Thursday, 19 June 2014

Baru Menjadi

Terima kasih korang atas keprihatinan korang mengongsikan tips2 yang bagus tuk mengubati batuk siAidan..really appreciate it..bila jauh dari bumi sendiri memang beginilah..kalau dok tempat sendiri boleh jugak tanya2 orang keliling kan..

Inshaallah kami sedang mencuba diantara tips yang kongsikan..kalau 1 tak menjadi, kita cuba yang lain plak..sebagai ikhtiar kan..

Dan semoga inshaallah dapat menjadi panduan tuk pembaca2 lain jugak yang mencari remedy kan...

Siabang nampaknya semakin baik demamnya tapi masih lagi dengan batuk On and off sepanjang hari...tapi i strongly believe that bila cukup tempoh ujian yang Allah tetapkan, inshaallah it will be removed..sooner or later..

Adik pula yang terkena demam, selsema dan batuk lagi..malam tadi hardly can sleep..asyik merengek jer tak sedap badan agaknya..hari nie lak hardly can do anything..tak boleh berengang langsung...nk masak pun susah..tulis entri pun curik2 masa dia nak duduk..

Dan tuk hari nie aku tayang gambar2 ketumbar yang baru berjaya hidup subur membesar ditahun nie..before this tak mau hidup..sebab panas atau benih tak menjadi rasanya..

3 cycles..

Yang dah sebulan lebih usianya..tuk kegunaan harian tuai yang nie jer lah..

Yang di tabur benih 2 minggu kemudiannya..dah ready cuma tak sampai turn nak harvest jer lagi..tunggu yang 1st abes dulu..

Yang batch ke3..masih lagi kecil..by the time yang dah besar2 tuh nak habes, inshaallah yang nie pun dah ready tuk dituai..

Ade yang bertanyakan pasal benih nie..actually susah nak pastikan samada benih yang kita beli tuh segar atau tidak..ikut nasiblah..kalau ade yang berkehendakkan benih memang tak dapatlah aku beri mintak maaf sebab jangka masa penghantaran pun dah makan bulan..takut tak menjadi lah kan nanti..

Kalau nak tengok cara kami tanam ketumbar nie bolehlah klik pada label ketumbar ..sorry malas sket nak cari link original entry letak sini..:)

p/s - AUTO PUBLISH YA...kalau ade adalah,takder takderlah kunjungannya...:)

17 comments:

  1. mule2 ingatkan daun sup td... tumbuh subur betul yek kak...

    ReplyDelete
  2. alahai jangkit kat acicha plak..moga cepat sembuh dua2 tu kak..
    bila anak sakit ni memang kucar kacir la sikit..jaga sendiri takpe la..

    ReplyDelete
  3. Kakak tahu UAA tak senang hati maklum anak-anak tak sihat. Serba tak kena kalau macam ini kan. Pelan-pelan cubalah mana tahu ada yg sesuai dan dgn izin Allah sembuhlah anak-anak tu UAA.

    Dau ketumbar serba-serbi menyedapkan hidangan. Telur dadar letak hirisan daunnya pun sedap..

    ReplyDelete
  4. Kalau anak2 kecil tak sihat, ibu bapa juga jadi seperti tak sihat kerana tidur tak cukup. Segalanya demi anak. Semoga bila besar mereka mengingati pengorbanan ibu bapa membesarkan mereka..

    ReplyDelete
  5. Salam UAA, kira cpt tu ummu...sebulan pun dh membesar mcm tu...kami punya dok masih cekedin w'pun dh lebih sebulan semai...

    ReplyDelete
  6. Salam Ummu... mudah2an sakit anak-anak beransur sihat ye... ujian kecil dari-NYA kan..bila anak-anak tak sihat ni memang risau.. kena extra jaga mrk..
    subur nampak nya daun ketumbar tu Ummu.. :)

    ReplyDelete
  7. hri2 dgr bunyi anak2 srikk..srukk..hidung sumbatlh mcm2..sabar ye ummu.

    dkt syria byk ketumbar..diorg kunyh gitu jer...

    ReplyDelete
  8. bestnya ada tanah utk bercucuk tanam, tuai hasil...

    ReplyDelete
  9. Akak tak berapa suka dengan bau ketumbar mungkin sebab bau ketumbar agak kuat.

    ReplyDelete
  10. taanm sendiri sangay puaas hati

    ReplyDelete
  11. ketumbar ni guna sikit ja,kan...kuat baunya..

    ReplyDelete
  12. kami sekeluarga baru jer baik dari batuk2.. dua minggu duk lawan batuk antara satu sama lain… semua petua saya guna… minum madu, minum jus lemon, sapu minyak habbatus sauda kat dada, belakang… Tapi dah tak tahan sgt batuk2 ni, saya minum jer satu sudu minyak habbatus sauda sebelum tidur… Alhamdulillah, lepas tu terus baik….

    Saya tak makan daun ni… rasa mcm 'kesing" jer… huhuhu, kalau letak dalam sup pun, saya kutip buang…. huhuhu

    ReplyDelete
  13. kat ofis dh strt dgr org batuk2..
    kalau jngkit dgn sy mau semua org kena..
    btuk memng sush sembuh

    ReplyDelete
  14. saya pun masih batuk kuang2 ini, pedulilah nak memekak kt org keliling ini...sedap nak mkan nasi ayam & tomyam yg letak daun ketumbar ini.

    ReplyDelete
  15. subur cantik je tengok.. ;)

    Moga cepat sembuh hendakNYA.

    ReplyDelete
  16. seronoknya ana tengok kesuburan tanaman2 UAA..Alhamdulillah

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads