Saturday, 31 August 2013

Lempeng dan Jelly Kelapa Merdeka

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia..bertuahlah kita kerana seorang yang merdeka..kalaulah kita hamba abdi atau tawanan tentunya tak dapat mengecapi nikmat hidup seperti yang kita kecapi kini..Alhamdulillah syukur padaNya.

Salah satu lagi dari nikmatNya yang menciptakan buah kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan darilah air, isi, kulit, tempurung, santan dan sebagainya..semuanya bermanfaat.

Dari kelapa muda juga mebolehkan kita membuat pelbagai makanan yang membangkitkan selera..tua mahupun muda, kecik mahupun besar..dok ditanahair mahupun oversea...

Dan dari isi kelapa muda yang tak habes makan hari tu, seperti yang dicadangkan oleh rakan2 blogger melalui komen2 mereka..buatlah lempeng kelapa


Senang jer nak masaknya. Anggarkan sahaja secawan gandum, 1/3 cawan kelapa muda yang diparut. Letak sikit garam, air ..adunan cam lempeng biasa jer kecairannya. Masak jerlah cam lempeng biasa. Senang dimakan cicah sambal sardin ker,sambal ikan bilisker...kalau makan kosong jer camtuh boleh tapi tak lajulah sikit nakmenghabiskannya.

Ade jugak yang mencadangkan buat jelly kelapa,


Terima kasih kepada Norma NML yang sudi memberikan resepi melalui komen..mintak izin kongsikan disini yer Norma..

Resepi jelly kelapa

Bhn2

3 biji kelapa muda
10gms serbuk jeli jenama Swallow
1 cwn gula - kalau nak kurang manis boleh kurangkan gula
9 wcn air 
Bekas kecil 
Daun pandan

Cara2nya

Sukat air kelapa. Nisbah air kelapa dan air ialah 7:2. Tapi kalau nak semua air kelapa muda pun boleh. Masak air tersebut bersama daun pandan . Apabila air agak2 mendidih, masukkan campuran gula dan serbuk jeli. Kacau sehingga sebati dan perlahankan api.
Sementara itu, hiris isi kelapa dan masukkan dalam apa jua bekas yang disediakan.
Kemudian tuangkan campuran jeli itu ke dalam bekas. Biarkan sejuk baru simpan dalam peti ais.

p/s - BW mungkin tergendala buat sementara waktu, harap maaf yer kawan2.

11 comments:

  1. Assalam Ummu...
    Selamat menyambut Hari Kebangsaan.....!Lempeng kelapa ni slalu makan masa budak2 dulu sebab mak rajin buat untuk sarapan.

    ReplyDelete
  2. selamat hari merdaka kak......saya selalu buat cekodok kelapa sedap lemak-lemak manis....

    ReplyDelete
  3. asalam ummuaidan...kalau nekcik suka sangat cicah ngan kuah asam pedas!!1

    ReplyDelete
  4. Salam Ummuaidan,

    Sambut merdeka ngan lempeng dan jeli kelapa ya! Hujan2 ni pasti sedap makan panas2!

    ReplyDelete
  5. Mcm teringinlah pulak nk buat lempeng pagi ni UA...lebih kari ' mee kari' ada sikit lagi tu.
    Walaupun penat tak habis lagi...ececeh...hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya lah nampak jelly kelapa tu....

    ReplyDelete
  7. salam UA…..alhamdulilah!!!!baru berkesempatan jenguk org Fiji. semoga semuanya sihat2 belaka.

    ReplyDelete
  8. Haaa jelly kepala. eh kelapa. Dulu everyweek beli kat area office. Refreshing dessert.

    ReplyDelete
  9. ayut suke jelly kelapa tuuuu...mkn sejuk2x mmg best!

    ReplyDelete
  10. Dah lama hajat di hati nak buat jelly kelapa ni.. terima kasih sudi share resepi kat sini.. Nak cuba buat lepas ni..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads