Monday, 30 September 2013

Bila Mak Bapak Rintik...

Sedang menjemur pakaian diampaian, tetiba ternampak sesuatu yang macam  berlainan dekat patch depan rumah. Lalu tinggalkan kain2 kejap, pergi jenguk dari dekat, inilah rupanya...


Aikk...sapa lak bertanam bunga kat sini..orang baru jer siapkan patch nie dan taburkan benih Garbera, macam mana lak leh ade cucuk tanam kat sini..tak mungkin Abuaidan nak mengkhianati wifenyer kot...huhuh. Tetiba teringat sibudak kecik tuh..


Sapa tanam pokok2 bunga kat mummy's garden nie? You? Akhirnya mengaku yang dialah punya kerja..terpegun sebentar jugak. Tak jadi marah, namun ade sedikit rasa kagum yang dia dah belajar sendiri bertanam tanpa diajar..tengok kami dok cucuk2 akhirnya dia pun nak bercucuk jugak..


Dah berbunga pokok bunga yang ditanamnyer yer..hihihi


Yang pokok puding nie boleh tumbuh nie kalau dibiarkan..hii satu hal lak mengganggu garbera nak idup nanti..


Inilah budak kecik yang bertanggungjawab menceroboh patch nie padahal dia dah tengok mummy buat garden, semai benih dan siram..siap pesan jangan kacau mummy's garden...hmmm berani dia menceroboh..uhuh

Betullah kata OKje yang Aidan nanti cepat jer belajar bertanam kerana asyik dok tengok kami buat. Nampaknye lepas nie bolehlah mummy releks2 ngan Arissa dalam umah,Aidan ngan his father jer yg bermain panas kat luar..:)

29 comments:

  1. Saya cada buat satu patch khas utk Aidan, pas tu letak pancang tanda nama dia, mesti dia suka

    ReplyDelete
  2. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi Ummu....hehe pandai dah Aidan berkebun, cepat pulak tumbuh bunganya....hehe

    ReplyDelete
  3. heheheh itulah kan... yg peliknyer boleh la bunge tuh tumbuh sndiri... mmg tak kemana tumpahnyer kuah kak... bgs2

    ReplyDelete
  4. Hihi.... best! Kakak suka Ummu dan kalau kakak treat this as a good sign. Tak lama Aidan akan mewarisi hobby bercucuk-tanam. Bunga puding tu memang boleh hidup. Siram airlah selalu. tak apalah boleh jadi pelindung benih yg nak membesar.

    Aidan... Aidan... ada aje kerja ye:)

    ReplyDelete
  5. hehehe.... pandai lah Aidan ni.. dah mula ikut jejak Ummu..suka berkebun... comel je tgk dia bercucuk tanam tu...:)

    ReplyDelete
  6. hehe...tanam2 ja terus berbunga,kan Aidan...

    ReplyDelete
  7. Assalam.. nanti berilah dia benih sedikit untuk dia semai sendiri... seronok tengok perkembangan positif anak-anak ni! alhamdulillah aidan dah pandai berkebun!!

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn smROSE, buatkan tempat khas untuk dia...

    ReplyDelete
  9. Aidan dah mewarisi bakat mama ni..

    ReplyDelete
  10. Cepatnya pokok2 Aidan berbungga. Itulahkan kita ibu bapa menjadi contoh terbaik buat anak2. Kejap je dia belajar dari pemerhatian sahaja.

    ReplyDelete
  11. tangan aidan lagi sejuk ni dengan tanaman..terus berbunga...:D

    ReplyDelete
  12. See...seee.... dah masin cakap OKje haha.......
    Yelah UA dah hari hari dia tgk mak ayah dia menanam mestilah dia pun naik syok nak menanam jugak hehe .... Tu baru Aidan....Arissa tu silap hari bulan, tak payah tunggu pandai jalan, merangkak je dah pandai tanam sayur hehe...

    ReplyDelete
  13. Assalam UA,

    Tergelak baca gelagat si aidan,mcm kawan2 lain cakap,ape kata bagi dia satu patch kecil dan sedikit benih. pastu letak nama aidan garden...mana tau silap hari bulan dia tak bagi ummu dan abbi dia kacau patch dia.....hehe

    ReplyDelete
  14. kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasikan....dari kecik tgk ummi dan abah bercucuk tanam tentulah sedikit sebanyak minat tu wujud pada Aidan...

    ReplyDelete
  15. mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan UA. budak chomeyl gitu, learn something by just looking at it...genius okeyh! nak marah pun tak jadi. huhuu

    ReplyDelete
  16. kelakar aidan! ummu buat satu patch lagi khas utk aidan bercucuk tanam...tanah tu nampak subur je...kalau kt sini hmmm...tanah berpasir ajelah

    ReplyDelete
  17. Sis, jgn lah marah kat aiden nya. hehe. he is so cute & fast learner. tanpa disedari he learn fr ppl surrounding kan..

    ReplyDelete
  18. SM Rose, Nizam & Ibuqis
    Patch khas untuk aidan baru diwjudkan, dia pun dah mula bertanam...bertanam tomato putik hijau..heheh

    ReplyDelete
  19. Salam perkenalan sis,

    Sejuk tgn dier menanam jer jadi.. Saya nih tgn panas sis.. asal tanam jer mati pokok hu3.. nak wat patch pun tempat takde.. hu3

    Sis duduk dekat Jepun yer?

    ReplyDelete
  20. wah bagusnya bercucuk tanam.bahagia je tgk tanah penuh tumbuh2an.
    nnt free tgklah blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. yelah kena dgn tajuk..

    budak bijak namnya..dh siap ada bunga pun..habis la bunga umminya..

    ReplyDelete
  22. salam ummu...macam2 perangai sementara nak membesar...tu yang seronoknya tu ummu...kadang2 tak jadi nak marah..gelak sorang2 adalah..hehe

    ReplyDelete
  23. hihihi, cepat pokok Aidan berbunga :)
    Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, kan?
    ok juga tu, dia cuba aplikasi apa yg dia dah belajar... layankan aje :)

    ReplyDelete
  24. Salam Ummuaidan,

    He he, nak tunjukkan potensi siang2 lagi tu! Another gardener in the making! Comel ajelah Aidan ni!!

    ReplyDelete
  25. Hahahah... comel sangat si aidan ni. Ketawa saya tgk hasil tanaman yang dia tanam tu. So, maksudnya dia pun minat berkebun. Bagus tu.

    ReplyDelete
  26. apa kata ummuaidan sediakan satu ruang untuk dia.. jadi dia takkan kacau umminya punya ;)

    ReplyDelete
  27. HIhihi mengekek I gelak tengok pantasnya la hai pokok dia keluar bunga. Boleh jadi usahawan la Aidan ni. Mana tak menurunnya kalau hari2 duk tengok mak ayah duk rajin berkebun kan.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads