Pernah dengar nama pokok semunggai, remunggai, gemunggal, munggai ataupun kacagn kelor?
Tidak pastilah samada ianya pokok yang biasa dilihat di Malaysia atau tidak sebab tuan blog sememangnyer tak pernah tahu tentang pokok ini sebenarnya sebelum nie.
Berasal dari India, kini boleh didapati dipelbagai negara diseluruh dunia seperti Asia, Afrika dan sebagainya. Kini pokok ni dikatakan 'superfood' kerana kepelbagaian nutrient yang terkandung didalamnya. Namun tidak ramai yang tahu tentang khasiat daripada pokok nie.
Keselurahan dari pokok ini mengandungi protein yang tinggi, asid amino, pelbagai vitamin dan mineral serta anti-oxidant untuk melawan penyakit. Berpotensi untuk meningkatkan kesihatan dan menghapuskan kelaparan diseluruh dunia..(source)
Daunnya yang banyak digunakan didalam masakan samada dimasak sendirian atau bersama-sama dengan makanan lain. Ada yang memasaknya bersama dengan kuah dhal, ade yang memasaknya sebagai sayur air dan sebagainya. Rasa daun nie agak biasa sahaja tak ade lah strong taste yang nak membezakan ngan sayur lain..tapi sedaplah jugak kalau letak dalam dhal tuh.
Buahnya pun juga digunakan didalam masakan. Boleh digoreng begitu sahaja ataupun masukkan didalam kuah dhal juga dapat menambahkan rasa. Sedap jugak rasanya macam lemak2 gitu.
Pokok nie boleh membiak melalu biji benih ataupun keratan batang. Mudah tumbuh dan cepat sangat membesar menjadi rimbunan.
Kalau kat Fiji nie kebanyakkan laman rumah samada Indian atau Fijian diorang tanam pokok nie. Di laman kami pun ade cuma jarang sangat guna sebab tukang masak malas nak uruskan daunnya yang kena cabut satu persatu dari tangkai...
Assalam Ummu...
ReplyDeleteTak pernah pulak tahu tentang pokok ni...Daunnya macam sama dengan satu pokok yang selalu tumbuh liar kat hutan tu, tapi x tahu apa nama dia...huhu
Ni sayuran kegemaran orang India Malaysia. Kacangnya sedap dia buat kari..nama dia kacang kelo..pernah makan masa kecik2 dulu..Tapi kata org india kacangnya berangin sikit..daunnya yang byk khasiat.
ReplyDeleteKat Kelantan kami panggil daun gemunggal...daun tu boleh dibuat ulaman untuk laksa lemak..boleh juga dicampur dalam telur dadar..Buah yg pjg tu biasanya di masak kari...org India selalu masak buah ni..tapi nak mkn ssh sikit coz ada caranya.
ReplyDeleteresepi boleh refer kat bwh ni :-
http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/2008/09/gulai-buah-remunggai.html
sedapnyaaa buat kari buah munggai ni campur dhal ngan telo...mmg kegemaran my dad
ReplyDeleteX penah mkn...tp jiran indIA masa rumah lama dulu...siap ada ditepi umahnya....ntah cmne ye rasanya..nak msaknyapun sy x pndai...:-)
ReplyDeletepenah dgr psl buah pkok nih.... tp dana tak penaah mkn sbb org2 yg suke mkn dia ada rasa pahit2 skit ... selalunyer org india suke msk dlm kari kan buah nih...
ReplyDeleteAssalam Ummu..
ReplyDeleterasanya pokok ni ada di Sabah..tapi kmi panggil pokok kelor..hehe..daunnya sllu juga buat masak bening..mmg sedap..sy pn suka makan..zaman mak2 sy dulu mmg glamer sayur ni...:)
Kalaulah master dedaunan hijau pun tak kenal dengan pokok ni apalah lagi org yg buta daun macam OKje ni hehe....haruslah tak kenal UA
ReplyDeleteBanyak rupanya khasiat diakan UA...
Orang tempat saya masak kari buah munggai ni, org Perlis lah tu.
ReplyDeletekat kws opis sy pun ada p[okok ni, teringin nak ambik btgnya tapi segan la pulak...hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum ummu, nani panggil pokok murunggei... org india pandai makan.. kacangnya buat kari... tapi abah nani cakap.... boleh sakit urat kalau makan buah ni... nani penah makan.. mmg sedap...
ReplyDeleteLama dah tak makan pun, ingat ingat lupa pun dah 10 tahun kot... sebab kimi kecik lagi time tu.. pokok ni ada kat tepi rumah sewa dulu.... ok ummu... cau... take care....
Ohh... bila lihat kacang dia kakak rasa dekat M'sia pun adalah Ummu. Tapi biasa org India memang suka membelinya. Kalau org kita biasa masak kari. Daunnya kakak belum pernah jumpa di pasar. Tak tahu lagi macam mana rasanya, kena tunggu ummu balik M'sia tanam hihi...
ReplyDeletesalam UA, kat Kedah ni pun mmg femos pokok munggai ni...selalunya depa buat kari...tapi tk tahu rasanya cam mna sbb blum penah try...memandangkan khasiatnya tu...pasni kena try jgk lah..
ReplyDeletesalam UA.......
ReplyDeletebaru hari nie Yan tahu daun munggai nie.....boleh makan.....kalau buahnya memang sedap buat kari ngan ikan kembung.....
salam,
ReplyDeleteai saya ida
newbies blogger
baru follow blog ni
jemput ye follow blog saya
umielman.blogspot.com
p/s:ni pokok kelor namenye
sedap masak lemak putih dengan keledek huhuhuhu
Laa.. Pokok murungai, baru ni saya pun ADA baca pasal khasiat dia mmg byk. Buah dia masuk dlm Kari ikan mmg sdap giler. Daun tu plk wat apa pun sdap slalu my mom masak cam kita wat lmak pcuk ubi atau masak Tumis cam kerabu.
ReplyDeleteakak biasa campur buah remunggai ni dalam dalca..atau buat gulai campur udang/daging....tp yg lecehnya nak kikis kulit luarnya yg keras tu...
ReplyDeletepucuknya sedap kalau campur kedalam telur dadar..
salam ummu....buahnya sedap bubuh dalam dalca...hisap2 makan isinya je..kulit buang..hehe...daunnya tak pernah pulak kat siti makan...
ReplyDeletedaun dia kena cabut satu2 ke? takleh lurut kan je ke hehehe... Nampak mcm familiar daun ni tapi tak perasan pernah rasa ke tidak,
ReplyDeleteSalam ummu, dulu masa duk umah kt tepi sungai, byk pokok gemunggal ni, sy selalu ambik daunnya untuk letak dlm telur dadar, baunya sblm masak agak busuk ttp setelah dimasak menjadi harum dan enak. Buahnya juga sy pernah ambik & kasi kt member pej (org penang), dia ckp sdp msk kari buah tu. Sy nk cari la keratan batang pokok ni balik, nk cuba tanam kt umh ni.
ReplyDeleteStill pakai phone... kat umah tempek gambar dulu... lepas tu guna phone buat karangan... Hehehe.. janggal kan.. sementara nak Biasa..
ReplyDeletebiasa mkn..kalau dah kacukan ni..
ReplyDeletesemlm saudara bg,masih ada dlm peti sejuk..masak kari dgn udang..mmg sedapkan..ummu
tau pokok ni, ada juga masak tpi jarang sgt. buat goreng pedas je KA biasanyer !
ReplyDeleteI tak tau apa nama dia tapi my mom dulu selalu letak buah dia ni dalam dalca atau dhal. Sedap.
ReplyDeletefirst time dengar... tgk pokok pun mmg langsung tak familiar.... huhuhu
ReplyDeletepenah makan buahnya.. sedap.. tapi daunnya eerr.. rasa macam tak pernah makan.. tak ingatlah.. tapi buahnya sedap.. ai suka.. ;)
ReplyDelete