Bayam pasir kalau kat Malaysia adalah bayam liar yang tidak mendapat perhatian seperti sayur-sayuran hijau yang Malaysia, betul tak?
Kalau kat Fiji nie bayam pasir dikenali sebagai Curiya dan mempunyai nilai komersial dan dijual dipasar2 seperti sayuran2 hijau yang lain. Malah bayam nie ditanam lagi bagi tujuan pemasaran. Bayam seperti yang terdapat ditempat kita tak terdapat pulak disini, kecuali dikebun Ummuaidan..:)
Namun hakikatnya bayam pasir nie tak payah tanam, boleh tumbuh sendiri lebih cepat dari cendawan. Kalau musim hujan lagilah senangnyer mereka nie tumbuh.
Sama seperti bayam hijau yang biasa, membiak melalui benih yang senang ditiup angin..
Bunga dan benih bayam pasir
Gara2 kebun agak lama terbiar masa dalam pantang dulu, banyaklah pokok bayam pasir nie berkuasa dikebun..walaupun pokok2 sudah dicabut namun sudah terlambat untuk menghalang mereka, begitu banyak benih ditinggalkan..
Pokok bayam pasir yang masih kecil
Dalam masa seminggu ditambah dengan hujan..membesar dengan cepat dan meriahnya..yang bagusnya bayam pasir nie tak dimakan ulat pun walhal kalau bayam kita mmg cepatlah kena mamah.
Batas kangkung menjadi batas bayam pasir..kangkung tak tumbuh2..mungkin benih agak lama dan cuaca kurang sesuai semasa menyemai.
Bayam pasir yang masih kecil tumbuh bersama-sama dengan pokok jagung.
Sudah menjadi rezki peminat bayam pasir didalam rumah nie, dituai sebelum pokok menjadi raksasa2 yang besar..
Dituai dengan mencabut bersama2 akar..en.Abuaidan suka bayam pasir nie..biasanya dia akan memasak sendiri ikut style nya...gorenglah biasanya.
Zat2 yang terdapat dalam bayam pasir sama jer dengan bayam biasa cuma bayam pasir nie kalau besar sikit pokoknya, maka rasanya agaklah pahit sikit..kalau yang kecil lagi sedap jugak. Pokok2 yang besar boleh mencapai ketinggian lebih paras pinggang jika dibiarkan..kalau tidak dicabut dengan aka2nya, pokok akan tumbuh lagi walaupun batang dipatahkan..
A'a Ummu mmg jarang orang jual bayam pasir ni, selalu bayam merah tu je kan....
ReplyDeleteDulu masa mak selalu berkebun, bayam ni mmg banyak dia tanam sebab senang tumbuh...:D
kat sini kurang dijual kut..sebab tak pernah pulak jumpa kat pasar2
ReplyDeleteAssalam Ummu...bayam ni sllu jumpa kt sini..
ReplyDeleteklu mak & arwah ayah dulu rajn makan bayam ni Ummu..masak bening je campaur bawang merah....:)
di tempat saya nilainya tinggi juga dalam perubatan, boleh turunkan darah. orang cina jual sayur ni.
ReplyDeletememang tak pernah makan bayam ni ummu..
ReplyDeleteselalu la nampak kat belakang umah dah selalunya memang buang pon...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteal-kisah hari ni tak payah type guna hp.. hp pun dah masalah sejak akhir2 ni.. susah benor type guna hp sebenarnya.. kat phone tu bukannya canggih mana.. nak simpan memory pun tak besar mana.. asyik heng lepas tu full memory.. sakit jiwa tul.. :) hari ni bawa laptop mai ofis.. sbb sakinah ada pesan untuk print out assigment dia.. so kena tolong print out.. bukan tak nak save dalam pen drive.. tapi mama prefer nak bawa laptop sbb dah lama tak apdet blog.. muahahaha tu yg lebih tepat.. :) kuang kuang kuang.. :)
> penah gak dulu kecik2 makan bayam pasir ni.. sbb kat rumah arwah tok banyak bayam pasir ni.. dulu kalau sayor lain nani tak makan.. kecuali bayam lah.. sbb tak pahit cam sayo sawi.. :) tapi dah tua bangka ni.. tau lah kan.. kena tunjuk ajar anak.. so mak kena telan dulu sayo.. baru anak2 nak ikut.. hehe.. kan kan..
dana pun penah mkn bayam nih, tp dana panggil bayam liar je... tp mmg mak selalu amik yg kecik2 yg udah beso selalunyer buang je
ReplyDeleteaku ada beberapa pokok... sudah puas kucabut hingga ke akar tapi selang 1-2 minggu, mereka tumbuh balik...
ReplyDeletenampak gayanya nak kena dimakan kut..
Kalau rumah kampung kakak pun ada meliar pokok bayam ini ummu. Memang kalau petik sebelum keluar bunga lebih baik berbanding kalau dah keluar bunga. Kalau masak lemak pun sedap juga tau ummu sebab daunnya tak mudah lecur berbanding bayam biasa kan...
ReplyDeletesalam ummu...bayam pasir ni org kata bagus buat ubat...tak taulah pulak kak siti
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteKat tanah sebelah tanah kami, bayam pasir bukan lagi separas pinggang, malah melepasi ketinggian orang dewasa - bayam gergasi! Pernahlah juga Mak Aji ambil anak2nya buat masak lemak, sedaplah juga, cuma taklah sesedap bayam yang kita tanam atau beli tu.
ini rupanya..masak apa sedap ni..?
ReplyDeletesaya pernah tengok rencana kajian pasal bayam pasir ni kt TV, khasiat dia sgt tinggi, terutamanya untuk mata dan lain-lain penyakit.
ReplyDeletesama dgn bayam berduri ke..atau lain2? akak kenakl bayam merah/hijau tu ja hehe
ReplyDeleteowhh... dulu kat belakang 'tanah seberang' ada juga bayam pasir tumbuh liar... tp biasa la, kita tak makan sangat... cuma jiran2 ada la yg datang ambil... ntah, kita tak berapa sgt dgn rasa dia kot...lebih suka bayam biasa...
ReplyDeleteUA...OKje mmg tak pernahh dengar bayam pasir ni...ada yeh? lembut tak daun dia mcm bayam biasa tu bila kita masak?....
ReplyDeletekebalnya pokok bayam ni, tapi kalau boleh dimakan, takper la. berbaloi jugak dia tumbuh kan.
ReplyDeletetak pernah cuba walaupun pernah jumpa pokok bayam pasir ni..
ReplyDeleteseingt2x ayut klu ulat ni tak mkn mknanya sayur tu kurang baik..tp tak tahula pulak :) ayut peminat bayam yg setia!!!hehehe..tp byak ni tak kot..suka bayam hijau tu je :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteOrang kata pokok bayam pasir dan pokok galak kucing adalah sama.... betul ke?
Mohon Pencerahan.
salam
Deletemintak maaf pokok galak kucing sy belum pernah dengar..nie baru festime..:) tak dpt nak tlg bg penjelasan..maaf yer