- Untuk digunakan dalam masakan - batang dimasak bersama sup, daun untuk menambah rasa dan aroma.
- Saderi adalah salah satu tumbuhan yang mahal nilainya (Kadangkala boleh mencapai $20/kilo)
- Saderi jarang ditanam dirumah (sebagai percubaan)
Untuk menanam saderi adalah lebih senang dengan menyediakan anak pokok yang kemudiaannya dialihkan pada batas. Sangat sensitif terhadap kepanasan, seeloknya setelah benih ditabur didalam bekas diletakkan ditempah yang teduh yang tidak mendapat direct sun. Wajib menyiram 2 kali sehari dan bekas yang disemai benih hendaklah sentiasa lembap.
Pada awalnya setelah benih bercambah, anak pokok adalah hampir menyamai pokok ketumbar dan parsley (dari keluarga yang sama).
| Ketumbar |
| parsley |
Selepas 5 minggu, bila anak saderi kelihatan besar sedikit, dah ada beberapa cabang barulah dialih kebatas, kalau terlalu awal mungkin pokok tidak cukup kuat untuk survive.
| Dialihkan kebatas 8/6/12 |
Namun setelah dialihkan, jika penyiraman
air yang mencukupi pagi petang, pokok akan membesar dengan cepatnya,
apatah lagi jika hujan lebat, pembesarannya memang ketara sekali.
| 2 minggu kemudian25/6/12 |
Sebulan kemudian (9/7/12)
Setelah hampir 2 bulan usia (6/8/12)
Pokok kelihatan jauh lebih besar dan sihat.
Namun batangnya masih lagi kecil jika dibandingkan dengan yang sudah boleh dituai, tetapi daun sudah boleh digunakan bila2 masa untuk dimakan bersama sup (lembut dan berwarna hijau muda)
![]() | |
| Ini yang menjadi target |
Mengikut maklumat yang saya perolehi melalui internet, saderi ni mengambil masa lebih 6 bulan untuk dituai batangnya. Masih ada 4 bulan lebih untuk melihat results..dapat mencapai target atau tidak.

komenku...wah!!!!syoknya
ReplyDeletenanti akak dah dok umah y ada halaman nanti tanam yerr
ReplyDeleteinsyallah...dulu akak semai dari akar je..tapi ummuaidan punya...aduhai..sederet tepu..sejuk mata memandang...
Deletesemai dr akar pun lg cepat sbb yg benih biasanya amek ms yg lama..kalau akak dok dekat boleh gak2 kongsi2 kan..heheh
Deletewah 6 bulan tunggu baru dapat hasil, setengah tahun tu.berbaloilah harganya mahal.
ReplyDeletememang sbb tuh kbnykkan orng malas nak tanam..kene siram air btul2 byk..brlah gemuk btgnya..
DeleteWah, sgt la cantik celery u! suka. BTW, $20 jauhnya harganya berbeza fr msia kan...tat's y kena la sis tanam sendiri
ReplyDeleteOlive $20 almost RM37 kalau tukar..tp kita bisanya tak beli sekilo kan..beli sikit pun still expensive..like capsicum also very expensive if out of season..better plant on yr own..
Delete