Tentunnya anda sedang bersiap2 nak kuar mengundi hari nie kan..heheh..good luck yer..tuan belog tak dapatlah kuar mengundi sebab tak register sblm tinggalkan negara..nie rs sesal sket sebab now kedutaan dah ade facility untuk membolehkan rakyat yg berada diluar negara mengundi..
Atau adakah kita terasa malas atau tak kesah samada nak kuar mengundi atau tidak..? Sebagai orang islam kena tahu serba sedikit tentang hukum ngundi nie yer..agar tidak menyesal dikemudian hari. Meh kita sama2 baca tentang hukum mengundi nie yer...
Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.
Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.
Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.
Secara ringkas:
Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam
Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam
Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan raya sahaja iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.
Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.
Dari blog – Permata Perjuangan
SELAMAT MENGUNDI DAN BUATLAH PILIHAN YANG TERBAIK :)
salam ummu...Insyaallah kak siti akan keluar mengundi sekejap lagi...Mudah2an kita semua akan di anugerahkan pemimpin yang bakal membawa kejayaan yang hebat dunia dan akhirat...Insyaallah
ReplyDeletesalam kak siti..harap2 begitulah.semoga rakyat m'sia membuat piihan yg bijak...selamat mengundi..
DeleteSemoga mendapat pemimpin yang jujur dan adil, salam kenal
ReplyDeletesalam kenal win..inshaallah harapannya...
Deletesalam UA. harini br dpt singgah. huhu!!byk n3 tertunggak ni. pasni nak g rasa mee kari desperado plok. btw ros pun ralat gak xmengundi tapi redha dgn keadaan kami (husb kena standby especially mg ni mg plg busy bt dia. anak2 semlam & esok sek). harap2 ALLAH tunjukkan jalan yg lurus utk kita semua rakyat msia memilih calon yg layak
ReplyDeletesalam ros..
Deletetak dapat mengundi jgk jer...hrp2 gitulah ros wpun dr jauh kita ttp doakan yg terbaek...inshaallah
Assalam Ummu..
ReplyDeleteharapan rakyat Malaysia agar proses pemgundian berjalan dengan telus..siapa pun yg dipilih moga kerajaan nti adalah kerajaan yg akan membela nasib rakyat..:)
wkumsalam atie,
Deleteharapan kita begitulah atie..jgn setakat me nabur janji2 kosong jer..
tu lah..moga2 pemimpin yg dipilih tidak hanya pandai menabur janji...huhu...
Deletekeputusan pun dah ada, terima dgn redha...:)
assalamualaikum kak nor!!!!!lama ye tak ke sini....adehhh...tak blh online + kesibukkan...mmg payah.apa pon ayut tak undi...jd pemerhati dulu...lg 4 tahun bru undi :)
ReplyDeletewkumsalam ayut..
Deletelamanya tak dengar suara ayut kat sini...
takperlah pemerhati pun..janji semangat tuh ttp ade..:)
Salam Ummu...
ReplyDeleteaku tak ngundi...
kalau dah wajib tu kira aku dah berdosa la eh....? huhuhu
salam nizam..
Deletetk rela plak lah nak jatuh hukum..mungkin kena tgk reason ko jgk kot...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ummu, ruginya tak berdaftar...suasana pilihanraya di sini begitu hangat sekali...
ReplyDeletesalam ana..itulah..takperlah kali nie doakan dr jauh jer...:)
Deleteselamat mengundi semua...sahaja aku mengundi hari ini krn Allah Taala!! ALLAHUAKBAR!!
ReplyDeleteassalam,
ReplyDeletetahperlah ummu tak dapat mengundi tahun ni mungkin ditahun2 mendatang...InsyaAllah..
nampaknya kita kena tunggu lagi lima tahun utk mengundi....
ReplyDeletememang jauh di sudut hati rasa sgt sedih tak dapt mengundi, tapi tetap pujuk hati... mungkin ada hikmah kenapa tak sempat daftar undi pos...
Saya Pun ralat tak dpt mengundi...tak daftar utk undi pos. Tapi bahang hangat pilihanraya mmg sgt terasa. Semoga mereka yg mengundi dah buat pilihan2 yg terbaik demi Masa depan agama & negara.
ReplyDeleteP/s: mode berdebar tunggu annoucement final results.
So kira okje dah menyempurnakan tanggungjawab tulah nampaknys UA...hehe
ReplyDeletedah mengundi. beratur panjang saja mengundi pagi..nak tgok kemeriahan tu..
ReplyDeletetakpe nanti umur panjang ada rezeki 2018 pulak..ummu dapat mengundi in shaa allah...tahun depan balik tanah air kan..?
ReplyDeletedah habis pun fasa mengundi nii.. ada yg lecewa, ada yang gembira... apa pun harapnya sesiapa yang dipilih dapat memikul amanat sebaiknya
ReplyDeletekucing samo dah keluar mengundi dengan memakai baju kaler PINK semalam! (sibuk nok kabo kaler baju;p)
ReplyDeleteNanti ummu jgn lupe daftar mengundi bile balik ke tanah air ye. Undi anda amat berharga walaupun 1 undi:)
setuju sgt.. dah tunaikan kewajipan pun !
ReplyDelete