Wednesday, 25 July 2012

Tomatoes, tomatoes, tomatoes

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari nih dah masuk hari ke 5 kita berpuasa, and with the changes of weather, dari sejuk jadi panas, panas jadi sejuk balik senang dapat sakit..wallahu a'lam..Tapi masa solat waktu bangun sahur, tiba-tiba hidung berair, took Panadol for Cold, dengan izin Allah rasa relief sikit, alhamudillah.

Since sekarang musim tomatoes kat sini, nak share a little bit about tomatoes in our garden.

Among the earliest planted dah berbuah dan masak slowly..tapi tak selebat yang i've planted last year..walaupun we had small number of plants (less than 10) tapi masak among the earliest(compare ngan pasaran kat market) dan buah banyak, alhamdulillah.

Then the next batch.maybe planted mid May this year, pun dah berbuah dan mula masak..actually from the same seedlings tapi i delayed the transfer plant. so that's why they matured later than the first one..nampak tak pokok menguning dan jadi kering tuh dah kematangan.
Actually only this morning i realised that some of the fruits dah masak, mungkin sebab tak perasan tu lah yang buah dah hampir dimakan hamba Allah yang lain, takper lah kalau rezeki dia,

















Then on 9/6/12, i've planted another 20 plants,  lebih sikit kalau mati at least ada lagi yang lain nak diharapkan ...

Ok.. when i realised that the 1st dan 2nd batches of tomatoes tak cepat membesar dan banyak buah, so i thought maybe sebab baja kot..sebab last year yang i planted, i gave them enough fertilizer..so that's why the grew faster.. so this time for the 3rd batch, i pun letaklah baja so the the differences..I used NPK untuk pokok yang berbuah,

Baja letak pada 21/7/12
  So today after4 days, let see the progress ...
much bigger?
dah ada bunga nampaknya...
               
Tapi ada jugak yang bernasib malang macam pokok nie...lepas kena baja terus dying...
I thought sebab batang bengkok dari awal tanda pokok kurang subur bila letak baja macam kejutan pada pokok..dan tak boleh nak absorbed.

Somehow alhamdulillah that we still have the others...

And nampak ada beza tak cherry tomato dan tomato biasa kat bawah nie,

cherry tomatoes

normal tomatoes

Tak boleh beza yet at this stage until bila dah berbuah then we can tell...

Dan ni pulak  lebihan daripada yang dah ditransfer..(gunanya untuk ganti yang mati).. tak tahu nak tanam mana lagi..anybody interested?

Yang ini... getting ready for transplant, different variety - smaller fruit, early maturity..tengah cari space nak tanam..maybe can use the option guna plastik hitam besar, then can shift everywhere..


Sometimes bila tengok so many plants and when fruiting started..buah yang banyak tak habis nak makan untuk small family rasa macam tamak...but bila pikir2 balik, it's always good to have extras..cause extras are for sharing...

And moral of the story also. rajin2 letak baja bila tanam tomato supaya cepat besar dengan izin Allah...


Sedikit fakta tentang baja NPK:
NPK bermaksud Nitrogen, Phosphorus dan Kalium (Potasium), dan nombor yang disebelahnya bermaksud peratusan setiap bahan itu didalam kandungan baja tersebut. Sebagai contoh, N:8 P:8 K:8 bermaksud baja tersebut mempunyai kandungan Nitrogen sebanyak 8%, Posphorus juga sebanyak 8% Kalium (Pottasium) sebanyak 8%. Ia diperkenalkan oleh Justus Von Liebig seorang saintis Jerman. Beliau mengatakan bahawa asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar nitrogen, phosphorus dan kalium (potasium).

Tapi kalau campur baru ada 24%, mana cukup 100%, mana pegi yang lain tu ? Yang lain tu adalah kandungan bahan-bahan lain yang biasa terdapat dalam baja. Tetapi hanya NPK yang paling penting dalam kandungan baja yang biasa dapat digunakan oleh tumbuhan.

Nitrogen
Nitrogen amat berguna kepada tumbuhan. Nitrogen biasanya terdapat didalam udara dan didalam tanah. Kesemua tumbuhan berdaun hijau menggunakan nitrogen. Klorofil, bahan hijau yang terdapat didalam tumbuhan yang digunakankan untuk tujuan photosyntesis, dibina dari sebahagian besarnya dari nitrogen.

Walaupun nitrogen terdapat dengan banyaknya didalam udara, tumbuhan tidak dapat menyerapnya secara terus. Ia mesti diserap melalui tanah.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan nitrogen akan menjadi sedikit kekuningan dan kurang pembesaran atau terbantut. Walaubagaimana pun, terlalu banyak nitrogen juga tidak membantu. Ianya hanya akan menyebabkan tumbuhan menjadi terlebih besar sedangkan batang pokok tidak dapat untuk menampung tumbesarannya. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat tegak.
 

Phosphorus 
Posphorus berguna didalam perkembangan akar yang sihat. Akar yang sihat mampu menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah. Ia juga digunakan untuk menggalak tumbuhan berbunga.Ia biasanya dilepaskan kedalam tanah melalui tumbuhan atau hidupan yang mereput. 
Kekurangan phosphorus boleh dilihat melalui warna daun yang tidak segar atau kekuningan. Kurang berbunga juga mungkin petunjuk bahawa tumbuhan tersebut mengalami kekurangan phosphorus.

Kalium (Potassium)  

Kalium atau potassium membantu dalam perkembangan keseluruhan pokok termasuk bunga dan buah. Ia adalah kunci kepada pembentukan chlorophyl. Kekurangan kalium akan menghasilkan bunga dan buah yang kecil. Ia membantu tumbuhan dalam melawan penyakit.
Tumbuhan yang mengalami kekurangan kalium akan kelihatan tidak sihat.
Jika tumbuhan mendapat ketiga-tiga bahan ini, insyaAllah, ia dengan mudah akan dapat menyerap nutrien-nutrien lain didalam tanah dan udara.

Jadi, jika kita merancang untuk memberi tumbesaran yang baik untuk pokok kita, boleh la cuba memberikan baja N:15 P:15 K:15 sehingga tiba masa untuk berbunga atau berbuah, ubah pula kepada N:12 P:12 K:17 + Magnesium. 


3 comments:

  1. ayut dtg!!adehh..smlm baca dh ni.bila msuk baja jd blur.wah..pyah nk pham ni.hahaha..klu ayut bab baja ni kompem men beli je.pastu tabur siram air.setel.hahaha :)

    ReplyDelete
  2. tenkiu sbb cepat2 dtg melawat..alah bab baja tuh akak pun tak baca habis, baca yg penting jer ..then copy and paste..heheh..senang guna jer baca taik ayam lg subur..

    ReplyDelete
  3. hahaha..ayut duk bandar kat petaling jaya ni kak,gna tanah yg mmg ad organik je nk tanam.tu pon mati aritu tanam pkok bnga.tak jg punye pasal.adehhh

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads