Thursday, 30 August 2012

Bertanam serai.....

Kenapa perlu tanam serai ya? Tanam serai supaya senang bila nak buat tomyam, kuah kacang, masak satay atau buat nasi kerabu atau mana-manalah lagi resepi yang menggunakan serai. Bila nak guna senang, pegi jer cabut batang kat kebun, tak payah susah-susah nak cari kat market. 

Serai senang tumbuh dengan menanam bahagian batang bersama akar (daunnya dipotong), tanam beberapa pokok bersama2. Seelok-eloknya tanamlah pada tempat yang boleh dapat cahaya matahari yang banyak.

Serai yang menyimpan memori masam manis akhirnya removed by orang yang membawanya masuk kedalam kebun,  katanya in advance untuk preparation for site yang dia nak letak water tank in next school holiday, terlebih rajinkan. 

It's ok lah sebab bila tengok pada bhg batang dan akarnya nampak semakin mengering dan tak elok..mungkin sebab kurang maintenance kot, nak buat kuah kacang baru datang dekat, hehehe.

Somehow to be fair to me, he prepared other site for me to plant the lemongrass again.
Not bad also since boleh dapat full sun on this side.
 Nie beberapa pokok yang nak ditanam bersama-sama.
 Bismillahitawakkal alallah... dah selamat.

Dan yang balance drp pokok2 yang dah dicabut tu terpaksa disimpan dalam deep freezer untuk stok simpanan takut2 nak terguna lagi in the future. manalah tau nak buat kuah kacang nasi himpit lagi  sementara pokok yang baru ditanam membesar.

4 comments:

  1. ayut tanam serai gak.sblm raya aritu tanam.tp idup segan mati tak mau..cucuk pon satu jer...nnt ayut tnjuk ea..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tu mesti tak jg dengan elok tuh...tanam lebih sket..spare kan...

      Delete
  2. serai mudah hidup, tapi cara akak tanam,gunting akar yg panjang2 tu tinggalkan sekitar setengah inci, rendam..nampak akar tu hidup,baru tanam.kejap je subur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...camtuh yer..sy pakai tanah terus dan siram air jerr...alhamdulillah hiduplah ia...

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads