Eid Mubarak untuk semua...
Alhamdulillah lebaran disini disambut smalam iaitu hari Jumaat, tiada kedengaram takdir bersahut-sahutan dari masjid besar mahupun madrasah2..mazhab diorang takbir cuma hari raya haji..kenalah pasang MP3 kalau nak dengar takbir..
Awal dipagi Syawal, En. Abuaidan bangkit seawal waktu bersahur..membersihkan rumah serta menyiapkan juadah utama dihari raya iaitu Samai (sebut -Samei)..Ummuaidan kan kena layan Arissa yang nak menenen..
Samai- hidangan Eid dimana-mana rumah disini..suatu tradisi dan kewajipan
Usai makan Samai, En. Abuaidan beransur ke Masjid, Aidan tak ikut kerana bapaknya ade sedikit urusan selepas solat hariraya, urusan Al Islam magazine yang beliau usahakan sepanjang bulan Ramadhan..
Alhamdulillah ..siap jugak majalah nie walaupun susah payah En.Abuaidan menyiapkannya dalam pantang nie..
Beraya di negara bukan Islam, yang islamnya minoriti tidaklah sebegitu meriah seperti beraya di Malaysia..Aidan masih tidak mengerti akan excitement untuk memakai baju baru ataupun duit raya mahupun bermain bunga api..disuruh pakai baju, pakailah dia, dia ingatkan kita nak kemana2.."I want to go to Eid.." katanya..:)
Tahun nie berkurta..sponsored jugak nie..encem tak? hehe
Anak bujang yang rambutnya dah dipotong oleh maknya sebelum raya..lihatlah betapa tembamnya dak nie..:)
Tiadalah juadah2 bercitarasa Melayu tahun nie memandangkan masih dalam pantang lagi kan..kena tunggu sikit hari lagi ataupun lps puasa 6 en.Abuaidan inshaallah boleh pikir pasal satay ataupun ketupat pulut..ceehhh...berangan..
Seperti tahun2 lepas raya disini tiadalah semeriah mana..pun tidak dapat berkunjung kerumah kawan2 ataupunj emputan rumah terbuka..hanya menerima kunjungan dari jiran dan rakan2 yang datang sahaja..pun dah cukuplah memeriahkan Eid kami yang simple nie...
Dak gumut first time pakai gown.
Eid Mubarak dari kami semua..
Amboiii encemnye aidan.
ReplyDeletesalam ummu...Wah bukan main lagi anak bujang ni bergaya..apa2 pun tahniah dapat menyambut Hari Raya dengan bagitu sederhana sekali...
ReplyDeleteSelamat hari raya sis..
ReplyDeletesalam dik,
ReplyDeletewahh sedap lah tu bubur, macam cendol kan..nampak manis berkrim. comel dan hensem aidan dan adiknya pakai baju raya.
salam kak..
Deletelain sikitlah..
sebenarnya rasa susu jer..mcm bihun halus dlm susu
selamat hari raya ummu.... maaf kalau ada salah silap :)
ReplyDeletepsst, bakpo la gamba family kecik do oh...
selamat hari raya ummu aidan. maaf zahir batin.bagus dapat rambut secara sederhana. hensemnya aidan dan comeynya baby!
ReplyDeletesamai tu dibuat dari apa?
Salam Ummuaidan,
ReplyDeleteMakin hensemlah abang Aidan, memang makin tembam ya! Samei tu semacam cendol ya?? Takpa, nanti raya 6 boleh balas dendam (macam orang kat rumah nilah!). Comelnya anak dara pakai dress! Awatlah haluih sangat gambar tu, Mak Aji cubalah nak perbesar, nak tengok muka tuan tanah, pecahlah pulak! Saja ya nak nyakat kita, he he!
Samai tu macam bubur cendol eh..?
ReplyDeletetaklah..mcm meehoon halus makan ngan susu
DeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri puan. Taqabalallahu minna waminkum.
ReplyDeleteSemoga puan ceria sekeluarga (dan juga kebun).
Selamat hari raya UA sekeluarga. Maaf zahir batin :)
ReplyDeleteDapat tengok gambo kecik pun jadi laaaaaa...
ReplyDeleteWah handsomenya Aidan. Arissa pun kawaiiii....
ReplyDeleteOh ada sekali open house dekat Adelaide nampak ada yang membawa samai.
Selamat Hari Raya UA.....
ReplyDeleteSamai tu buat dpd apa yeh UA?...
Bukan main seronok UA tu walaupun tak reti apa2
opsss...dak aidan..... maknya harus jugak tu hehe walaupun tak de gambau!
Deletenape comel sgt gmabar family tu kak..adehh....apa pon slmt hari raya maaf zahir batin jugak ye kak nor drpd ayut.moga ukhwah yg terjalin berkekalan.amin....
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri UA dan family!
ReplyDeletesorry PC lmbt skit sampai ke Fiji...line internet PC ade problem sejak sblm raye lagi...nak blogwalking pun tak best bile line ternet mcm ciput:(
***awat gambo family tu kecik sgt...kena jeling2 nak tgk gambo tu;)