Musim yang lebih sejuk pada tahun ini bermula agak lewat, iaitu pertengahan bulan Jun baru dirasakan kesejukkan cuaca..barangkali too much low pressure of air yang menyebabkan perubahan cuaca. Sekarang dipenghujung bulan August kehangatan telah mula terasa disiang hari walaupun malam masih agak sejuk.
Sesentistif manusia akan perubahan cuaca, tumbuh-tumbuhan lebih lagi sensitif.. tanda-tanda pengakhiran musim dapat dilihat pada mereka..
Brokoli yang masih berbaki. Pokok kelihatan agak terbantut pembesaran dan yang ade bunganya pun tidak membesar sepatutnya...kalau ikutkan tuan blog nak cabut buang jer..tapi Abuaidan yang rajin tegakkan pokok nie dengan pancang segala hingga kehujung nyawa..
Nasib pokok2 bunga kobis...yang telah berusia lebih dari 5 bulan..tidak menjadi nampaknya. Memandangkan brokoli yang juga tanaman musim sejuk sepertinya berhasil, rasanya ketidaksesuaian jenis baka yang ditanam punca kegagalan.
Banyak yang diserang perosak..solution nyer cabut dan buang jerlah
Pokok banyak yang telah matang..namun tiada tanda2 pembentukan bunga.
Pakchoy..sedang membesar namun kelihatan tidak begitu subur dan pada serangan serangga pada daun. Begitulah yang biasa terjadi bila cuaca semakin tidak sesuai.
Namun tomato masih lagi berhasil alhamdulillah..walaupun pokok tidak banyak..namun berbuah tidak putus-putus..alhamdulillah rezeki.
Tomato dari variety 'Money Maker' yang ditanam sebelum bersalinkan Arissa..mula berbuah..namun belum ada yang betul-betul masak lagi so far.
Alhamdulillah sepanjang musim yang lebih sejuk telah banyak hasil yang dinikmati daripada kobis, tomato, brokoli serta sayuran hijau seperti sawi dan pakchoy. Sekarang kami mula mempersiapkan kebun untuk tanaman biasa tropika lak..inshaallah.
jenis tanaman kena ikut musim la ya...
ReplyDeletebertuahnya bumi kita sendiri,kan Nor...sepanjang th boleh ditanam apa ja..
Assalam Ummu...
ReplyDeleteTerpaksa pula tukar2 jenis tanaman kat sana kan sebab musim2 yang berbeza.
Tomato tu berbuah bukan main banyak lagi, best tengo bila buahnya dan bertukar merah nanti. :D
Assalam Ummu..
ReplyDeletekena prepare tanaman ikut musim kan?..
tapi kira Ok sebab banyak juga tanaman yg menjadi...:)
Besar tomato tu..tomato yg hijau cam tu..letak dalam sardin..besttt
ReplyDeletewalaupun perubahan cuaca ttp jugak ada yg berhasil yek kak.... tomato tu bkn main banyak buah nyer... kalu tukar musim nk kene tnm syr pe je ek kak...
ReplyDeletesalam ummu...nampaknya tomato bagitu banyak sekali..kat kebun kak siti pun macam tu...semalam baru je petik buat masak asam ayam campur ngan tomato...
ReplyDeleteSayang pokok yang tak berbunga dibuang... semangat ayah aidan tu... sampai hujung nyawa masih tak putus asa...
ReplyDeletesalam UA, pas ni Fiji akan berpanas la ya? tomato tu blh bertahan dgn cuaca panas kan ummu...
ReplyDeletebanyaknya tomato, bak sikit
ReplyDeleteKelebihan tanam ikut musim ni bila setiap tahun kita akan merasa pelbagai jenis sayuran serta tanaman lagipun tanah juga sebaik2nya perlu ada sistem pinggiliran tanaman kalau tak kena ganti dengan baja.
ReplyDeleteas salam UA.....
ReplyDeletesayang kan.....kena lah tanam semula.....
pakchoy pon tumbuhan sejuk ek? ingatkan sayur tropika. Sian pokok kena makan dengan makhluk perosak.
ReplyDeleteBila dah biasa duduk di tempat bermusim dan pandai memilih jenis tanaman itu yg bagus ummu. Dah puas pun makan brokoli, cauliflower semua itu kan. Tomato pun dua-dua musim pun terus subur. Kalau kakak tomato ummu yg hijau pun kakak suka ummu sebab rangup. Kakak buat ulam dan kadang tumis dgn cili padi sedap!!..
ReplyDeletewalau musim bertukar silih berganti, tetap ada rezeki dari tanaman sendiri , bestnyer !
ReplyDeleteNampaknya yg menjadi Tomato so apa lagi UA.... berspagethi, bertomyam le kita 2-3 minggu akan datang ni hehe
ReplyDeleteNampaknya semakin licin le kulit anak beranak orang yg bermastautin kat Fiji ni
ReplyDeletetomato tu mcm tumbuh sambil berbaring je. comel. :)
ReplyDeleteWah gorgeousnya Mama Arissa baru nampak di avatar ;) .
ReplyDeleteLumayan tomato tu.
Kalau expert macam UA pasal tanaman dan musim 2 ni bagus la, saya ni tengok basil saya mengecut pun dah pening tak tau nak fix macam mana haha.
ReplyDelete