Thursday, 26 June 2014

Our Hawaian Paw Paw

Seronok rasanya bila impian tuk merasa betik hawai dari laman sendiri akhirnya dimakbulkan Arrazak (Pemberi Rezki). Walaupun menunggu lama namun berbaloi jugak pabila melihat buah yang semakin masak satu persatu..

Rasa korang ade berapa biji semuanya atas pokok nie? semuanya cam cinonet2 kang...

 Actually buah dipetik sebelum betul2 masak..dibiarkan masak didalam rumah..yang nie kira dah ready dah nie...

 Isi dalam macam pink gitu kalernya..bukan kuning yer..rasanya manis dan tidak too much rasa tipikal betik...so happen yang nie seedless sungguh.sebijik jer bijiknya..

Betik nie agak femes kat Fiji nie..ade satu kawasan yang banyak menjual betik nie..iaitu Singatoka nama tempatnya...harga tak mahal..dalam $1 boleh dapat 3 biji kalau kena musim...

Sedang kami menikmati betik nie..tiba2 mengira2 akan untung ker tidak penanaman komersial betik nie...bayangkan nak tanam betik perlu tanah yang luas, jarak yang luas antara pokok..masa lak lama tunggu berbuah..kalau sepokok berbuah 50biji jer..berapa boleh dapat? $15 lebih kurang..kalau 1 ladang ade 50 pokok? $750 jer ker hasilnya..masa penanama dalam 9 bulan jugak tuh tuk dapat hasil...

Hmmm cam tak berbaloi kan...tapi camaner pun depa tanam jugak..tapi kalau depa tak tanam kempunanalah nak makan hawaian paw paw nie...

22 comments:

  1. In sha Allah
    mniskn betik comel ni...mkn korek guna sudu..

    ReplyDelete
  2. Wow...isi jingga...manis tu.
    Dan senang dimakan sbb x byk biji....

    ReplyDelete
  3. salam UAA, saiz dia comei2...tp kalu seedless mcm tu, susoh jgk nk wat balik keturunan ke mesia nnti...

    ReplyDelete
  4. takde biji...:)
    kalau kupas dan simpan dlm peti ais..kejap ja licin..

    ReplyDelete
  5. Kalau dah tak termakan boleh buat cili sos sendiri UAA. Banyak sangat tu. Boleh google cara nak buat. Tapi kalau nak ikut cara kakak pun boleh juga. Rendam cili kering blend ikut suka banyak mana nak. Kemudian blend pula papaya sebiji/dua sebab comel kan hihi... campur bawang putih blended juga. Masak sampai plup-plup pekat - biar lama supaya tahan lama. Bila dah sejuk masuk botol, simpan dlm fridge. Kalau nak simpan luar kena beli pengawet di sinseh. Best kan...

    ReplyDelete
  6. wahhh takde biji..
    tuk makan sampai puas berbaloi la kak nor..alang2 ada masa kan..lainla kalo tuk jual..memang tak kot..murah jer tu depa jual..

    ReplyDelete
  7. comei nyer kak buah betik tuh... kt sana mmg panggil paw2 ke...

    ReplyDelete
  8. comel2nye betik. seedless ko?

    ReplyDelete
  9. emmm, bestnya tak de biji..

    ReplyDelete
  10. Kalau tak silap betik jenis ini antara yang mahal reganya...tp jarang jumpa sebb banyak yg ada dipasarakan jenis yg panjang tu...

    ReplyDelete
  11. mesti puas hati dapat makan hasil tanaman sendiri. kami duk kayangan.

    ReplyDelete
  12. Wahhhh mmg dahsyat tu tak pernah jumpa biji betik seketul jer cenggitu...
    Kecik je yek UAA kalsu besar tapak tangan aje tu

    ReplyDelete
  13. comeinye betik..sbesar tapak tangan jah ..

    ReplyDelete
  14. betik keciknyo senang nak makan tak dok butir

    ReplyDelete
  15. Banyak betul buahnya tu UAA..bersusun-susun.. akak pun suka betik.. camne nak buat benih kalau sebiji jer biji didalam tu :)

    ReplyDelete
  16. tengok betik teringat betik kat atas meja dapur.. balik nanti kerja nanti akan kukerjakan.. ;)

    ReplyDelete
  17. Sukanya betik comel gini size nya..kalau sama negeri sy da mintak biji...sy tgh tanam gak ni..lmbt nk besar..duk kira bulan..klu tak besar betul2 bulan 11 dah start musim hujan..haih alamat nya betik beli kedai gak la

    ReplyDelete
  18. Pokok-pokok betik di sebelah rumah saya (tumbuh sendiri) selalu berbuah. Tak payah beli. Kebetulan saya memang sangat suka makan betik walaupun pernah dengar cerita negatif tentang betik...

    ReplyDelete
  19. salam kak

    kalau akak buat benih sy berminat nak beli atau barter (ewah) ngan akak. fav sy 1 family, dulu masa kecik ayah suka beli betik ni. ayah panggil betik khatulistiwa (taktau mana dia dapat nama tuh, hiks)

    ReplyDelete
  20. tanpa biji, kecil2 comel kan..pasti rasanya manis..

    ReplyDelete
  21. owh, paw paw tu betik ka?
    Dah la seedless, senang nak makan...
    Mmg tak untung, tak payah la komersialkan UAA...

    ReplyDelete
  22. Comel2 buah betiknya ... best makan buah tu satu jak bijinya :)

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads