Hujan semenjak sabtu yang lepas, sehari dua ini makin menjadi.
Kadang lebat, kadang rintik2, kadang berhenti, tetapi cukup untuk
membasahkan bumi dan melembutkan tanah. Hujan ada baik buruknya juga
kepada pekebun, bila tak hujan kita minta hujan, bila hujan mencurah2
kita minta hujan berhenti. Hujan yang lebat ataupun sederhana
taburannya, tetapi tidak berterusan sampai 2 atau tiga hari, itu adalah
hujan yang baik - hujan yang dapat menyuburkan tanaman. Tetapi jika
hujan berterusan (dalam taburan yang tinggi) sepanjang hari dalam lebih 2 hari, boleh menjadi hujan
yang memudaratkan.
Setelah 2, 3 hari hujan berterusan dan malam
semalam hujan boleh dikatakan lebatlah juga beberapa kali turun dari
langit menyebabkan situkang kebun ini terjaga dan terpikir tentang
tanamannya yang ada kat kebun, unexpected
rain jika berterusan, boleh membahayakan. Sesetengah tanaman boleh survive
denga hujan yang berlebihan manakala sesetengah tanaman mula menunjukkan
tanda2 'lemas'. Berfikir2 dalam jaga setengah jaga yang jika hujan
berterusan selama sehari atau dua lagi habislah.
| lihatlah betapa byknya lumpur |
Daripada
pengalaman lepas, hujan yang berterusan boleh membahayakan tanaman2 yang
kecil seperti sawi atau kobis yang baru berusia seminggu dua, anak2
kobis bulat juga boleh terjejas. Pokok tomato, jika terlebih air boleh
menyebabkan batang menjadi buruk dan rosak.Pokok kacang juga tak
sukakan too much water dan yang paling dibimbangkan adalah anak2
tembikai yang baru menunjukkan pembesaran yang positif. Dah banyak kali
mencuba menanam tembikai dimusim ini, namun belum berjaya dan salah satu sebabnya
kerana hujan yang melampaui. Dalam hati berdoa agar Yang Mentaqdirkan
have mercy on us.
Dari sahur sehingga ke awal pagi hujan masih ada sedikit2, tetapi alhamdulillah nampak macam ada matahari yang akan keluar hari ini. Sebelum keluar untuk settle suatu urusan sempat jugak jenguk kebun sekali imbas - ada yang baik, ada yang tak berapa baik keadaannya.
Kemudian setelah balik settle dari urusan barulah menggagahkan diri survey keadaan tanaman betul2..
Yang menggembirakan,
| Anak kacang bendi |
| corn shoot |
-
- alhamudlillah,semuanya yang disemai pada sabtu 3/8/12 yang lepas, (semasa bermulanya minggu hujan)
Yang agak engecewakan,
- anak2 kobis bulat, daun dah menjadi semakin layu dan buruk (mungkin akarnya sudah rosak - terlebih air). yang seusianya tinggal semakin berkurangan.
Yang dikhuatirkan,
| anak2 kobis putih |
| tomatoes |
| Anak tembikai |
| Kacang panjang |
- alhamdulillah masih bertahan.
Yang kecundang,
-mungkin sebab batang yang kurus agaknya..
Diluar sana langit masih lagi mendung, belum menunjukkan tanda2 awan yang hitam dan sarat akan berlalu.
Bila dipikirkan kita sebagai tukang kebun yg kecil sahaja, belum apa2 lagi dah bimbang, bagaimana pula dengan full time farmers yang periuk nasinya hanya bergantung kepada tanaman yang mereka usahakan. Ibaratnya kita digigit semut tetapi mereka digigit lipan..bersyukurlah seadanya, alhamdulillah.
tidak mengapa kak..mesti ad rezeki yg len.rezeki Allah itu luas.Fiji 4 musim ke kak?tak kan? *blurr jap sbb tak tahu*
ReplyDeletetak..2 musim jer..sejuk ngan panas yut..
Deletebetul kak. kita ni petani kecil-kecilan je. sekali sekala kalah dengan cuaca tak lah rugi besar mana. cuma mungkin effort dan masa yang dah dikeluarkan/dihabiskan. sabar ye. rasanya banyak juga yang boleh survive tu asalkan air tak bertakung satu tempat.
ReplyDeletethanks wani, tul tu....now much better hujan semakin reda..alhamdulillah..
Deletesaya suka hujan boleh tidur nyenyak hehehe..kalau cuaca panas asyik kat kebun je, sampai nak lupa jatuh cinta kat hubby, betul tak..hehehe
ReplyDeleteHEHEhehe..separuh betul separuh tak..
Delete