Saturday, 25 August 2012

Cili Tak Tahan Panas

Assalamualaikum,
Kebelakangan ini cuaca siang hari agak panas, mlm pula alhamdulillah masih lagi boleh berselimut tebal. Matahari pula naik agak cepat pukul 6 dah cerah, subuh disini pukul 5.00am. isyak pulak pukul 7.30pm, kehadapan nanti akan jadi siang lebih panjang dari malam pulak. Biasanya dalam bulan Oct bermulalah daylight saving.

Cuaca panas bukan sahaja kita manusia ni yang tak tahan tumbuhan pun sesetengahnya samalah keadaan dengan kita. Cili yang kebanyakkan pedas juga tak tahan panas, lihatlah nasibnya..

Cili2 yang paling besar yang boleh didapati disini, tetapi tidaklah sebesar cili besar kat tanahair, ini kira setengah dari saiz cili besar dai tanahair yang selalu kita letak dalam gulai mahupun hiasan dlm masakan & gorengan seperti mee & meehon. Lebih besar daripada ini, impossible! tak boleh dpt. even cili kering yang dibeli dari pasar juga kecil seperti ini saiznya. Kalau teringin nak buat 'solok lada' masakan Kelantan memang tak dapt.

Inilah rupa cili besar ini jika tidak kekeringan dan sihat,
 Pokoknya pula boleh tahan besarnya,
Pokok ni dah tua ni, kena buat plan untuk tanam yang baru pulak nampaknya.

Sekarang ni hampir tidak ada cili besar dipokok yang boleh dipetik untuk digunakan dalam masakan, semuanya kekeringan. Saya juga jarang dapat melihat cili ini masak sehingga merah warnanya. Tak tahulah sebab burung atau sebab tuannya yang cepat sangat mengutip, kecuali cili yang saya tanam awal2 dahulu bila dah  hampir berbuah, kami balik ketanahair hampir dua bulan, dan bila balik kesini balik surprised banyaknya cili masak merah . Dalam rumah ini cuma UmmAidan jer yang makan cili, Abunya tak tahan pedas, Aidan jgn cakaplah lah kan. Kadang2 ada juga curi2 letak dalam kari yang dimakan bersama tapi tak potonglah, takut pedas pulak yang 2 orang yang tak tahan peda tuh. Rindu betul rasanya nak makan cili hijau besar seperti ditanahair, potong letak dalam sayur atau kari, rangup & sedap atau makan bersama budu...

Cili kecik juga mengalami nasib yang hampir sama tetapi tak seserius cili besar

Pokok2 cili yang ditanam dekat dengan koridor dapur supaya senang nak petik bila perlu..

Dalam greenhouse pun ada jugak pokok cili kecil yang ditanam, malah pokoknya lebih besar & sihat bebanding pokok cili kecil yang kat luar ini,

Ini pula yang tumbuh sendiri mungkin benih daripada buah yang dimakan burung, dah mula berbunga. Tapi melihatkan daunnya, rasa saya ini jenis cili yang lebih kecil yang bila makan pun tak puas walaupun pedasnya boleh tahan.

Tak cukup dengan yang ada tuh, lagi saya tanam didalam greenhouse ini sebagai 'backup', manalah tau kalau2 pokok cili yang ada tuh mati kekeringan nanti taknaklah keputusan bekalan fresh cili,
Juga cili kecil seperti yang dah ada ditanam.Agak dekat dengan pokok 'hedges' sebab daripada pemerhatian saya cili yang tidak mendapat direct sun kadang2 lebih subur daripada yg berada ditempat terbuka, tak tahulah..cuma sekadar teori & percubaan daripada pemerhatian, kalau tak menjadi pun nothing to lose.

Cuba kita pikirkan, jika beli cili dari kedai 50sen pun dah banyak. Tetapi sebanyak itu boleh tak dihabiskan dalam bbrp hari (kalau keluarga kecil), dan kalau makan masa berhari2 nak habiskan, cili pun dah jadi tak sesegar mana dan semakin buruk. Tetapi kalau tanam sendiri, bila2 masa jer boleh petik yang segar dan tak perlu bimbang cili akan menjadi buruk. Jadi jika ada ruang, tanamlah dimana2 walau dalam pasu pun.

Tanpa cili rasa tak sempurna kan hidangan kita. Namun kalau terlebih cili boleh mendatangkan penyakit jugak akhirnya seperti buasir & sebagainya. Jadi eloklah kita berpada-pada & beringat dalam pemakanan.

11 comments:

  1. Salah satu anak pokok banana capsicum saya pun melecur macam ni, tinggal batang pokok dan buah yang kecil sahaja. Sebabnya, saya jemurkan dia di tengah panas terik, sedangkan adik-beradiknya yang lain di bawah net hitam. Kesian dia. Saya dah pindahkan semula di bawah teduhan, harapnya pulih kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh la mama..sy pun tanam capsicum tengah panas jgk tuh..nanti kena tanam balik bwh greenhouse..

      Delete
  2. saya punya pokok cili api dah kering awal-awal dulu. tinggal bberapa pokok cili besar tanam bawah pokok bendi, teduh juga sebab daun bendi dah lebat. memang kalau beli tak boleh banyak, cepat kering kalau takgun cepat. baik juga kalau dapat tanam sendiri, bila2 mau boleh petik jari. eh, petik cili. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan..tu yg akak perasan..bila baca gardening guides konon2 tanam cili full sun lah..tp yg hakikat cili tak lah tahan panas sgt...

      Delete
  3. :) ayut suke pedas..hihi.nak try tanam cili jugakla..dlm pasu cili ok kan kak?tak payah nak beli2 dh nnt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam jer dlm pasu..nak akak kim benih ker? heheheh

      Delete
  4. pada saya tanam cili adalah yang paling adventure sekali dalam banyak2 tumbuhan yang saya tanam. :)

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan dari saya Lola dari Hulu Langat Selangor. tengah kemaruk nak menanam sayur-sayuran yang dah semakin mahal di pasar. tergoda tengok blog akak.

    ReplyDelete
  6. rasa membazir beli cili kat kedai.. nak guna sikit je..
    la ni projek tanam cili belum dapat diusahakan lagi gara2 en. suami sibuk.

    ReplyDelete
  7. salam kak...maaf kak...sepertinya pokok kak terkena fungus yang daun bintik2 bulat orang panggil frog eye leaf spot...lama2 daun dia gugur...cili padi yang macam buah kering tapi kelopak masih hijau tue kekurangan nutrien calcium...ada orang panggil bottom end rot...seperti mana daun dapat dilihat membentuk sampan...sekadar perkongsian

    ReplyDelete
  8. salam kak...minta maaf...cili kak sepertinya tekena fungus frog eyes leaf spot...nampak daun gugur...dan cilipadi akak seperti kekurangan calcium...buah nya orang panggiln bottom end rot...dapat dilihat pada daun seperti sampan...sekadar perkongsian

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads