Teringat akan perbualan dengan salah seorang pesakit di Labor Ward sewaktu hendak bersalinkan Arissa hampir 3 bulan yang lepas..dalam perbualan itu saya meluahkan padanya yang susu dada masih tidak bengkak dan besar seperti waktu mengandungkan Aidan dahulu..katanya itu adalah normal jika peknen anakpompuan,beliau pun mengalami sedemikian jgk sebelum tuh.
Setelah selamat bersalin still jugak macam takder susu yang keluar. Malah hampir sehari Arissa tidak mendapat susu kerana tertidu begitu sahaja, nak bagi susu..susu tak kuar.
Kata nurse yang bertugas dan jugak rakan2, teruskan menyusu walaupun macam tiada susu yang keluar kerana, 'the more you give, the more it will come out'..setelah hampir 24 jam lahir baru kelihatan seolah2 Arissa mendapat sedikit susu..ujian gula didalam darah Arissa pun agak rendah.
Namun mungkin dek kerana kelaparan, Arissa tetap jugak mintak menyusu walaupun yang kuar tuh sikit..sampaikan sepanjang malam hampir tiap jam dia nak susu.
Orang sini jugak nasehatkan amek 'baby masala' tuk bantu pengeluaran susu..baby masala nie macam campuran rempah ratus mereka tuk panaskan badan dan bantu pengaliran darah.. Alhamdulillah masuk hari kedua, pengaliran susu semakin baik dan mencukupi.
Kini setelah 11 minggu Arissa menyusu, bekalan susu dada memang lebih dari mencukupi, alhamdulillah. Malah kebanyakkan masa tidak larat dihabeskannya. Banyak yang terjadi almost everyday susu menjadi bengkak hinggalah Arissa kembali menyusu dan menghabeskannya..itupun mengambil masa like half day.
Kalau waktu nak tidur atau nak sambung tidur lak, taknak dia susu yang penuh dan mengalir laju...kenalah tukar sebelah yang lebih kurang susunya. Disebabkan cerewatnya anakanda nie, susu yang bengkak mengalir keluar dan selalu kena letakkan handkerchief untuk mengelakkan kebasahan. Walaupun pada hari yang berpuasa, namun pengeluaran susu ibe tidak pernah terjejas..alhamdulillah.
Betapa kuasa Allah menjamin rezki anak2 yang baru lahir tanpa perlu mengeluarkan sesen pun untuk memberi susu alhamdulillah. Nikmat suasana penyusuan jugak tiada tolak bandingnya..lihatlah daripada susu ibu menjadi darah daging sianak membesar dengan sihatnya..alhamdulillah.
Betapa kuasa Allah menjamin rezki anak2 yang baru lahir tanpa perlu mengeluarkan sesen pun untuk memberi susu alhamdulillah. Nikmat suasana penyusuan jugak tiada tolak bandingnya..lihatlah daripada susu ibu menjadi darah daging sianak membesar dengan sihatnya..alhamdulillah.
Alhamdulillah syukur dengan izinNYA..
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur dengan izinNYA..
ReplyDeleteAlhamdulillah Ummu.......nikmat dariNya
ReplyDeleteSyukur bekalan rezeki untuk arissa melimpah2...sy awal2 pun susu ciput jer..lepas cuba mengurut dan makan minum sesuatu yg boleh byk kan susu..jd melimpah2..sampai naik rimas pun ada..baju sentiasa basah..:D
ReplyDeletesalam ummu...Alhamdulilah rezeki dari Alllah buat anak2 kan...kak siti dulu pun macam tu jugak...yang sulong tu je tak puas hisap susu sebab selepas habis pantang termangandung pulak yang kedua...hehe..yang kedua tu sampai 2 tahun ....sampaikan macam anak kambing lah pulak rupanya kalau hisap susu tu...yang ketiga tu lagi parah...sampaikan nak sekolah...haha...puas jugaklah nak memisahkannya...
ReplyDeletesalam kaksiti..
Deletewah kemain lg...tp ikutkan kalau bg susu badan tak ngandung biasanya selamat 6bulan kalau bg susu exclusively..
dulu2 mmg budak2 nyusu lama kan.mak dia sayang nak pisah..
alhamdullilah rezeki arissa. comel arissa ni
ReplyDeleteketika bf,berlaku body contact,eye contact ibu dgn bayi..saat2 yg sukar digambarkan dgn kata2..
ReplyDeletesalam UA, Subhanallah...senyuman arissa menjawah semuanya...tabarakallah
ReplyDeleteassalamualaikum ummu..
ReplyDeletealhamdullillah.. dah baca ni baru nani tahu.. kalau ngandung anak perempuan tak bengkak susu rupanya sblm bersalin.. itu jugak yang nani alami.. tak macam mengandung hakimi dan haikal dulu.. sampai tak boleh sentuh kalau waktu mandi tu terkena nenen.. sure sakit... sbb bengkak sangat selepas mengandung 6 bulan ke atas.. tak pula nani alami waktu mengandung fiyya.. tak perasan pulak perbezaan tu.. tapi alhamdullillah.. sampai semalam.. air susu menitik2 kerana fiyya buat perangai tak nak minum, makan, main atau tido.. asyik berbunyi mengerang2.. rasanya bengkak gusi kot yer.. ? hmm ape pun semoga kita sama2 di limpahkan susu yang banyak untuk membesarkan anak dengan sihat.. :) but'away.. nani campur susu fiyya siang di rumah pengasuh fiyya minum susu botol.. tu pun setelah bertukar susu yang ke 7 baru fiyya nak susu botol.. setelah cecah 8 bulan..
wkumsalam nani..
Deletebetul tuh kan.time aidan dulu pun awal2 lg dah bengkak susu..mmg ade bznya kan dlm setiap perubahan badan ibu ngandung nie..
fiyya nak tumbuh gigi kot tuh..cepat nyer kan..fiyya setia ngan susu mamanya tuh..mana sama ngan susu lembu ..:)
Alhamdulillah, murah rezeki Arissa... moga terus dilimpahkan rezeki buat Arissa sehingga dua tahun :)
ReplyDeletetapi betul la, rindu momen BF... sampai skrang, detik first time BF tu, masih jelas lagi dalam ingatan even dah 8 tahun berlalu... nikmatnya jadi mak :)
susu ibu yg terbaik! comelnya arissa...
ReplyDeleteI support exclusive breastfeeding! :)
ReplyDeleteI support exclusive breastfeeding! :)
ReplyDeleteOooo yeke UA...OKje ingat sebab anak ke dua ke apa.... Tapi syukur anak2 OKje pun sama rezeki susu mmg melimpah ruah hehe...cuma kena belajar campur sebab kerja....
ReplyDeleteDah montel pipi Arissa tu berkat susu ibu hehe...
betul tu kak... teringat zmn kami kecik takde sorang pun yg amik susu formula, sume susu cap gantung mak je heheheh... mcm mak tak keje suri rumah itu yg mmg kami tak kenai susu formula...
ReplyDeletekak Nor..kongsikanla ape kandungan rempah baby masala tu :) sy dulu minum rebusan halba je tp ok jgkla :)
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Arissa tu susu melimpah ruah!
alhamdulillah...rezeki arissa :) biasanya yg ayut dgr ank perempuan kurang cikit minum susu berbanding baby boy..btul ea kak nor?
ReplyDelete