Showing posts with label belajar quran. Show all posts
Showing posts with label belajar quran. Show all posts

Friday, 6 December 2013

Bukan Mak Tak Nak Ajar - Part 2

Susulan dari entri Bukan Mak Tak Nak Ajar, dimana seorang mak yang kurang sabar cuba mengajar anaknya..homeschooling lah konon..

Sebulan berlalu sudah, setelah berfikir-fikir dan mengambil kira nasihat2 rakan2 maya Kak Zakie dan ramai lagi, siemak membuat sedikit perubahan terhadap cara pembelajaran si anak. Kali ini lebih relaks dan tidak menensikan kedua2 pihak..

Pendekatan yang siemak guna adalah belajar baca quran ikut cara Iqra' sib baik ade buku dan juga hafazan surah2 muqaddam juga bermula..

Untuk Iqraa' tuh siemak adalah download video belajar Iqra' kat youtube..kan mak zaman youtube nie.. bagi sianak tengok sekurang2nya 2 kali sehari berulang2 pagi petang diselit2kan ngan program lain agar sianak tak bosan..kemudian ade sessi baca depan siemak lah sianak tuh..kalau tak pas muka surat hari tu takper, esok sambung lagi..kalau 1 muka surat 3 hari baru alih pun takperlah..janji tak perlu bengang2, marah2 tinggi suara.


Untuk hafazan jugak telah bermula sejak sebulan yang lepas. Siemak tahu keupayaan sianak tuk menghafaz memang berpotensi. Since sianak dah biasa tengok dan dengar program mengaji Mishaari Rashid, jadi mudahlah baginya tuk menghafal..cuma sedikit sahaja perlu diperbetulkan dan juga harus guide untuk menjadikan hafazan tuh stronger..

Tuk hafazan nie siemak tak ajar sianak bukak buku, siemak menggunakan program Juz30 tuk sianak hafal surah berulang2. Juga memasang mp3 surah2 yang dihafalnya berulang2, kemudian baru test memory sianak. Alhamdulillah anak2 kecil otak mereka masih bersih mudah untuk menghafal..dalam sehari pun alhamdulillah sudah lekat..cuma perlu revision hari2 surah yang dah dihafal bersama surah yang baru..inshaallah dalam masa seminggu sianak akan dapat ingat dengan lebih kuat. Dalam bermain2, tengah relaks ataupun sebelum tidur pun boleh suruh sianak ulangi hafazan..

Alhamdulillah dalam tempoh almost a month sianak sudah berjaya hafal dari surah Al Fatihah hinggalah Al Kautsar..dalam seminggu tuh hafal 2 surah sudah memadai agar tidak terbeban dan dapat membetulkan sebarang kesilapan.

Sebenarnya anak2 nie terpulang kepada ibubapa camaner nak mencorakkannya..kalau dibagi hafal lagu2..memang lagulah yang menemaninya..sebelum anak2 cenderung kearah meminati hiburan bagai eloklah kita semaikan kedalam jiwa mereka sukakan ayat2 quran..inshaallah..

Nuffnang Ads