Cili adalah salah satu tanaman yang perlu ada dan ditanam dilaman rumah bagi sesiapa yang berhalaman rumah..kalau duduk kondo atau apartment tuh susahlah sikit kan sebab masalah ruang. Ini adalah kerana jika kita tanam cili sendiri kat rumah senang..nak makan cili segar petik jer kat pokok, anytime..jimat duit dapur pun satu..cili yang dibeli biasanya tak tahan lama, lepas 2,3 hari dah buruk..
Walaupun dalam rumah nie tuan blog sorang jer yang makan cili, namun stok cili jarang putus...dan jarang sangatlah beli kat pasar..semuanya fresh dari ladang..
Strategi diatur since awal tahun nie bilamana pernah keputusan bekalan cili akibat pokok mati,kena mesin rumput dan cili tak berbuah..banyak cili pelbagai jenis ditanam tahun nie..alhamdulillah sekarang nie tak berhabisan nak petik..
Cili jenis panjang seperti cili kulai. Pokoknya yang paling besar dan subur serta menghasilkan banyak buah. Ditanam ditepi greenhouse.
Cili burung, cili kulai yang ditanam berdekatan ngan pokok dhal
4 jenis cili - cili kulai, cili besar tempatan, cili cayenne serta cili burung yang ditanam diluar.
Cili yang ditanam ditepi pagar - cili burung, cili kulai serta cayenne..
Sebenarnya strategi tukang kebun bukan gempak pun dalam tanam cili nie..cuma tanam cili banyak2 dibeberapa tempat..boleh tengok yang mana hidup lebih subur..boleh buat spare kalau ade yang mati..
Tips untuk mudah menumbuhkan cili adalah menggunakan benih yang fresh..kalau cili yang masak yang kita beli kat pasar atau masak kat pokok lagi bagus..mudah tumbuh. Keduanya cili kalau kuantiti tak banyak jangan tanam ditengah2 matahari terik, namun cepat kepanasan buahnya..tanam ditempat yang ade teduhan..malah yang kami tanam bawah pokok besar pun berbuah sakan jugak walaupun tak kena matahari sepenuhnya..Dan juga menyiram dengan keraplah jugak agar lebih subur..kalau kurang air jugak cili boleh jadi tersangat pedas nanti...
Ini hanya dari pengalaman kami sendiri, mudah jer..kaedah2 yang canggih tidaklah diketahui..
p/s - sorry BW mungkin tergendala..harap maaf..
Assalam Ummu...
ReplyDeleteA'a cili kalau beli kat pasar tu memang cepat buruk, lebih baik tanam sendiri. Tapi kalau macam saya yang duduk kat apartment susah sikit sebab ruang takde huhu....
salam dik.
ReplyDeletecili pedas tapi ketiadaannya makanan rasa hambar, ok jom tanam cili.
salam.....
ReplyDeletebanyak nye akak tanam....tapi kan jika apa yg di tanam menjadi seronok sangat kan....
HAhahhaa awal2 UA mention pasal "halaman", takper saya walau duduk flat tetap gigih menanam dalam pot, just so far no luck yet, pokok tumbuh subur tapi tak sempat berbuah. Timing saya tak betul kot, asal pokok bsar sikit dah masuk winter, kejung semua haha.
ReplyDeleteakak main beli je you.. hee...
ReplyDeleteAsalam UA....nekcik ni klau tanam jenis sesayur ni asyik tak mnjadi jer....tapi pokok kedondong dlm pasu tak henti henti berbuah. Alhamdulilah
ReplyDeletewah..banyaknya pokok cili dia..kat rumah ni pun diorang tana cabai...hehe...
ReplyDeletesalam ummu..terima kasih berkongsi ilmu..tapi masaalahnya kak siti tanam tak pernah menjadi..
ReplyDeletecili ni mmg klu dh nama ye org msia tak pernah ye tinggal..tak puas klu tak pedas kan kak...terbaik dh tu strategi yer..tanam byk2x..hihih ^^ done dove
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMak Aji pun makan cili segar dari ladang juga, dah lama sangat tak beli cili. Kalau yang dibeli pun cili besar sebab yang itu tidak ditanam. Baru tahu yang kalau x cukup siram pedas jadinya! Good info tu.
ohhh cik abang yg lain tak makan cili ke UA?
ReplyDeleteAssalam Ummu..
ReplyDeletehubby pun ada juga cuba2 tanam cili sendiri..serai pun ada.. tpi cilinya mcm tak menjadi lah..hehe
nak tanya sesiapa yang tau.. kenapa pokok cili besar saya baru nak membesar dia buruk dengan sendirinya..tengok kt dalam ade ulat..rasa kecewa sgt sb kita excited tgok cili berbunga dengan banyak tp xlama. bila buah buruk sebelum masanya.
ReplyDelete