Saturday, 10 August 2013

Lebaran Di Bumi Fiji

Eid Mubarak untuk semua...

Alhamdulillah lebaran disini disambut smalam iaitu hari Jumaat, tiada kedengaram takdir bersahut-sahutan dari masjid besar mahupun madrasah2..mazhab diorang takbir cuma hari raya haji..kenalah pasang MP3 kalau nak dengar takbir..

Awal dipagi Syawal, En. Abuaidan bangkit seawal waktu bersahur..membersihkan rumah serta menyiapkan juadah utama dihari raya iaitu Samai (sebut -Samei)..Ummuaidan kan kena layan Arissa yang nak menenen..

Samai- hidangan Eid dimana-mana rumah disini..suatu tradisi dan kewajipan

Usai makan Samai, En. Abuaidan beransur ke Masjid, Aidan tak ikut kerana bapaknya ade sedikit urusan selepas solat hariraya, urusan Al Islam magazine yang beliau usahakan sepanjang bulan Ramadhan..

Alhamdulillah ..siap jugak majalah nie walaupun susah payah En.Abuaidan menyiapkannya dalam pantang nie..

Beraya di negara bukan Islam, yang islamnya minoriti tidaklah sebegitu meriah seperti beraya di Malaysia..Aidan masih tidak mengerti akan excitement untuk memakai baju baru ataupun duit raya mahupun bermain bunga api..disuruh pakai baju, pakailah dia, dia ingatkan kita nak kemana2.."I want to go to Eid.." katanya..:)

 Tahun nie berkurta..sponsored jugak nie..encem tak? hehe

Anak bujang yang rambutnya dah dipotong oleh maknya sebelum raya..lihatlah betapa tembamnya dak nie..:) 

Tiadalah juadah2 bercitarasa Melayu tahun nie memandangkan masih dalam pantang lagi kan..kena tunggu sikit hari lagi ataupun lps puasa 6 en.Abuaidan inshaallah boleh pikir pasal satay ataupun ketupat pulut..ceehhh...berangan..

Seperti tahun2 lepas raya disini tiadalah semeriah mana..pun tidak dapat berkunjung kerumah kawan2 ataupunj emputan rumah terbuka..hanya menerima kunjungan dari jiran dan rakan2 yang datang sahaja..pun dah cukuplah memeriahkan Eid kami yang simple nie...

Dak gumut first time pakai gown.


Eid Mubarak dari kami semua..



18 comments:

  1. salam ummu...Wah bukan main lagi anak bujang ni bergaya..apa2 pun tahniah dapat menyambut Hari Raya dengan bagitu sederhana sekali...

    ReplyDelete
  2. salam dik,
    wahh sedap lah tu bubur, macam cendol kan..nampak manis berkrim. comel dan hensem aidan dan adiknya pakai baju raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak..
      lain sikitlah..
      sebenarnya rasa susu jer..mcm bihun halus dlm susu

      Delete
  3. selamat hari raya ummu.... maaf kalau ada salah silap :)
    psst, bakpo la gamba family kecik do oh...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ummu aidan. maaf zahir batin.bagus dapat rambut secara sederhana. hensemnya aidan dan comeynya baby!
    samai tu dibuat dari apa?

    ReplyDelete
  5. Salam Ummuaidan,

    Makin hensemlah abang Aidan, memang makin tembam ya! Samei tu semacam cendol ya?? Takpa, nanti raya 6 boleh balas dendam (macam orang kat rumah nilah!). Comelnya anak dara pakai dress! Awatlah haluih sangat gambar tu, Mak Aji cubalah nak perbesar, nak tengok muka tuan tanah, pecahlah pulak! Saja ya nak nyakat kita, he he!

    ReplyDelete
  6. Samai tu macam bubur cendol eh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah..mcm meehoon halus makan ngan susu

      Delete
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri puan. Taqabalallahu minna waminkum.

    Semoga puan ceria sekeluarga (dan juga kebun).

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya UA sekeluarga. Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  9. Dapat tengok gambo kecik pun jadi laaaaaa...

    ReplyDelete
  10. Wah handsomenya Aidan. Arissa pun kawaiiii....

    Oh ada sekali open house dekat Adelaide nampak ada yang membawa samai.

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya UA.....
    Samai tu buat dpd apa yeh UA?...
    Bukan main seronok UA tu walaupun tak reti apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. opsss...dak aidan..... maknya harus jugak tu hehe walaupun tak de gambau!

      Delete
  12. nape comel sgt gmabar family tu kak..adehh....apa pon slmt hari raya maaf zahir batin jugak ye kak nor drpd ayut.moga ukhwah yg terjalin berkekalan.amin....

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya aidilfitri UA dan family!
    sorry PC lmbt skit sampai ke Fiji...line internet PC ade problem sejak sblm raye lagi...nak blogwalking pun tak best bile line ternet mcm ciput:(

    ***awat gambo family tu kecik sgt...kena jeling2 nak tgk gambo tu;)

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads