Thursday, 4 June 2015

Adik...

Begitu cepat rasanya adik membesar, rasanya seperti kita baru pulang ketanah air adik begitu kurus waktu itu..masih menyusu badan dan pantang berpisah dengan mummy..

Melalui pelbagai onak ranjau, ujian dan fasa-fasa perpisahan dan kesedihan yang menguji kita..

Alhamdulillah adik semakin berisi kerana kuat menyusu botol..malam2 pun adik bangun mengarahkan mummy, "make chuchu"..kengkadang sampai 2 kali semalaman..penat dan mengantuk,..mummy turutkan jugak bos kecik kesyangan nie...

 Semakin pandai berdikari..sampai jer taska adik dah tak nanges sejak hari kedua disitu mana2 pengasuh taska amik dukung jer adik, dengan senangnya adik ikut..dan hardly adik nak toleh atau bye bye kat mummy dah lepas tuh...hmmm setidak-tidaknya tenang hati mummy tinggalkan adik disana seharian..

Bila mummy datang amek adik, terpancar kegembiraan diwajah adik..bergegas keluar dicelah rakan2 kecil menuju kepintu..adik cakap 'cana cikit' kat kengkawan...

Adik cam kamceng jer ngan abang, berinteraksi pun cakap melayu jer..semua pun nak tiru abang..abang main otomen pun adik sanggup tinggalkan baby doll demi otomen jugak..tapi bila time selfish favourite words mesti kuar 'cana cikit' tuk lebih berkuasa dari abang..huhu..
..

Nuffnang Ads