Thursday, 23 August 2012

Hari Raya Kelima?

Our conversation last night : 

"What do you think if I go back to Malaysia this coming Eidul Adha?"I asked  him trying my luck.. 
"Everybody will be there?" he asked me back..
"Maybe....but not all".. I replied.
He kept quiet. "So..?" I asked again to know the answer I've predicted...
"No, not untill next year".he softly...  
I just kept quiet not to argue anymore..

Then pagi2 nie awal2 lagi kekebun to keep busy while he still  attending his leadership course during school holiday. Aidan pulak berlari2 dan menangis dkt gate nak ikut Abu... hanya mampu melihat dari jauh...
Dari lepas dinner sampai kepagi nie Abu pulun siapkan assignment untuk submit today...

Teruskan juga kerja2 kat kebun before matahari naik & panas..

Pokok2 labu dan tembikai alhamdulillah nampaknya telah memulakan langkah untuk menjalar, tetapi kalau dibiarkan tanpa had habis satu kebun nanti, 

Dengan segala recycled woods and zink, kerja2 membuat pagar sekitarnya telah dijalankan. Biasalah kalau perempuan yang buat kerja2 pertukangan ni bukanlah sebaik dan secantik yang lelaki buat. Kita buat hanyalah kerana perlu buat. Lelaki pulak bila kita suruh biasanya akan mengambil masa kerana hendakkan perfection dan tak nak buat ala kadar sahaja. Jadi buatlah sekadar termampu, praktikal dan capai objektif..

 senget2 pagarnya...
Pandangan lari luar 

Pokok besar ditengah tu pokok terung, inshaallah bila pokok yg satu lagi yang ditanam kat tempat lain dah mula berbuah pokok ni akan ditebang. Permanent trellis pun nak kena buat juga dalam area nie.  Asalnya pada bahagian pagar utama dulu ditanam pokok 'hedges' tetapi telah digantikan dengan pagar2 zink yang dibuat sendiri oleh Abu Aidan dgn bantuan isterinya ini.  Harap2 area nie cukup untuk pokok2 menjalar.

Kemudian beralih pulak ke greenhouse memandangkan kawasan luar dah semakin panas. 

Benih Pakchoy dari Malaysia yang ditabur pada 12/8/12 nampaknya telah tumbuh sedikit walaupun tak sepenuhnya dan mengambil masa yang agak lama (seminggu lebih).
tidak begitu memuaskan pertumbuhannya
Manakala sawi denih dari malaysia juga telah ditabur kebatas untuk melihat hasilnya dan kalau disimpan lama benih tu pun tak elok akhirnya.
By 8.30am kami dah masuk balik dalam rumah sebab hari semakin panas, tak seronok nak buat kerja dan bermain. 

Hari Raya kelima, tak terzahir....

6 comments:

  1. Assalammualaikum,

    wah kerja pasang2 pagar rupa gini ni,memang kerja orang yg nak cepat dapat hasil, akak buat pagar, terlalu nak cepat siap pakai tali rapia..bergulung2 guna, ikat rapat2, janji kucing tak ceroboh, lepas tu sumbat saki baki papan..kalau tengok dari jauh, ehh jiran selalu tanya apa benda tu?,kadang malu nak jawap
    'itu pagar':-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala kak nie keje orng pompuan selekeh jer pagar nie..hebat jgk cara akak tuh..ambik gambar letak kat blog akak yer..nak tgk nanti.:)

      Delete
  2. Beraya jauh2 pun tak mengapa. Sedih ketika itu saja, tetapi kekal sebagai kenangan abadi untuk cerita dengan cucu kemudian hari..... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm, thanks...betul & sedih kata bangcik tu, mcm memahami..inshaallah kalau pjg umur boleh cerite kan..hehehe

      Delete
  3. Tak rasa nak balik malaysia ke? atau memang ummu dah menetap kat sana? buat la satu entry pasal seronok ke tak duduk di fiji dan mana satu yang awak prefer untuk menetap.....hehe. Demand pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah akan balik untuk selamanya, tunggu masa dulu..buat entry? hmmm..nanti orang bosan cite psl fiji..bukannya negara femes pung kan..heheh

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads