tak penaah mkn sbb org2 yg suke mkn dia ada rasa pahit2 skit ... selalunyer org india suke msk dlm kari kan buah nih...

    ReplyDelete
  7. Assalam Ummu..
    rasanya pokok ni ada di Sabah..tapi kmi panggil pokok kelor..hehe..daunnya sllu juga buat masak bening..mmg sedap..sy pn suka makan..zaman mak2 sy dulu mmg glamer sayur ni...:)

    ReplyDelete
  8. Kalaulah master dedaunan hijau pun tak kenal dengan pokok ni apalah lagi org yg buta daun macam OKje ni hehe....haruslah tak kenal UA
    Banyak rupanya khasiat diakan UA...

    ReplyDelete
  9. Orang tempat saya masak kari buah munggai ni, org Perlis lah tu.

    ReplyDelete
  10. kat kws opis sy pun ada p[okok ni, teringin nak ambik btgnya tapi segan la pulak...hehehe

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ummu, nani panggil pokok murunggei... org india pandai makan.. kacangnya buat kari... tapi abah nani cakap.... boleh sakit urat kalau makan buah ni... nani penah makan.. mmg sedap...
    Lama dah tak makan pun, ingat ingat lupa pun dah 10 tahun kot... sebab kimi kecik lagi time tu.. pokok ni ada kat tepi rumah sewa dulu.... ok ummu... cau... take care....

    ReplyDelete
  12. Ohh... bila lihat kacang dia kakak rasa dekat M'sia pun adalah Ummu. Tapi biasa org India memang suka membelinya. Kalau org kita biasa masak kari. Daunnya kakak belum pernah jumpa di pasar. Tak tahu lagi macam mana rasanya, kena tunggu ummu balik M'sia tanam hihi...

    ReplyDelete
  13. salam UA, kat Kedah ni pun mmg femos pokok munggai ni...selalunya depa buat kari...tapi tk tahu rasanya cam mna sbb blum penah try...memandangkan khasiatnya tu...pasni kena try jgk lah..

    ReplyDelete
  14. salam UA.......

    baru hari nie Yan tahu daun munggai nie.....boleh makan.....kalau buahnya memang sedap buat kari ngan ikan kembung.....

    ReplyDelete
  15. salam,
    ai saya ida
    newbies blogger
    baru follow blog ni
    jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com

    p/s:ni pokok kelor namenye
    sedap masak lemak putih dengan keledek huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. Laa.. Pokok murungai, baru ni saya pun ADA baca pasal khasiat dia mmg byk. Buah dia masuk dlm Kari ikan mmg sdap giler. Daun tu plk wat apa pun sdap slalu my mom masak cam kita wat lmak pcuk ubi atau masak Tumis cam kerabu.

    ReplyDelete
  17. akak biasa campur buah remunggai ni dalam dalca..atau buat gulai campur udang/daging....tp yg lecehnya nak kikis kulit luarnya yg keras tu...

    pucuknya sedap kalau campur kedalam telur dadar..

    ReplyDelete
  18. salam ummu....buahnya sedap bubuh dalam dalca...hisap2 makan isinya je..kulit buang..hehe...daunnya tak pernah pulak kat siti makan...

    ReplyDelete
  19. daun dia kena cabut satu2 ke? takleh lurut kan je ke hehehe... Nampak mcm familiar daun ni tapi tak perasan pernah rasa ke tidak,

    ReplyDelete
  20. Salam ummu, dulu masa duk umah kt tepi sungai, byk pokok gemunggal ni, sy selalu ambik daunnya untuk letak dlm telur dadar, baunya sblm masak agak busuk ttp setelah dimasak menjadi harum dan enak. Buahnya juga sy pernah ambik & kasi kt member pej (org penang), dia ckp sdp msk kari buah tu. Sy nk cari la keratan batang pokok ni balik, nk cuba tanam kt umh ni.

    ReplyDelete
  21. Still pakai phone... kat umah tempek gambar dulu... lepas tu guna phone buat karangan... Hehehe.. janggal kan.. sementara nak Biasa..

    ReplyDelete
  22. biasa mkn..kalau dah kacukan ni..

    semlm saudara bg,masih ada dlm peti sejuk..masak kari dgn udang..mmg sedapkan..ummu

    ReplyDelete
  23. tau pokok ni, ada juga masak tpi jarang sgt. buat goreng pedas je KA biasanyer !

    ReplyDelete
  24. I tak tau apa nama dia tapi my mom dulu selalu letak buah dia ni dalam dalca atau dhal. Sedap.

    ReplyDelete
  25. first time dengar... tgk pokok pun mmg langsung tak familiar.... huhuhu

    ReplyDelete
  26. penah makan buahnya.. sedap.. tapi daunnya eerr.. rasa macam tak pernah makan.. tak ingatlah.. tapi buahnya sedap.. ai suka.. ;)

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads