Saturday, 31 May 2014

Pakchoy Lagi..

Samakah keseronokkan menanam sayur dan memetiknya dari kebun sendiri atau memetiknya dari pasar? 

Tentulah tak sama kan...yang dari kebun sendiri tentunya lebih fresh, organik dan boleh petik bila masa jer nak once ready...cuma yang dari pasar tuh tak perlulah berpenat lelah menanam menyiram menjaga bagai...

Cam pakchoy nie adalah sayuran yang telah ready di'ladangku' nak petik hari2, selang sehari pun boleh hingga habes..pastuh tanam balik yang baru..

Cam semalam dah harvest dengan gembiranya..

 Inilah baru betul2 sesuai usianya tuk harvest..masih lembut dan daun pun dah cukup besar..

Masak apa?

 Untuk seorang makan masak dengan sos tiram ala stir fry letak sikit isi ayam..kawan ngan nasik yang panas2 memang sedap weyyhh..

Lunch ari nie plak,

Style sayur campur tapi kat sini dorang panggil chop suey..pelbagai sayur dimasak bersama2 ngan ayam atau ikan atau udang dengan soya sos dan sos tiram..febret seisi keluarga..hampir2 tenggelam pakchoy dicelah2 sayuran lain kan...

Korang plak hujung minggu gini lunch kat mana?

Friday, 30 May 2014

Lebih Teruk Dari Khinzir

Kes  remaja perempuan yang dirogol oleh 38 lelaki disebuah rumah kosong di Ketereh memang menaikkan darah kita sebagai seorang Melayu dan Islam..

30 lebih lelaki muda melepak, menagih dadah, baiki motosikal dan akhirnya merogol? 30 puluh lebih itu boleh jadi melebihi jemaah yang datang ke masjid tuk solat berjemaah..malah 30 lebih itu adalah sebanyak bilangan pelajar2 dalam sebuah kelas..

Babi pun tak mengawan atas seekor babi betina sebegitu dashyat...

30 lebih dipengaruhi dadah..hilang iman hilang akal..orang2 kampung dan pihak polis pulak tidak mengambil tindakan yang tegas untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..sudah berlaku barulah kecoh seluruh Malaysia..

Maruah dah tergadai..lokap dan penjara pula menunggu mereka2 yang terkutuk tuh... 

Apa nak jadi dengan bangsa kita yang beragama Islam nie..kalau dulu kecoh pasal kes rogol berkumpulan di India hingga menakutkan pelancung2 yang nak kesana..tetapi tempat  kita nie lagi menakutkan untuk hidup dan membesarkan anak2..

Banyak anak2 remaja perempuan menjadi mangsa kenalan dari laman sosial..beraninya mereka semata2 nak berboifren..ibubapa pulak memberikan kepercayaan kepada anak2 dara mereka untuk keluar bertermu rakan2..dan jarang yang keluar dengan kawalan muhrimnya...

Adenya anak lelaki pula bukannya kita boleh  berasa 'ok lah sikit' dari anak perempuan..silap didikan dan asuhan..pergaulan yang tidak betul..akhirnya kita jugak yang akan melalak menangis bila tangan anak lelaki kita digari dibawa polis...

Negara semakin maju..moral semakin mundur...

Wahai saudara-saudara seislam  denganku,

Budaya boifren gelfren tuh hapuskanlah dalam budaya kita ..itu budaya orang2 kafir..teringat masa muda2 dulu, betapi dhaifnya orang2 kita dari segi pemahaman agama, kalau takder boifren itu dianggap sesuatu yang memalukan..takder orang nak kat ko..ko tak laku...padahal mereka itu gagal tuk melihat dan memahami yang perhubungan/ pergaulan sebelum nikah itu adalah haram..malah dengan persepsi demikian menambahkan lagi maksiat..menambahkan lagi anak2 luar nikah yang kena buang merata hala...

Tidak hairanlah ramai anak2 muda kita terjerat dengan cinta laman sosial dan banyak yang menjadi mangsa rakan sosial semata2 nak berboipren gelfren..nak jaga maruah yang aku nie laku konon..pengaruh TV atau buku2 cerita tak payahlah nak dipertikaikan lagi..malah pernah kita dihidangkan novel2 yang mana jalan ceritanya heroin mengandung anak luar nikah kerana hubungan haram dan mereka diangkat seperti hero didalam cerita dan hubungan mereka itu seolah2 tak salah padahal mereka adalah penzina..huhu..tak ubah seperti cerita Hindustan yang diarahkan oleh mereka yang bukan islam..

Anak2 perempuan biarlah hayaa (malu) itu menjadi pakaian mereka...biarlah pergaulan mereka dijaga..jangan percayakan sesiapa sahaja apatah lagi yang bukan muhrim..tanah yang kita pijak sudah tidak selamat..syaitan banyak sangat berkeliaran nak tarik seramai mungkin keneraka bersama2 mereka...

Biarlah kita menjadi muslim yang konservatif..daripada menjadi muslim yang banyak nak kena menjawabnya diakhirat nanti...

Thursday, 29 May 2014

Tuaian & Vegetarian Menu

Kita biasanya makan dhal nie dengan roti canai atau roti paratha..rasanya mungkin jarang yang pernah makan dengan nasik kan.tapi kat sini cam yg aku pernah cakap before adalah menu yang paling top..

Kali nie aku nak kongsikan dengan korang bagaimana orang2 kat sini biasanya memasak kuah dhal yang lazat lagi berkhasiat. Semua bahan ade dilaman cuma kacang dhal sahajalah  kena beli..

 Gemunggal yang berkhasiat sangat buah mahupun daun..terung tuk pekatkan kuah..ketumbar tuk tambahkan aroma & rasa..

 Ginilah setelah dipotong dan leraikan daunnya..carrot pun letak jugak tuk tambahkan sayur..dorang tak letak kentang cam yang biasa kita makan kat restauran mamak..

Dah siap masak..sedap dimakan bersama2 nasik panas ngan ikan goreng atau ayam goreng..gerenti 2 kali tambah nasik..heheh

Awal2 aku cuba aku makan kuah dhal ngan nasik memang tak boleh nak telan...isshhh tak kena selera betul..lelamar tuh barulah dapat masuk tekak..malah asyik2 bertambah nasik jer pekena ngan dhal pun..:)

Wednesday, 28 May 2014

Berita Hangat : Surirumah Melepat Untuk Selamatkan Pisang

Tajuknya itu kemain lagi.. ampun yer tuan puan, adik kakak..heheh

Bila kayo ngan pisang kat umah
Pastuh pisang tuh lak tak mebeles
Jangan dibuang atau pandang sebelah mata akan pisang itu
Marilah dilepatkan ia..

 Pisang, tepung beras, gula, kelapa parut

 Daun pisang dilayur

 Ready tuk pembungkusan

 Dah setel kukus

Siap tuk dimakan..barulah mebeles..

Lepat nie adalah makanan berasakan pisang yang paling healthy..
Takder minyak digunakan, gula pun beberapa sudu jer (kalo kek hampir secawan)
Dan kukus pulak tuh
Tak perlulah takut gemok kalo makan lepat yer..:)

p/s - Aku bukanlah penggemar lepat sangat..dulu2 kalo takder kuih lain selain lepat aku belilah atau terdapat secara free ker aku makanlah..huhuh..tapi kat sini aku cuba buat demi menyelamatkan pisang dari pembaziran...dan aku pun bukanlah ghajin bangsanya memasak nie cuma yang aku nak makan takleh dibeli kat sini..takdo...keno jugaklah.merajinkan diri...

Tuesday, 27 May 2014

Give Me That Haraam Thing

Smalam yg aku cerita ade meeting kat umah and one of the brother yg dtg tuh bawaklah buah tangan berupa coklat dan biskut tuk siaidan..maka dia pun mulalah operasi mengopek dan melantak dengan gembiranya...

Ok..one of the coklat yg dia bagi tuh aku sempat perasaan coklat from Cadbury ..ialah kan issue coklat ber DNA kerbau pendek tuh masih hangat.coklat Cadbury yang kami beli kat sini katanya halal..dan banyak yang diimport dari Malaysia... dalam 2 minggu lepas pun aku ade jugak memakannya...

Kalau dah kat Malaysia yang ade badan yang memantau haraam dan halalnya boleh terlepas..bayangkan pulak kat negara bukan islam kan..so take precaution...jauhkan yg haram mahupun yg disyak haraam..carilah yang halal tuk diberi makan tuk ahli kuarga...

Berbalik pada coklat 2 peket cadbury yang siaidan dapat tuh...dia beriya dok suruh bukak dan nak makan..aku kata tunggu dulu ..nak kena tanya bapak kamu boleh makan ker idak...

Beginilah lebih kurang coklat yang jadi big fight tuh..:)

Bila kami putuskan better jangan makan.throw it away...lalu adelah jiwa kecil yang terkechiwa..

"NO...i will not give you that haraam thing.."

Mengamuk..menjerit2 dan bertantrum..."Give me that haraam thing..give me..." kuat jugak dia melaung..risau kot orang kat luar dok meeting tuh dapat mendengarnya walaupun masa tuh dok berperang kat dapur...sib baik auntie yang dtg bertamu dok kat dapur tuh dah 80s...hmmm

Aku berkeras hati takkan bagi..melalaklah sampai pengsan kering airmata pun..

Agak lama jugak dia mengamuk menangis dan tak makan pujuk..aku sibuk nak masak2..bapak dia sibuk bermeeting..last2 aku teringat akan coklat Kopiko yang agak lama tersimpan dalam bekas..lalu kuberikan padanya...

Sib baik lepas tuh terus brenti dan tak sebut dah pasal 'that haram thing' again..hhhmmm selamat...:)

p/s - ngan budak2 bukan boleh cakap gitu jer apa2 perkataan yang sensitif..kerana mereka tak paham maksud sesuatu perkataan tu..ikut apa yg kita cakap jer...tapi kalau orang lain dengar mau tegak jugak telinga depa wondering...


Monday, 26 May 2014

Bila Tetamu Datang Dengan Tiba-tiba

Cerita petang semalam....

En.AAA mengadakan perjumpaan dengan ahli2 Non Profit Organisation yang dia involve kat umah semalam. Terpaksalah aku sediakan sedikit juadah ringan tuk mereka..

Kul 3 lebih aku bermula ngan cekodok serta white chai (tea susu) tuk tetamu meeting tuh..sesambil membuat jejemput malas tuk diriku cicah ngan sos cili..

Cekodok manis yang ade raisins didalamnya serta serbuk buah pelaga..kuih yang femes jugaklah kat sini..(gambar nie yg baki jerlah lepas depa makan)

Dalam pada aku dah dah siapkan kuih mueh serta menikmati jemput malas tuh..orng2 nak meeting pun dah sampai...tiba2 ade jugak 2 orang tetamu yang datang dengan surprisenya (tanpa inform dululah nak datang). Sib baiklah aku dah buat teh dan cekodok lebih2 sikit..kalu tak kena masak lagi ...huhuhu..

Kengdian tetamu yang surprise tadi dijemput tuk menikmati makan malam diteratak kami lak...aku yang terpaksa bertugas extra dan tak ready tuh pun angguk dan iyakanlah...apalah aku nak masak dalam masa yang singkat nie..ayam semua dok keras dalam ais mana sempat nak kuarkan...

Ah kena buat benda yang instant yang tak perlu masa yang lama tuk masak..maklumlah Acicha dok berkepit ngan aku jer dan bapaknya lak sibuk meeting...

So menu yang paling simple but acceptable tuk orang2 kat sini adelah seperti inilah...

Aper korang rasa yang aku dapat masak dalam sejam lebih..?

3 jenis lauk,sejenis nasik ..dan sejenis roti paratha..macam masakan kampunglah kalo kito...

Tuna dalam tin yang dimasak dengan  masala..senang cepat dan sedaplah jugak..

Sayur kangkung style depa..sori yer takder nak kangkung belacan2nya atau goreng cili...simple goreng ngan bwg dan fenugreek jer..

Kuah dhal...yang nie ngelat sket..yang dah dimasak masa lunch tapi masih elok dan banyak kalo nak buat lagi..takperlah ..dhal curry nie macam suatu hidangan yang kemestian dan acceptable lah kalo takder lauk aper pun janji ado kuah dhal..

Roti paratha yang made by wanita melayu terakhir kat Ba Town..hebaklah kunun...huhuh. Ini yang makan masa paling lama nak masak maklumlah kena uli, gelek, masak satu persatu bagainya...tapi tahlah aku tengok dorang tak rasa pun remeh nak buat nie atau merungut baik masak nasik jer mudah..releks jer membuatnya..aku pun buatlah kan tuk amek hati tetamu dan suamiku...tetapi hampeh tetamu makan nasik dengan berseleranya, suamiku dan aku yang makan roti nie...hhmmmm..

By the time siap masak almost kul 6 dah masuk maghrib..meeting pun baru nak bersurai, Acicha dah mula mengamuk..tak layan dah apa2 benda aku rasuah buat main atau makan.. sebelum tuh aku rasuah ngan biskut dia dok diam2lah dalam walker....huhuh..

Lepas maghrib barulah depa menjamu selera..aku lak sibuk nak siapkan dan tidurkan depa berdua tuh..dah setel semua ..aaggrrhhh penatnya rasa..nak patah belakang...tak larat weeiiii...3 jam straight dok dapur..


Melihatkan pinggan yang menimbun dan aku dah letih dan malas, aku pun cuba bercakap psiko yang tak obvious ngan En.AAA..'pinggan tuh esoklah saya basuh yer....dah penat nie....' lalu dia pun berkata 'don't worry I'll wash it..you take some rest now..." gumbiranya dalam ati cam nak melompat...hehehhehe

Tapi yang tak bestnya rancangan posa ari nie kena cancel sebab dia penat dan not mentally prepared..

Sunday, 25 May 2014

BLOGGER Tak Publish Post on Time..

Pernah tak korang mengalami masalah seperti nie dimana bila dah siap2 tulis entri dan tekan PUBLISH kemudian tengok2 kat dashboard takder apa yang keluar..?

Sejak kebelakangan nie aku selalu mengalami masalah nie..kalau dulu ok jer walaupun guna schedule atau auto publish..sekarang ni walaupun publish Automatic still menghadapi masalah nie...malah tiap2 hari bermasalah. 

Kadang aku terpaksa mencuba beberapa kali 'revert to draft' kemudian 'publish' balik..namun lambat jugak dipublishnya...kadang selepas 10 minit, kadang setengah jam.kadang dekat sejam..naik bosan jugak nunggu..

Aku ingat dulu ade kengkawan yang menghadapi masalah sampai Blogger tak dapat publish langsung entri2nya hinggakan ade yang dekat sebulan lebih barulah entri tuh dipublish...

Bila aku tanya pakcik Gugel pun memang tak dapat sebarang jawapan yang dapek menolong...

Susahkan kalau gitu..macam melemahkan semangat nak menulis jer...

Kalau korang pernah mengalami masalah nie dan tahu penyelesaiannya silalah kongsikan bersama yer..moga kita dapat manfaat dan solve problem..

Saturday, 24 May 2014

Hidangan Teh Dipetang Sabtu Yang Enak


Bila cuaca sejuk mestilah cepat terasa lapar kan..mesti nak makan yang mengenyangkan sedikit kan. Pagi tadi En.AAA bawak balik dari pasar keledek ungu..agak murah jugak dengan $2 dekat 20 biji dapat. Bosan dengan ubi style rebus jer serta malas untuk menggoreng dan menambahkan lemak daripada minyaknya..aku pilih yang paling healthy way tuk dihidangkan bersama teh... bakar jer dalam oven..biarkan oven buat semua kerja...tak sampai sejam masaklah.

Sangat sedap dimakan sesambil minum teh atau kopi...bila bakar rasa manis ubi tuh masih kekal berbanding dengan yang direbus yang mana bila bercampur dengan air dan garam kuranglah sket realnya...:)

Ade balance lagi tuh esok pagi boleh bakar lagi...sempoi jer style kampung pun dah cukup hepi dah takyah western2 bekfes.. Acicha pun habes sebijik yang kecil jugak dia buat dinner.

Friday, 23 May 2014

Almost Perfect Dah...

Kalau hari Isnin yang lepas melepaskan kekecewaan kerana buah kuih sagu yang tidak menjadi..walaupun resepi tuh dari blogger masakan yang femes...

Kali ini kita bercerita tentang kejayaan pulak..kununnya lah..:)

Iftari semalam..macam tak cukup kuih sagu pulak tuk berbuka....hhuhuh

Sikit pulak baki sagu yang tinggal tuk aku buat percubaan yang kali ketiga...yang akhirnya menjadi seperti seadanya..alhamdulillah..

Yang second time aku cuba pun masih jugak lembik dan tak memuaskan ati....tapi aku makan jugak dan bagi si aidan yang akhirnya dia buat main kacau2 dalam bekas..hiiii geram btul aku taknak makan cakap taknaklah. ni buat main lak...

Anyway yang kali kedua dan ketiga aku buat tanpa refer resepi...aku cuma cuba pahamkan sifat sagu dan air...sebenarnya bila masak kuih sagu nie memang takleh guna banyak air..cukuplah direndam dalam air dahulu hingga kembang lepas tuh masak dengan sikit sangat air yang cukup untuk menjadikannya masak.

Kuih yangg sangat mudah, murah dan cepat untuk dibuat actually...cuma bab air jer perlu hati2..gula perang pun tak jadi masalah kalau kaler lebih dominan...dessicated coconut pun ok tak menjejaskan rasa...dalam masa tak sampai 10 minit pun boleh siap..cuma kena tunggu sejuk barulah boleh potong elok sikit...

Terima kasih yer kepada kengkawan yang beri aku sokongan moral tuk buat kuih nie..kerna koranglah aku tidak putu asa...Hmmm nak kena order sagu lagi nie nampaknya dari boss....:)



Thursday, 22 May 2014

Pakchoy & Kuey Tiaw

Kalau ade dikalangan peladang yang paling zalim terhadap tanamannya, tiadalah terkecuali peladang sekangkang monyet di Ba Town nie..kenapa dia dikira zalim?

Kerana dia kurang belas kasehan pada tanamannya yang masih kecik..baru nak jadi muda remaja sudah dituainya..

Pakchoy nie eloknya tunggu seminggu lebih barulah besar sikit banyak 'isi' sikit tapi oleh kerana takdek stok sayur lain yg ready..maka jadilah mereka ini mangsa..

Mangsa kerana tuan peladangnya nak makan kuey tiaw...

Simple jer...tapi jangan underestimate kesedapannya ...heheh..angkatlah bakul sendiri.. sebekas nie dia sorang jer makan walaupun 3 round heheh...orang lain surrender sebab takut pedas...:) Setiap kali memandang gambar nie membuat aku telan liur lagi...huhuh

Korang bekfes ngan kuey tiaw goreng tak pagi nie? asik2 nasik lomak jer...aku sebenarnya jeles sebab takleh beli siap dah...huhuh

Wednesday, 21 May 2014

Kucuk Koyok

Mesti korang tertanya2 apo ko bondo tuh kan? Ah itu perkataan febret Acicha...tak tahulah aku dari bahasa Congo ker atau Jeremang atau Papua New Guinea...heheh..asyik jer dok sebut tuh berulang-ulang...

Perkataan yang mendamaikan jiwa mak yang beranakkan dia nie alhamdulillah dah pandai menyebutnya...'mama..mama..'.. dan dia selalu menyebutnya sambil datang kepada maknya...seronok kan..:) 

Kalau nak nenen lak dia akan sebut 'mamman..' Kadang bila takmo atau tak suka sesuatu kena paksa jugak contohnya pakai diaper atau seluar...hmmm berperang asyik nak lari jer..dia akan sebut..'nononono..' 

Perkataan lain yang dia dah pandai sebut adalah 'tata'..itu cam first word lah sambil lambaikan tangan...

Si Acicha nie ade jugak anginnya tambah2 bila kena sakat ngan siabang...dia pantang kalau siabang pegang walker tahan dia dari bergerak..menjeritlah apa lagi...kalau kena buli ngan abang pun kesian aku tengok dia, menjerit dan terus datang kat mak dier...kadang dia macam paham taktik siabang tuk buli dia, dia bo layan jer..main sendiri2...huhuhu


Sekarang nie dah bercuaca sejuk..dari petang dah terasa kesejukkannya..kalau pepagi tuh airnya sejuk macam dalam peti aislah..jadi memalam mesti pakai tebal sketkan tidur..

Masalah utama aku ngan budak 2 orang ni adalah tuk pakaikan mereka dengan yang lebih sesuai sket ngan cuaca...si Acicha yang asyik dok cabut stokin pantang pakai kat kakinya...kalau pakai baju tebal sket atau seluar tebal takleh tidur..cepat berpeluh...keraplah pulak bangun nangis malam2...huhuhu

Siabang lagilah kritikal conditionnya..pakai jaket takmo..panas..pakai stokin takmo gatal kaki..pakai selimut takmo itchy...kemain susah lagi nak bagi dia pakai tuh semua..berperanglah atau berkompromilah jawabnya..dahlah dia batuk teruk sampai takleh tidur memalam kebelakangan  nie..risau kami dibuatnya..

Kalau bapak dia balik lak tengok anak2 dia tak berpakaian sepatutnya dengan cuaca mesti dia bising...aku jugaklah yang tensinya..dah abes pujuk berlembut, silap2 aribulan aku lak yang jadi mak singa...memang mencabar tul tuk disiplinkan anak2 pada usia nie....hmmmmm

Tuesday, 20 May 2014

Kueh Sagu lah Kunun

Hidup diperantauan dalam rangka menjadi chef yang hebat tuk family, dalam memenuhi selera dan tekak melayu..mesti ade kejayaan dan kegagalannya kan.tok guru pun gugel jer kan. dan kita biasa tayang yang berjaya dibuat, sedap rasa..cantik ghuper didalam dalamnya menyebabkan penengok menetes air liurnya..

Sekali sekala kita tayang jugak percubaan2 yang kita berjaya kan...barulah kita jujur dengan pembaca dan diri sendiri...barulah korang akan berkata..' alah ingatkan semua dia tau...ghupernya hampeh...kueh sagu pun failed?'..
Kuih sagu yang langsung out of shape kan....huhuh...actually sukatan air tuh yg tak betul wpun aku dah ikut resepi asal..nie dah terlalu lembik..macam 'kolleh' pun hado...kena scoop ngan sudu takleh dipegang begitu sahaja....

Kaler plak langsung tak menarik...ini bukan salah aku yer...gula yang ade kat sini cuma gula perang jer..gula putih out of stok..uhuhu..kalu letak gulo nie memang akan spoil warna minuman mahupun makanan kecuali nakkan kaler yg perang atau golap...kalu buat air teh ngan gulo nie memang sungguh keliru dan sedey ngan campuran rasa daun teh dan kearah rasa gula melaka sket...kadang aku tensi btul, mogok tau mau minum tea O. Dan kelapa plak...itu yang desiccatednyer..sebab coconutku out of stok..ari tuh masa En. AAA dok perah santan lupa nak ketepikan sket tuk buat kuih sagooo nie.. 

Smalam yang aku buatnya tuk bukak posa..bila En.AAA tengok lantas dia pun bertanya 'apa yg hijau didalam bekas tuh.?..' aku pun cuber cover line..cakap tu tak menjadi tuh, not good taste..ko akan pengsan kalo makannya...

So yang memakannya adelah aku dan aku dan anak bujang pun makan sedikit sahaja..aku tak nak dera dia..huhuh Walaupun tak sedap kena jugak abeskan sebab takmo membazir..sejak aku kawen ngan orang yang pandai berjimat cermat dan tak suka membazir nie aku pun jadi insaf dan baik sket...telan jugak drp buang selagi tertelan....bagi burung atau katak kat luar tuh kira last resort lah kiranya...:)

Monday, 19 May 2014

Tinggi-Tinggi Si Limau Mandarin

Musim limau mandarin di Fiji sekarang nie...murah2 sahaja jika hendak dibeli dipasar $1 (+/-RM1.70) pun dah boleh dapat dalam 5 biji. Ade yang manis, ade yang masam..tiada petua tuk memilih, ikut nasib jer hehehe..
Limau mandarin kami yang sepokok kat laman belakang tuh pun dah berbuah dan mula masak..cuma buahnya tuh tinggi sangatlah ...nak kait atau jolok pun tak dapek..galah tak cukup tinggi kot..

Bolehlah kamu semua mencari buah2 dicelah2 daun tuh...? heheh..takder lebat mana pun..cukup makan jer kot..takper lah janji berbuah kan...

Hasil kutipan semalam..actually nie kali kedua lah kami merasa yang dari pokok nie...tanya En.AAA camaner dia amek buah yg tinggi tuh..katanya dia goyang2 dahan..mana yang dah almost ready tuh jatuhlah....oooo begitu..
Kulitnya tak kuning seperti yang biasa kita dapati kat Mesia kan, tapi kalau biar lama lagi boleh jadi kuning jugak cuma takut terlalu masak lah.....aku pun pelik jugak memula dok sini naper panggil mandarin tak cam mandarin jer..tapi isi dalam tuh ok lah jugak...menepati lah kot jugak...cuma tak semanis bistari yang korang selalu makan during Chinese  New Year jer...

Sunday, 18 May 2014

Nasib Pisang Setandan

Kalau ade pisang yang berbuah dan masak dilaman mana lebih wise biarkan masak dipokok atau tebang dan bawa masuk dalam rumah, peram naturally hingga masak?

Kalau kami prefer pisang yang masak dipokok, lebih fresh dan sedap lagi rasanya berbanding dengan yang diperam. Tapi masalah nak menunggu masak dipokok adalah mengambil masa yang agak lama..kadang dapat kat makhluk Allah yang lain dahulu walaupun kita dah tutup balut nak lindung dari depa...depa lagi smartlah...

Kalau terkena musim hujan lagi naya...terperuk didalam guni yang basah makhluk lain pulak yang senang membiak..hmm nak makan pun tak berselera...

Nak senang dan selamat cantas tebang buat masuk dalam umah..biarkan masak sendiri slowly ...not much choice kan...

Dah berbulan dari tempoh mula masak...tapi tak dapat dinikmati sepenuhnya...asyik masak dan buruk jer...hanya sempat amek buat goreng kerepek ngan sikit2 buat masak dalam makanan Acicha jer...inshaallah bila dah diputuskan dari induk nie dapatlah tunggu masak dengan lebih selamat dan diagih2kan mengikut rezki masing2 ..inshaallah..

Yang dah masak...pisang nie i dun loike that much..tak sesedap pisang nangka ataupun pisang lemak manis...kalau tak berhabisan jadi keklah jawabnya mereka nie...:)

Saturday, 17 May 2014

Bekeng Nyoh

Cuaca begitu mendung ari nie dari pagi asik ujan jer, matahari pun tak nampak ghuper....duduklah dalam umah sahaja makan2, layan anak2 serta internet sekali sekala...nak kuar umah pun langsung tak boleh...huhuh

Sehari dua nie datang keinginan nak makan kuih tradisional lak...rindu akan kuih2 yang selalu dibeli digerai2 pepagi sebelum gie kerojer masa bujang2 dulu...kalaulah boleh pegi beli begitu sahaja disini karipap, seri muka, donut..popia dan sebagainya...alangkah heavennyer.....kan?

Anyway aku hanya mampu beli bahan2 dan buat sendiri sahaja yang mana termampu tuk melayan tekak melayuku ini...

Ini kalau kat Mesia selalu jugaklah beli walaupun bukan febret sangat..tapi makan jugaklah..bila lama tak jumpa gini..jadilah rindu...semalam aku membuatnya...kaler serupa hijau tak hijau tuh kerana air daun pandan dan gula perang yang digunakan...actually ini Bingka beras atau orang kelantan panggil Beke..atau orang Terengganu panggil bekeng..issshh betul ker? 

Oklah  bingka beras  nie kalau biar semalam dalam fridge barulah dia tak lembik sangat..kalau panas2 lepas kuar oven tak sedap sangat (pada akulah)...yang penting mendapat sambutan seluruh ahli keluarga...alhamdulillah...

Selamat berhujung minggu yer kongkorang...sejuk2 gini layan selimut lagi best kan...heheh

Friday, 16 May 2014

Musim Petai Versi Pasifik

Biasanya bila dalam perjalanan mata ralit memerhati pemandangan kiri dan kanan jalan..Selalunya ade sahaja yang menarik perhatian samada pemandangan dengan lanskap yang indah ataupun pokok2 yang sedang berbunga atau berbuah.

Masa cuti sekolah yang baru berlalu, dalam perjalanan kedestinasi dihidangkan dengan pokok2 petai versi pasifik yang sedang rancak berbuah... teringin sangat nak tengok betul2 dari dekat, namun biasalah big boss takkan ikut kehendak bini dier tuk buat kerja bodoh berentikan keta tepi2 jalan telek pokok...so dapat tengok dengan laju sahajalah petai look alike tuh..sambil berharap ianya petai betul...

Hinggalah bila berkunjung kehospital baru2 nie dan dipersekitaran spital pun ade jugak pokok petai yang ditanam sebagai teduhan..


Apalagi ..peluang untuk telek pokok yang menimbulkan tanda tanya ini dengan sepuasnya..

 Nampak tak buahnya tuh..kehijauan gitu..

Lalu aku pun mengutiplah buahnya tuk buat analisis secara mata kasar...

 Ringan sahaja buahnya tuh..nipis lak tuh..

 Nak kata petai belalang..bijinya kecil sangat malah dengan kulit nipis gitu tak dapat nak keluarkan apa2 isi pun..

 Yang jenis besar sikit..nampak cam petai tapi takder mcm petainya..biji kecil sangat..nak kopek pun susah...tah2 mabuk pengsan kalau termakan nie..

Yang satu lagi nie..cam petai  jugak..tapi aku rasa lebih close to petai belalang compare ngan yang dua tadi. betul tak?

Cukuplah...syak wasangka serta harapan telah hancus...memang pokok2 tuh bukan petai seperti yang aku harapkan...huhuhu..takder peluang nak makan petai kat bumi pasifiklah jawabnya...huhuhu..

Thursday, 15 May 2014

Dipanggilnya 'Auntie'??

Ketika sedang duduk2 menunggu diatas kerusi rawatan didalam bilik dental surgery sesambil melayan anak bujang bercerita tiba2 datang seorang dentist sambil berkata "sorry auntie to keep you waiting..i was looking for some equipment.." pastuh dia keluar balik tanpa sempataku tengok mukanya

"Auntie?? Saper Auntie..? nie ado yang nak kena lempang free2 nie? sejak bila aku nie jadi makcik kamu? adakah aku nie nampak cam makcik sangat ngan bertudung ?"..kataku didalam hati yang tiba2 menjadi panas...huh dipanggilnya auntie..masih takleh terima lagi..

Tekad nak tengok muka orang yangg berkata2 tadi nak tengok betapa mudanyakah sanggup panggil aku auntie...

Dia datang lagi..baru dapat tengok mukanya..ingatkan baru lepasan sekolah ..namun cam dalam late 20s atau early 30sgitu...dah tuh kenapa perasan panggil aku auntie...?????

Tak puas hati walaupun aku tak tanya dentist tuh mahupun melemparkan pelempang sulong atau blah daripada surgery room tuh..Baliknya aku cakap ngan En.AAA ...

Katanya biasalah kat sini Fijian panggil semua orang pun auntie..tak kira usia, muda atau tua dr mereka wpun mereka tuh sendiri auntie/ makcik2..sebagai panggilan hormat..hmmm kalau pompuan melayu ko datang malaysia panggil orang auntie maunya ko nak kena sembur kalaupun tak kena cak lempang walaupun niat ko tanda hormat...huhuhu..

Kadang dorang nie datang dari pagar ke pagar ataupun nak mintak sesuatu seperti air, atau baca letrik dan sebagainya .. akan terjerit -jerit panggil aunti..auntie wpun tak tengok muka tuan umah lg...aku kadang yang nak bukak gate atau menjengok pun rasa patah semangat huhuhu....kecualilah bila dah didepan2 yang aku takleh lari....

Kalau orang India lain lak..depa biasanya akan panggi 'baini' ..maksudnya adik atau kakak...ade jugak Fijian yang  jenis biasa bergaul ngan Indian dia akan gunakan panggilan 'baini' tuh jugak...

Kalau orang kita aku rasa slagi tak cecah umur 50an tak sukanya dipanggil makcik..betul tak?

Wednesday, 14 May 2014

[WW] Gaya Anak Dara Kecik Merempit

Ade sesiapa berani nak race...heheh?

Cecah Jugak 3000

Alhamdulillah ini merupakan kali pertama..untuk hari Isnin/ selasa actually..baru sempat nak keep the record here. Tak kesahlah apa blogger otai ker tak otai ker nak kata bak kata JR, tuk blog picisan cam kita ni tetap jugak hepinya..sekurang2nya sedikit kepuasan dalam menulis kan...

Biasa pageview aku averagenya adalah 2000 lebih jer sehari..yg semalam  tuh aku pun kurang pasti kerana apa..huhuhu..

Anyway target aku akan terus menulis sementara traffic masih baik nie..kalau aku brenti nanti susah lak nak naikkan traffic kan..target aku jugak nak menulis sekurang2nya 1 entri sehari hinggalah cecah 1juta pageviews inshaallah..alang2 berblog..lepas tuh bolehlah aku nak buat perangai kan..huhuhu

Tapi rasanya adelah dalam 2 bulan lebih jugak tuh lagi nak jadi jutawanlah kunun....hehehe

Tuesday, 13 May 2014

Banyak Kerja Kotor Tangan Menanti

Lepas baik dari demam mulalah takleh dok diam..asyik nak buat setel kerja yang dok berlambak menunggu diluar dan didalam umah. Yang diluar pun limited sangat masa yang boleh dihabeskan dengan pagi yang agak sejuk tak sesuai nak bawak Acicha keluar umah ..silap2 aribulan kan kena sound ngan bapak dier..huhuh

Only bila dah panas sket atau masa dia tidur jer boleh kuar buat kerja dilaman sket..

Seminggu yang ditinggalkan alhamdulillah pokok mampu menjaga diri masing2...heheh..cuma rumput rumpai pun kemain seronoklah tumpang sekaki hingga tak nampak pokok yang masih kecil2 itu..

Aster yang semakin membesar...dikelilingi oleh rakan taulan pelbagai jenis rumput..

Petak bunga yang kat depan nie pun semakin semak dengan rumputnya...tuhlah pasal En.AAA tak menggalakkan tanam pokok bunga...agar mudah dia mesin jer rumput tuh rapat2 kebumi...

Monday, 12 May 2014

Mengidam Laksa Utara Lagi

Seminggu demam dan takder nak makan dan berpikir tentang makanan. Ingatkan banyaklah turun berat badan kali nie..heheh..Hinggalah semalam bila sudah kebah demamnya, datang satu keinginan untuk makan laksa utara secara mendadak, tak tertahan2 lagi dah...hohohoh..

Kepala ligat dok mikir pasal bahan2...campur tolak tambah bolehlah untuk buat bagi 1 perut tuh...heheh

Dengan cili keringnya dah tinggal sesudu jer...asam gelugor yang terahkir..manalah nak dapat lagi lepas nei stok dah abes nie..sib baik bahan2 lain ade kat laman..

Terus turun dalam hujan yang jugak nak turun masa turun kutip cili, daun kesum, limau kasturi serta pudina, nenas sib baiklah dah ade yang dibeli kat pasar ari tu...ikan, ikan tuna dalam tin jer senang kejer.heheh...cepat jer masak semua bahan2 sambil menunggu laksa segera lembut..

Punyalah lama laksa segera nak lembut...akhirnya tak nyabar nak tunggu another 5 minit terus jer belasah..


Hiii...sedapnya walaupun simple dapat melepaskan keinganan dengan berseleranya..agaknya sebab mood demam tuh yang menjadikan teringin nak makan makanan berunsurkan masam sikit kan...:)

Sunday, 11 May 2014

[Cuci Mata Ahad] Bachelor Button

Tak mo banyak2 membebel dihari Ahad
Juga tak banyak masa tuk dihabeskan dihadapan PC
Hari ni hari terakhir musim cuti sekolah penggal pertama kat sini
Esok back to normallah..En.AAA tamatlah lepakkannya esok
Tapi aku tengok terkejar2 dia nak habeskan marking exam paper..heheh
Aidan lak selasa baru tadika start
Yang tak best sket cuti 2 minggu nie
Banyak terisi dengan aktiviti jatuh sakit
Seminggu En.AAA ..seminggu aku
Alhamdulillah anak2 masih dalam peliharaan Allah

So ari nie layan jer bunga nie
Dalam bahasa Melayunya aku kurang arif..
Tapi rasanya omputeh panggil bachelor button




Aku teringin nak tanam banyak2 nie..
Mesti cantik cam hamparan ungu
Bachelor button
Tengoklah...kalau aku rajin...tunggu benih dulu

p/s - thanks atas doa korang semua tuk aku..recovering now alhamdulillah...trying to avoid amek ubat2 seperti panadol now setelah baca akan keburukannya itu..mungkin kena try to remove toxic dalam badankan..

Saturday, 10 May 2014

Yang Tak Sempat Nak Diuruskan

Rasa agak teruk jugak demam aku kali nie yang terkena sejak Ahad lepas, hingga semalam pun masih panas sejuk panas sejuk badan..seminggu takder selera makan..nak asyik telan ubat pun dah naik bosan dan nak termuntah...huhuh

Alhamdulillah hari nie walaupun badan rasa taklah sekuat mana tapi bolehlah buat sikit2 kerja sebab demam tuh rasanya beransur kurang dah..inshaallah..

Sori dan terima kasih jugaklah buat korang yang rajin datang melawat rumah aku nie wpun aku hanya sempat auto publish jer dan semalam langsung tak larat dan bukak komputer..nantilah aku pelan2 gie umah kengkorang..:)

Dalam seminggu aku tak dapat kuar umah risau jugak ngan benih2 yang aku semai masa hari yang terkena demam tuh..dahlah En.AAA pun tak berapa sehat jugak..kena takeover keja2 umah pun jugak..terkejar2 dia nak uruskan semua..nasiblah kalau dia dapat jaga semaian aku tuh...

Apapun tawakkallah..ade rezki, ade..kalau tak menjadi inshaalah kena try tanam balik selagi ade benih...

Somehow alhamdulillah pagi nie bila aku curik2 kuar jap tengok keadaan dilaman tuh nampaknya ade yang tumbuh jugak...

 Timun. Nampkanya ade lah dalam lubang yang dah bercambah

Kacang buncis pun mula bercambah jugak.

Semuanya dari benih yang dikirim oleh Uncle Adam dari Kanada tuh..cepat2 jer aku cuba tanam sebelum benih expired...alhamdulillah nampaknya benih yang dikirimnya so far menjadi..alhamdulillah.

Nuffnang Ads