Saturday, 18 August 2012

Hari sebelum raya...

Assalamualaikum,

Esok entah raya atau tidak, kuat rasanya macam raya. Biskut raya dah siap beberapa hari yang lalu so agak relaks sedikit membuat persiapan yang tak seberapa kerana sambutan raya kat sini taklah semeriah kat Malaysia. Takder orang balik kampung pun, kalau silap2 raya jatuh hari kerja, kena pergi kerja kalau tak dapat cuti. Since cuti sekolah dah bermula, baguslah sedikit kalau hari raya jatuh pada weekdays sekalipun, senang umat islam nak beraya. 

Since raya tak semeriah mana dan beraya pun cuma hari raya pertama sahaja maka persediaan dari segi pakaian taklah berlebihan sangat, lagipun budak kecil cepat membesar, beli banyak2 kemudian cepat sangat tak muat, membazir jugak. Rasa-rasa semua baju matters hampir beres,tiba2 teringat akan baju melayu Aidan yang dibeli siap kat Malaysia masa balik last year, baju saiz 4 tahun warna putih krim, cantik buat pergi solat. Last time (2 bulan lepas) cuba was ok, fit and nice, so pagi ini nasib baik teringat nak keluarkan dan tengok. Bila sorong kat kepala tak boleh masuk.

kepala Aidan semakin membesar kot....
Salah satu sebabnya...

Bila diukur dengan baju melayu yang dia masih boleh pakai elok2 (warna koko-saiz age 2 thn), rupa2nya jahitan bahagian leher tang butang tuh lebih pendek walaupun saiz baju putih lebih besar. So tak muatlah, nak alter dah tak boleh...so kenalah pergi cari baju raya yang lain untuk Aidan, tapi pagi masih awal, baru kul 7.00am masa tu, kedai pun belum bukak lagi.

Kemudian turun kekebun sekejap, menyiram dan check tanaman..menuai beberapa batang serai dan lengkuas untuk menu istimewa esok - satay, kuah kacang dan nasi himpit, inshaallah..
Abu Aidan pulak, masih lagi dalam kesibukan untuk menyiapkan assignment untuk leadership training yang akan bermula isnin nie selama seminggu, tetapi terpaksa memperuntukkan masa untuk housekeeping..
 Memotong rumput yang dah tinggi dan berbunga, petang nanti dia kena menyapu pulak lagi..

Setelah siap kerja2 rumah sikit, kul 9 barulah Abu menghantar kami ke Ba Town, untuk mencari baju raya Aidan, last minute shopping...
Ba Town, Fiji Islands

Hanya kami bermula melangkah bersama2, pegang tangan erat2 takut sikecil terjatuh atau terlanggar kan susah pulak nak raya2 nih..
 mak dan anak seiringan (byg jer nampak gemuk, orng tak..hehehe)
 dari kedai kekedai tapi susah betul nak jumpa yang dicari, tak banyak choice
mungkin di Jack's akhirnya?

Antara semua semua kedai pakaian kat Bandar ni, cuma Jack's & beberapa buah lagi kedai jer yang ada standard sikit, yang lain, tah hapa2 pakaiannya yang djiual yang memang tak sesuai untuk anak2 yang kita tak nak kelihatan 'junglee'...
 bahagian baju budak laki..very limited
 nie jer choice untuk seluar kanak2 yang ada, tuh pun out of size (semua gedabak2)

Cuma sehelai baju petak yang agak berkenan dihati untuk dipakai Aidan nanti,
elok tak nie?
 muka nampak tak bersemangat walaupun pakai baju baru sebab sakit bibir... terjatuh 

Untuk seluar pula terpaksa kekedai lain kerana di Jack's tiada choice... kedai seberang jalan not bad jugaklah pakaiannya..
mencuba seluar dan belt (kali pertama pakai belt)

Dah siap beli baju terpaksa pula meredah jalan cari sikit barang lain yang...Abu lupa beli cili kering macam mana nak buah kuah kacang....so kena pergi ke Market...
melangkah lagi...
Dalam perjalanan melalui,
 Masjid Jamek Ba, Fiji
 Pemandangan di stesyen bas

Dah sampai market,
 diluar market
 bahagian tepi market
didalam market.

Akhirnya dapatlah cili kering yang dicari walaupun menunggu agak lama untuk dilayan..kemudian terus call Abu datang ambik balik umah... 
Sekarang dah hampir pukul 2..masa untuk solat zohor dan memulakan 'preliminary works' untuk menu esok...ayam, daging nak kena sedia bahan2 untuk perap tuh...nasib baiklah Abu tak kesah sangat psl makanan ni ..buatlah apa pun..he would always say 'nice'...

Last but not least, 

Selamat Hari Raya untuk bonda, ayahanda, sisters and brothers, in laws, nephews and nieces..all friends,relatives, blogger friends, readers of this blog and all muslims brothers and sisters in malaysia, Fiji Islands and all over the world.. ..maaf zahir batin..

10 comments:

  1. Selamat Hari Raya, cantek gambar-gambar hari ini, I Like...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya to u & yr family too...thanks..gambar tangkap main tangkap jer nak cepat..hehehe

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Ummu Aidan, semoga amalan diterima dan diberkati selalu hendakNya. :-) Tak familiar sangat dengan Fiji (tahu ada pemain golf Vijay SIngh tu je lah) maka blog ini amat saya hargai. Thanks for the window into your life..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya utk mama juga..moga begitulah kita harapkan..fiji negara kepulauan yg kecil tak famous pun bg orng asia..tp kalau rugby mmg popular- fiji 7..

      Delete
  3. Perjalanan sebelum beraya ya...yg baik2 je akak doakan...aa la Fiji kan memang popular dgn rugby..that remind me of my sons...college rugby player...kulit dah gelap berjemur...again selamat hari raya...dah takbir kat sini...9.05 malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perjalanan yg baik inshaallah...mmg main rugby blh jd gelap berjemur...selamat hari raya kak ..maap zahir baten..

      Delete
  4. Selamat Hari Raya to Mama Aiden & Family ^_^

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum dik.

    'Selamat Hari Raya. dengan doa semoga hidup bahagia dan dilindungi Allah walau kemana jua langkah diatur'
    Menarik semua gambar yg.dikongsikan tu, terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya..thanks \byk2 kak...

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads