Showing posts with label Broccoli/ Brokoli. Show all posts
Showing posts with label Broccoli/ Brokoli. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Tips Untuk Hasil Brokoli Yang Lebih

Entry kali nie hanyalah sharing untuk mereka yang minat akan gardening..yang tak minat mintak maaf yer..

Alhamdulillah bolehlah dikira berjaya menanam brokoli dimusim nie dengan hasil yang amat memuaskan hati..dekat 2 bulan kami memakan fresh brokoli dr kebun hampir setiap selang sehari. Kalau dibeli dikedai...hmmm tak boleh nak bermewah-mewah sebab memang mahal jugak brokoli nie.

Dikongsikan sedikit tips untuk mereka yang belum experience lagi..yang dah tahu tuh dok diam-diam jerlah yer..

Apabila brokoli kita telah berbunga dan sedia untuk dituai,cuba perhatikan sekitar bahagian bawah bunga tu...

Nampak tak tunas bunga dalam circle merah tuh..? so lihat keliling takut ade lagi yang kecik2 ditepinya pada bahagian bawah.

Bila hendak menuai bunga brokoli nie..potong dibahagian bawah 'handle' bunga tuh dan pastikan tunas-tunas yang kecik tidak dipotong..dibiarkan pada pokok... pokok jugak jangan dicabut..biarkan terus hidup seperti biasa..

Setelah 2 hingga 3 minggu, periksa kembali pokok yang dimana tunas bunganya dibiarkan membesar..kita akan dapati  bunga telah membesar dan sedia untuk dituai sekali lagi dalam masa 3 minggu..lihat bahagian yang dalam circle tuh adalah bunga induk yang telah dipotong..tunas-tunas yang dahulunya kecik telah berkembang disekelilingnya.

Itu sahajalah tips bagi yang belum mengetahui..best kan sekali tanam dapat tuai 2 kali..:)

p/s -kalau ade yg tak sempat BW tuh mintak maaf banyak2 yer..masa kdg2 tak begitu mengizinkan..

Sunday, 21 July 2013

Masa Yang Sesuai Untuk Menuai Brokoli..

Alhamdulillah brokoli dari 'ladang' kecik kami telah mula berbunga sejak hampir sebulan yang lepas. Oleh kerana kesibukan menyambut orang baru dalam keluarga, maka tiada masa untuk monitor closely bunga brokoli yang terhasil sehinggalah waktu untuk memetik hasil yang sesuai..

Oleh kerana pertama kali mendapat bunga brokoli, maka tukang kebun kurang arif tentang handling nya..ingatkan macam bunga kobis yang perlu ditutup pada bahagian atasnya agar tidak rosak. Jadi sebelum bercuti bersalin, ditutuplah bunga yang terhasil tuh..
Seminggu lebih kemudian bila berpeluang menjenguk kebun, bila dibuka tutupan tuh alangkah terkejutnya melihatkan keadaan brokoli yang menguning dan terlebih matang..malah ade seekor ulat pun jgk sedang menikmati sayur yg best nie..:)

Yang ini terkemudian sedikit darinya. Juga telah menjadi matang sebahagiannya..bunganya seperti hendak sprouting sudah..jika dimasak pun sudah tidak berapa lembut sangat.


So daripada pengalaman yang kedua kali menuai brokoli yang terlebih masa..tukang kebun mengambil langkah lebih berhati2 dan peka..sentiasa look closely dan harvest sebelum bunga2 yang kecil menjadi matang..agar sayur ini dapat dinikmati dengan segar dan enak. So the right time untuk harvest adalah selepas dua minggu pembentukan..tidak perlu dibiarkan untuk menjadi lebih besar kerana ade limit jugak saiz bunga yang boleh dicapai..bergantung kepada cuaca setakat mana bunga boleh membesar..makin sejuk,makin besar dan subur.


Monday, 24 June 2013

This Could Be The Reason?

Pagi nie dalam mood bercampur2..masih lagi turun meninjau-ninjau kebun dan membuat apa yang patut sebelum inshaallah ditinggalkan bila sampai masanya nanti...

Entah camaner, tergerak hati untuk membelek lebih dekat pokok2 brokoli ..tiba-tiba terlihat sesuatu yang 'magic' yang belum pernah dilihat sebelum nie...

Subhanallah..biar benar apa yang dilihat nie..macam tak percaya lak..heheh...tergaman, rasa sungguh teruja dan sedih dan cam nak peluk2, cium2 brokoli-brokoli yg berbunga tuh (poyo lah tu)..brokoli ku akhirnya berbunga jugak..alhamdulillah..

Satu lagi pokok yang telah jugak berbunga... 

Pandangan yang lebih dekat..sebenarnya baru sebesar ibu jari kaki..

Bilakah mulanya terbentuk..wallahua'lam ..tidak disedari..terasa seperti hendak call big boss nak share the good news nie   (heheh..poyo betul)..pikir2 lak tak pasal2 nak kena sound..dia dok tunggu emergency call, lain call lak yang datang...hhuhuh..

Terpikir juga salah satu sebab masih dok menunggu datangnya masa sakit menjemput nie adalah Allah nak khabarkan berita baik akan 'kelahiran' brokoli nie dulu kan..kurang2 dapatlah melihat dan merasa pengalaman melihat brokoli berisi pulak kan..:)

Monday, 17 June 2013

Update#3DBF - Broccoli/ Brokoli

Batch#1- 4 months old (+/-)

 Batch #2 - 3months old (+/-)

Entri nie hanyalah sebagai rekod tukang kebun jer..for future reference..

p/s - Sapa susah2 komen, kena denda cuci pinggan..:)


Nuffnang Ads