Entry khas bagi rakan2 yang minat bertanam..perkongsian cara kami menanam kobis.
Bersambung dari bahagian 1,dimana kita telah tengok bagaimana hendak menyemai benih2 kobis..inshaallah kali nie dikongsikan lagi bagaimana kaedah kami menanam kobis nie..
Anak semaian kobis yang berusia lebih dari seminggu...lihat pada daunnya telah berbentuk gerigi dan juga lebih dari 3 daun terbentuk..sesuailah untuk dialihkan ketempat yang lebih permanent..kobis tidak sesua dialihkan beberapa kali kerana pembesarannya boleh terbantut.
Batas tanaman yang disediakan terlebih awal. Telah siap digaulkan dengan baja tahi ayam.
Anak2 kobis yang telah sesuai untuk dialihkan..
Lihatlah daunnya yang melebihi 3 helai..dan anak semaian cukup kelihatan cukup sesuai.. tidak kecil dan juga terlalu besar..usia diantara 1 minggu lebih hingga 2 minggu paling elok untuk pengalihan.
Lubang kecil digali, anak semaian diletakkan didalamnya..
Dikambus dengan tanah sekeliling batangnya (lebih 3/4) .tetapi jangan menutupi daun, teutamanya bahagian pucuk..kerana boleh membantutkan pembesaran ataupun terus tidak membesar...
Anak2 kobis yang telah siap dialihkan kebatas...alhamdulillah.
Seeloknya tutuplah batas dengan jaring ataupun bekas yang membenarkan cahaya masuk..untuk mengelakkan kepanasan..siram sekurang-kurangnya 2 kali sehari pagi dan petang...Kobis biasanya mengambil masa dalam empat bulan untuk matang.
Inshaallah jika diizinkanNya kita akan melihat perkembangan kobis dimasa hadapan...
Kakak kalau kobis tahu juga proses macam mana dia membentuk sebab bapak kakak ada tanam ummu. Suka kalau dah mula besar dan membulat tapi kakak nak tengok ummu punya brokoli dan cauliflower sebab tak pernah nampak proses dia membentuk..
ReplyDeleteinshaallah kakak ..kalau menjadi dptlah kitasemua tengok..ummu sendiri pun blom pernah tgk lagi gak..:)
Deletesedihnya...tanah tak ada...teringin tu ada..tgok ajelah sini...manalah tahu ..esok2 boleh buat rujukan kat sini.
ReplyDeleteinshaallah bisnes akak semakin maju..tak lama lg leh beli tanah yg luas nie..heheh
Deletesejuknya tangan... tanam apa pun jadi.. saya kalau menanam.. dah besar sejengkal mesti semua mati alahai... give up dah nak menanam hi...hi...
ReplyDeletejgn give up..mungkin cuaca tak sesuai kot...yg saya tanam ada gak yg tak pjg umur..hehe
DeleteTak sangka kobis baby gitu ghupenyakan.. hehe okje ni rajin sgt menanam....gitulah jadinya haha....
ReplyDeletePuaslah mkn kobis lepas nikan UA...
hmmm..kalau yg tanam sendiri tuh okje, mmg cepat boring...hehe
Deletesalam ummu...terima kasih berkongsi ilmu..Mudah2an ianya akan d berkati..Teruja jugak kak siti nak cuba tanam kobis ni..
ReplyDeleteselamat berjaya kak..inshaallah kena caranya boleh dpt hasil..:)
DeleteUmmu; nanti belalang mari makan tak daun dia? Ada tips?
ReplyDeletebelalang takder kat sini Dr Has..sbb tuh taklah risau..cuma ulat jerr....
DeleteAssalam Ummu..
ReplyDeletekecik je daun nya pada mula nya kan?.. lama2 2 baru membulat.. dari sini dah tau mcm mana kobis akan terbentuk..TQ ilmu nya Ummu:)
wkumsalam atie..
Deletehmm...yg daunnya mmg cam biasa jer..cuma bila besar sket baru membentuk isinya..:)
assalamualaikum ummu...wah bestnya mcm nak cuba jer ni..;)
ReplyDeletewkumsalam mama...selamat mencuba yer...
DeleteTeringin nak tanam kobiis tapi tanam tomato pun x subur.
ReplyDeletetakper kalau sekadar nak cuba..ade gak orng ygberjaya..:)
DeleteBila baru boleh letak baja?
ReplyDelete