Showing posts with label Cooler Season Garden. Show all posts
Showing posts with label Cooler Season Garden. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Semaian Untuk Cooler Season

Hari ni tak dapat bersiaran awal maklumlah cuti sekolah 1st term baru bermula..semuanya ade dirumah..keutamaan keluarga dulu lah kan..

Pagi nie jugak nampaknya En.AAA takmo keluar keladang..katanya terasa taksedap badan cam nak demam almaklumlah dengan perubahan cuaca kerana berjaga2 sikit senang dapat sakit

Aku jugaklah yang terasa kebal sikit walaupun tekak rs tak sedap.. turun keladang melawat penguni2nya..

Kejap jer pun dengan bagi minum pagi kat depa plus membersihkan semak samun yang mana2 patut..sesambil telek2 semaian yang semakin membesar nie..

En.AAA punya kobis bulat..sudah ready untuk dipindahkan..

 Tomato yang aku semai..getting bigger tapi boleh tunggu lagilah beberapa hari sebelum sedia dialih.

Kobis bunga benih yang daripada Canada ari tuh..alhamdulillah cepat jer bercambah...pun dah almost ready..

Yang benih brokoli tak tumbuh plak kali nie..expired dah kot..yang aku semai awalnya dulu semuanya tumbuh ngan cepat tapi terbiar gitu tanpa dialihkan akhirnya semua mati..rugi jer,,nak buat camaner tak cukup tangan kan..

Batas2 tuk ditempatkan  mereka nie pun hampir siap dah cumalah kena touch up sikit jer lah lagi..tunggu En.AAA turun keladang ..tuh kan kerja dia..heheh...

Tuesday, 27 August 2013

Dipenghujung Musim Sejuk

Musim yang lebih sejuk pada tahun ini bermula agak lewat, iaitu pertengahan bulan Jun baru dirasakan kesejukkan cuaca..barangkali too much low pressure of air yang menyebabkan perubahan cuaca. Sekarang dipenghujung bulan August  kehangatan telah mula terasa disiang hari walaupun malam masih agak sejuk.

Sesentistif manusia akan perubahan cuaca, tumbuh-tumbuhan lebih lagi sensitif.. tanda-tanda pengakhiran musim dapat dilihat pada mereka..

Brokoli yang masih berbaki. Pokok kelihatan agak terbantut pembesaran dan yang ade bunganya pun tidak membesar sepatutnya...kalau ikutkan tuan blog nak cabut buang jer..tapi Abuaidan yang rajin tegakkan pokok nie dengan pancang segala hingga kehujung nyawa.. 

Nasib pokok2 bunga kobis...yang telah berusia lebih dari 5 bulan..tidak menjadi nampaknya. Memandangkan brokoli yang juga tanaman musim sejuk sepertinya berhasil, rasanya ketidaksesuaian jenis baka yang ditanam punca kegagalan.

 Banyak yang diserang perosak..solution nyer cabut dan buang jerlah

 Pokok banyak yang telah matang..namun tiada tanda2 pembentukan bunga.

 Pakchoy..sedang membesar namun kelihatan tidak begitu subur dan pada serangan serangga pada daun. Begitulah yang biasa terjadi bila cuaca semakin tidak sesuai.

 Namun tomato masih lagi berhasil alhamdulillah..walaupun pokok tidak banyak..namun berbuah tidak putus-putus..alhamdulillah rezeki.

Tomato dari variety 'Money Maker' yang ditanam sebelum bersalinkan Arissa..mula berbuah..namun belum ada yang betul-betul masak lagi so far.

Alhamdulillah sepanjang musim yang lebih sejuk telah banyak hasil yang dinikmati daripada kobis, tomato, brokoli serta sayuran hijau seperti sawi dan pakchoy. Sekarang kami mula mempersiapkan kebun untuk tanaman biasa tropika lak..inshaallah.

Friday, 28 June 2013

Our Garden Updates - June'13

Berada dalam bulan June dikira sebagai antara bulan yang tersejuk di Fiji Islands..sejuknya bukanlah mcm kat negara2 4 seasons..min temperature boleh jd between 14-16 degree..maxima siang hari dalam 26 degree..kira taklah sepanas bulan2 dihujung dan awal tahun. Namun kerana Fiji adalah sebuah kepulauan, cuacanya jugak banyak dipengaruhi oleh tekanan udara yang menjadikan suhu yg sejuk boleh menjadi panas, sebelum datangnya hujan lebat beberapa hari.

Kiranya berbanding dengan tahun2 lepas..tahun ini, cuaca kat sini so far taklah sejuk sangat sampai bangun pagi2 menggeletar nak amek wudhuk dan berselimut cukup tebal...bulan Julai nanti tak tahulah plak..boleh berubah lagi..somehow cuaca masih lagi membolehkan untuk penanam sayuran musim sejuk alhamdulillah...

Kita tengok kebun yang telah dirancang penanamannya sejak awal tahun lagi...

 Seimbas pandangan tanaman yang ditanam dibawah teduhan greenhouse yang buruk ..telah menjadi agak padat 

 Pemandangan pada sisi yang lain...

 Dari kanan - Pakchoy, sawi yang hampir sedia dan juga bunga kobis dalam usia hampir 3 bulan..

Sawi yang dibiarkan berbunga dan menjadi benih, sebelahnya brokoli yang berusia 3 bulan lebih..

Pakchoy yang hidup dengan rumput rumpai (tak terjaga), dan brokoli yang telah matang..alhamdulillah beberapa pokok telah mula mengeluarkan hasil.

Batas yang bercampur-campur - Kobis yang sedang matang dan ade yang telah ready, juga brokoli dan bunga kobis dibelakangnya. Yang paling hampir dengan pagar adalah bunga kobis berusia dalam 2 bulan lebih. 

 Tomato yang berusia diantara 2-3 bulan..ade yang telah mula berbunga..

 Dibahagian luar pula kobis yang berusia hampir 2 bulan dan tomato yang telah pun mengeluarkan hasil dan dinikmati...alhamdulillah.

 Ruang yang dahulunya untuk kebun tropika..namun telah berubah rupa sebab tanaman tropika kurang menjadi waktu nie...yang tinggal kacang botor dan petola semakin kekeringan. Tanaman baru pula adalah tomato, kacang buncis dan 4 batas ready untuk tanaman seterusnya..

Anak2 kacang buncis yang berusia hampir 2 minggu..

AUTP PUBLISH : Mintak maap tidak dapat berblogwalking dan menjawab komen2 buat masa ini.

Tuesday, 14 May 2013

Cooler Season Garden Updates - May'13

Alhamdulillah setelah En. Abuaidan merajinkan diri potong rumput dalam garden dengan mesin, orang suruh merumput, nampaklah sikit rupa kebun dan tidak malulah sikit untuk buat tayangan percuma..heheh..kalo tak macam kebun semak samun tak nampak ghupa...

Side look

View hampir keseluruhan garden under the old greenhouse

Kebun musim yang lebih sejuk nie untuk bekalan dalam beberapa bulan akan datang inshaallah bila mana kebun tropika tidak lagi functioning. Mari ronda2 tengok lebih dekat yang apa yang ade...

From right - Pak choy, cauliflowers, newly transplanted sawi and kailan (sharing the same bed).

From right - 2 months old Broccoli, cabbages...

Much closer look of Sawi Putih (still very small, direct sowing), coriander and broccoli..

From right - Mr. Cabbages and some cauliflowers and broccoli plants at the back, next to it 2 months old cabbages and 1 month old cauliflowers. 

Just transferred- 2 weeks old cabbage..rumput lagi obvious... 

3 months old tomato plants..fruiting

Recently transferred tomato plants from compost...maybe 3 weeks old.

Brokoli dan cauliflower tuh sebagai experimen, nak tengok berhasil ker tak..should be right on track according to the season..kalau tak berjaya maybe the variety factor..

Main plants seperti kobis, bunga kobis, brokoli dan tomato yang mengambil masa 4 months to matured cuma perlukan maintenance seperti watering dan weeding sahaja..juga baja once a while. Inshaallah dalam sebulan yang tinggal nie cuma tinggal nak tanam 1 more batch of cabbage..ngan sayur2 hijau seperti sawi sahaja inshaallah.

p/s ..masa berkebun selalu terngiang2 kata2 my mother jauh yg dimata..kalau buat kerja sikit dah cepat penat..bayangkan orng dl2 yang terpaksa buat kerja ladang yang berat2 wpun pregnant..yang ade yg kerja menoreh tuh kadang2 sampai tumpah susu getahnya dalam usaha mencari nafkah bersusah payah..ini cumalah usaha2 yang dibuat dalam mengisi masa & tanah lapang...kenapa perlu mengeluh??

Nuffnang Ads