Thursday, 23 August 2012

Sawi - Penjarakkan Anak

Anak2 sawi daripada benih 'preserved' sendiri  yang telah ditaburkan kebatas pada 3/8/12, sekarang telah berusia hampir 3 minggu. Kerja2 penjarangan anak sawi telah lama ditunda memandangkan kesibukan persiapan hari raya dan beraya. Memandangkan anak sawi semakin membesar  dan cuaca pula semakin panas jika dibiarkan lebih lama, susah bagi anak pokok yang sudah besar untuk menyesuaikan diri dengan pengalihan dan menjadi pokok yang kuat dan subur.
 anak2 sawi kelihatan berjarak agak rapat diantara satu sama lain

 Alhamdulillah petang semalam 21//12, sedikit masa diperuntukkan untuk kerja-kerja penjarangan anak sawi. Hasilnya, hampir semua anak sawi telah dijarakkan dalam lebih kurang sejengkal antara satu sama lain sedaya mungkin, kecuali anak2 yang masih terlalu kecil dibiarkan dahulu tanpa pengalihan sehinggalah saiznya menjadi lebih sesuai untuk dialihkan.
pemandangan dekat setelah dijarakkan

Batas yang disediakan untuk sawi hampir penuh dengan anak2 sawi setelah penjarangan. 

Memandangkan cuaca disini telah beralih kepada cuaca yang lebih panas, dikhuatiri anak2 sawi tidak dapat hidup subur seperti dimusim lebih sejuk. Walaubagaimana pun sebagai percubaan, inshallah jika hasilnya baik mungkin dpt diteruskan untuk batch berikutnya jika tidak terpaksa mencari sayur alternatif nampaknya. 


Untuk progress detail click : Live updates - sawi

1 comment:

  1. tajuknya saya ingatkan boleh buat jarakkan anak..sebab orang rumah suka makan...

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads