Kenapa pepatah guna 'pisang' berbuah dua kali'?
Sedangkan aku rasa realitinya pisang takkan berbuah dua kali..tetapi 'perkara' yang disamakan dengan 'pisang' ade kebarangkalian berlaku berkali2...betul tak?
Actually peribahasa ini selalunya digunakan bagi seseorang yg pernah mengalami perkara yg buruk di dlam hidupnya..sehingga dia merasa serik dan meminta supaya tidak berulang lagi..
Pada pemerhatian aku setakat inilah kenapa pisang tak...antara sebab kenapa pisang tak berbuah 2 kali adalah sekali berbuah pun mempertarungkan nyawa sepenuhnya tuk memberikan kita buah..
Lihat pokok pisang semakin kekeringan dan hampir mati sepenuhnya kerana buah yang begitu berat hendak ditampung (buah dibalut ngan guni tu)..rasanya akar sebahagiannya sudah rosak sebab itulah pokok pun nyawa2 ikan jadinya..
Buah yang dah mula masak..berbulan jugak nunggunya..
Yang berparuh sudahpun merasa dahulu...korang panggil apa yer pisang nie? Rasa aku pisang nie tak sedap tuk goreng. tuk buat pengat pun tak sedap jugak..makan gitu jerlah..
Namun begitu ade jugak pokok yang masih hidup setelah berbuah pertamanya kalinya..tapi tidaklah berbuah lagi kan lepas tuh dan kena jugaklah tebang buang akhirnya...
Mak saya panggil pisang hijau atau pisang serendah, jenis yang di makan begitu saja macam pisang berangan..pokok rendang dan perlu kayu utk support pokok dr sujud ketika berbuah.
ReplyDeletesalam kak
ReplyDeletekat sini pon pokok pisang yg ayah tanam sakit, daun2 habis kuning, buah pisangnya tgh membesar, sayang takde rezeki. lama2 ayh tebang.
salam...klu tak silap saya ini buah pisang rastali...nak kata berangan pun ada jugak...rasanya jugak bukan pisang nangka tu kurus panjang lagi...hehehee...nie kena tgk dekat2 baru cam nihh...
ReplyDeleteKesian pokok pisang kan, bertarung nak bagi tuan dia setandan banyak macam ini. Puas kalau macam ini hasilnya UAA. Kalau nak makan berempat tu sah-sah tak habis. So tak apalah bagi peluang yg berparuh menikmati sama. Ada saham akhirat di sini.
ReplyDeleteKalau tak habis buat kek bagi Aidan bawa ke kindergarten mesti habis punya.
pisang embun ke tu...kalau tak sesuai digoreng atau buat pengat,buat banana split pun sedap tu..
ReplyDeletepisang montel..sdp mkn gitru aje..
ReplyDeleteakhirnya menyembah bumi..
Assalam....
ReplyDeleteApa khabar ummu? Arissa dah berjalan? Maaf lama x BW....
Aidan macam mana? Dah belajar pandai dia kat kinder.. rindu sangat ngan perantau di fiji ni... hmm
Pisang tu boleh berbuah 2 kali? Erkkk cam pelik.. tapi benar kan.... hehehe
Kalau pisang boleh berbuah berkali-kali macam pokok rambutan dan durian, tentulah ramai orang tanam pisang kan...? Tapi walaupun pisang cuma berbuah sekali, semua yang berada di pokoknya ada manfaatnya: buah boleh dimakan, daun boleh dibuat pembalut kuih, umbut boleh dibuat kari...
ReplyDeletekukus makan dengan gula n kelapa pun sedap ni...
ReplyDeletepisang berangan ke tuh kak? tp dulu kan dana penah jmpa pokok pisang kt umah atuk, dh kene tebang pun berbuah gk... kire kali ke dua lah tu kan...
ReplyDeleteSalam Ummu..
ReplyDeleteKat tempat kami ni panggil pisang hijau kot Ummu...hehe.. mmg pisang berbuah sekali je kan....:)
salam UAA, buat kek/muffin pisang sedak jugok tu ummu...
ReplyDeleteMenjadi2 pokok2 yang akak tanam.. suka tengok
ReplyDeleteSelain makan gitu je buatlah apam pisang dan kek pisang...
ReplyDeleteMemang serik pun kalu berbuah dua kali.. sakit pinggang nak angkat setandan tu..
ReplyDeletesaya lagi la buta nama pisang… mcm macm tu pun dah sedap kot…. Alamak, dah ada buah yg jadi habuan si berparuh…
ReplyDeleteSalam UAA,
ReplyDeleteMak Aji kurang kenal pisang, cuma yang ni rupanya macam pisang Montel je! Sampai begitu sekali berat tandan hingga pokoknya pun tumbang ya!
Best pula tgk pisang ummu...ummu serik pisang berbuah 2 kali...sy pula ternanti2 pisang berbuah sekali :p
ReplyDeleteBestnya bila tgk hasil tanaman menjadi. Byk pulak tu buahnya.
ReplyDeleteMacam pisang yg jual kat AEON tu UAA...pisang montel ke? entah hehe OKje pisang tanduk, pisang emas, pasang kapas tu taulah...itupun kekadang konfius hehe ...Buat jemput jemput mungkin sedap kot
ReplyDeleteoo, patut le tak berbuah 2 kali. dalam dunia pisang mesti berbuah tu seumpama mati syahid. sbb lepas berbuah, dia mati.
ReplyDeletetak de cerita pasal menantu saya acicha ke.