Sunday, 21 July 2013

Masa Yang Sesuai Untuk Menuai Brokoli..

Alhamdulillah brokoli dari 'ladang' kecik kami telah mula berbunga sejak hampir sebulan yang lepas. Oleh kerana kesibukan menyambut orang baru dalam keluarga, maka tiada masa untuk monitor closely bunga brokoli yang terhasil sehinggalah waktu untuk memetik hasil yang sesuai..

Oleh kerana pertama kali mendapat bunga brokoli, maka tukang kebun kurang arif tentang handling nya..ingatkan macam bunga kobis yang perlu ditutup pada bahagian atasnya agar tidak rosak. Jadi sebelum bercuti bersalin, ditutuplah bunga yang terhasil tuh..
Seminggu lebih kemudian bila berpeluang menjenguk kebun, bila dibuka tutupan tuh alangkah terkejutnya melihatkan keadaan brokoli yang menguning dan terlebih matang..malah ade seekor ulat pun jgk sedang menikmati sayur yg best nie..:)

Yang ini terkemudian sedikit darinya. Juga telah menjadi matang sebahagiannya..bunganya seperti hendak sprouting sudah..jika dimasak pun sudah tidak berapa lembut sangat.


So daripada pengalaman yang kedua kali menuai brokoli yang terlebih masa..tukang kebun mengambil langkah lebih berhati2 dan peka..sentiasa look closely dan harvest sebelum bunga2 yang kecil menjadi matang..agar sayur ini dapat dinikmati dengan segar dan enak. So the right time untuk harvest adalah selepas dua minggu pembentukan..tidak perlu dibiarkan untuk menjadi lebih besar kerana ade limit jugak saiz bunga yang boleh dicapai..bergantung kepada cuaca setakat mana bunga boleh membesar..makin sejuk,makin besar dan subur.


13 comments:

  1. Sayangkan bila terlebih matang makan pun gaaknya macam berhampas sikitlah kot.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok brokoli ni... besar tak saiznya?

    ReplyDelete
  3. UA greetings, dah turun mula turun ladang ya...sayang tgk broccoli tuh kan

    ReplyDelete
  4. Salam Ummu..
    sayang plak kan klu tak dapt dinikmati..kena lebih peka lah ye akan perkembangang brokoli ni..:)

    ReplyDelete
  5. bila simpan dlm peti ais,3,4 hari dah bertukar kaler..kekuningan...tak mcm sayuran lain,kan..

    ReplyDelete
  6. brokoli ni ai suka goreng tepung.. sedap.. ;) ni gara-gara pernah makan kat Cameron Highlands baru2 ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. smlm beli brokoli..nak masak hari ni...he~
    kalau dkt boleh minta kat ummu..boleh?

    ReplyDelete
  8. Ambik kesempatanlah cik ulat yeh UA bila tuan sayur berpantang hehe... Raya sakanlah makan brokoli!!

    ReplyDelete
  9. susah juga penjagaanya yer, padanlah mahal...kalu tanam sendiri, tuai sendiri lagilah segar hasilnya...

    Salam Ramadhan dari bunda untuk orang jauh...

    ReplyDelete
  10. kalu dana mmg di biar n dijenguk hari2 lah kak.... dhtu di tuai jugak lah ek kak brokoli tuh? syg nyer kan... takpe msti ada lg yg baru nnti kan...

    ReplyDelete
  11. ada juga cara penjagaan & penuaian yg betul utuk brokoli ni yer !

    ReplyDelete
  12. Salam Ummuaidan,

    Seronoknya dapat hasil brokoli tanam sendiri, walau sedikit terlebih matang!

    ReplyDelete
  13. owhhhhhh...x ,mudah jgk nk kena ngan timingnya ye

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads