Tuesday, 14 August 2012

Revealed Enemies

Assalamualaikum,

Serangga perosak adalah musuh utama tanaman dan pekebun. Kerosakan boleh berlaku samada dalam sedar atau tak sedar, dalam masa sehari atau lebih, biasanya bila ketara sangat barulah kita akan sedar. Dan hari ini barulah saya mendapat jawapan kenapa persoalan tentang banyak anak2 sayur dikebun yang masih kecil dimana saya dapati daunnya berlubang2 walaupun baru berumur kurang dalam 2 minggu. Sangka saya mungkin kerana kepanasan sebab masalah ini selalunya terjadi dimusim panas, dimusim yg lebih sejuk tidak begitu ketara masalah ini. Tambahan pula sekarang musim sejuk hampir berlalu dah cuaca telah menjadi lebih panas. 

Pagi ini semasa saya sedang2 memerhatikan anak2 pokok sawi, terasa sedih pulak bila mengingatkan adakah dapat tanam sawi atau tak pada cuaca panas ini, bila, tengok anak2 pokok kecil dengan daunnya berlubang makin menguatkan teori saya yang mungkin tidak dapat menanam sebaik dimusim yang lebih sejuk. Tiba2 mata terpandang pada serangga terbang yang kecil yang yang ada pada daun, belum pernah dilihat selama ini, bukan satu malah hampir kesemua pokok terdapat serangga sedemikian rupa. Rupa2nya  mereka inilah yang merosakkan anak2 sayur, pada sayur yang besar juga ada tetapi tidaklah seserius masalah pada pokok yang masih kecil,

 pada daun pokok yang kecil
 bukan seekor dua...
pada daun besar juga..
Tanpa disedari juga, ada lagi sejenis musuh yang lain pada pokok yang lain yang telah matang, iaitu pokok sawi yang telah saya 'preserve' untuk dapatkan benih, almost critical..






Kesibukan dengan puasa dan persiapan untuk hari raya dan masa yang dihabiskan dikebun adalah sedikit berbanding pada bulan2 yang lain menyebabkan saya menjadi tidak begitu peka dengan apa yang terjadi pada persekitaran kebun sehinggalah kesan begitu ketara.

Memandangkan masalah telahpun dikenalpasti, maka penyelesaian yang segera telah diambil untuk mengelakkan kemusnahan yang lebih. Jadi saya membuat persiapan untuk meracun tanaman dikebun terutamanya tanaman sayur hijau. Sebelum memulakan kerja2 meracun, saya harvest dahulu mana2 sayur dah dah boleh dituai dan menyiram kesemua tanaman. Ini kerena setelah pokok diracun, sebaiknnya jangan siram air selama 3 hari agar lebih berkesan dan tidak meneutralkan racun dengan cepat.
Racun yang saya gunakan adalah Orthene Systemic Insecticide. Agak berkesan untuk serangga dan ulat2 daun. Berbentuk serbuk, 1 paket untuk dicairkan dengan 20 liter air. Bekas penyembur yang saya gunakan adalah untuk 500ml, jadi untuk satu peket saya boleh dapat dalam 40 bekas.  Satu botol penyembur boleh digunakan untuk keseluruhan tanaman malah masih ada lebihan biasanya.


Semasa menggunakan racun eloklah memakai sarung tangan dan pastikan semasa menyediakan racun anak2 kita berada jauh daripadanya dan jika hari yang berangin kena take extra precautions. Selepas meracun amatlah penting untuk membersihkan diri, pakaian & peralatan yang digunakan sebersih-bersihnya dan diletakkan jauh daripada anak2. Jangan dituai tanaman yang telah diracun sebelum samapi tempoh seminggu. Sayuran yang dituai juga elok dibasuh dan direndam sekejap dalam air garam sebelum digunakan untuk membunuh serangga.

Jika tidak kerana masalah serannga yang ketara, saya tidak begitu berminat dengan penggunaan racun untuk tanaman kerana tanaman yang telah diracun tidaklah sebersih, sesihat dan seselamat berbanding dengan tanaman yang hidup secara neutral.
Cuba kita pikirkan, tanaman yang kita beli dari pasar yakinkah kita akan keselamatannya kepada kesihatan. Adakah anda rasa mereka benar2 menunggu selepas seminggu meletakkan racun baru menuai sayuran?

2 comments:

  1. ikut sukatan ye kak apply racun.hihi.ayut ada racun rumput gan getah je kat company :p byk ye musuh klu bcucuk tanam ni kak..jenuh gak gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdag ikut sukatan kadg tak..dl masa ignorance i peket 3 kali jer awak campur hehehe..adat yer yut..cam kalo kat opis musuh kite org yg dengki ngan kita yer tak..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads