Monday, 31 March 2014

Apa Nak Dibuat?

Nak tanya pendapat korang yang banyak idea tentang apa yang korang akan buat kalau ade rezki melimpah ruah cam kami punya Malay Garden..

Hendak dibuang sayang..hendak ditelan banyak2 tidaklah larat kan...:)

Meh bagi idea bernas2 sket tuk masalah mereka2 yang dibawah nie.

Lengkuas. Serumpun nie actually besar jugak kawasan mereka nie..tiap kali tebas buang batang, makin banyak yang merebak tumbuh..yang aku guna pun paling banyak sebesar ibu jari kaki jer dalam seminggu ...heheh. Nak kena uproot btul2 ker baru kurang sket?

Kunyit. Dulu dah gali amek buat serbuk kang,..sekarang nie makin merebak jadi besar dan luas lagi kawasan tawanan. Aku jarang guna daunnya kecuali nak buat rendang jer..bakar ikan pun jaranglah sangat. Yang isi kunyitnyer pun adalah 2 inci seminggu kot tuhpun kalau ade masak singgang..malas nak menggali pun yer..takut tebuan pun yer..

Pandan. Nie pun bukan main banyak lagi pokoknyer..kalau ikut kegunaan aku 2 pokok cukuplah..bukannya aku rajin sangat nak buat kuih mahupun nasik lemak nie..jarang2lah tapi mesti nak ade jugak kan..cabut buang sebahagian besarlah yer..?

Pokok ubi keledek. Kemain meriah merebak sesuka hati tapi percayakah korang yang sebenarnya ubi dia nie tak berisi..dah banyak kali kami cabut buang pokok tuk tanam benda lain..namun tak lama lepas tuh wujud jugak lagi depa nie..Atau korang rasa memang ade ubi tapi kami tak jumpa?

Sunday, 30 March 2014

Antara Ketayap & Penkek

Rezki dapat menikmati air kelapa muda semalam..alhamdulillah. Namun isi kelapa mudanya agak keras..tidak sesuai tuk dimakan bersama-sama dengan airnya..haruslah dimanfaatkan tuk sesuatu yang bersifat kuih kan..

Yang paling best dibuat inti ngan kelapa muda parut nie surelah ketayap ataupun puteri mandi atau pulut inti kan...

Tapi selera nak makan ketayap lak..rasanya cam lama dah tak makan..so petang semalam 9 biji buat, 70% masuk perut aku sbb En.AAA sakit perut..pagi nie jadi breakfast lak lagi sebab ade banyak lebihan inti kelapa muda tuh..dalam 10 biji jugak kot ..sib baik En.AAA yang beriya makan..kalau tak aku jugak yang dengan relanya kena habeskan.

Febret sepanjang zaman..dari kecik hinggalah sekarang...kalau zaman bekerja dulu pagi2 aku suka sangat beli nie buat bekfes kalau takder kuih lain.. 

Pagi nie jugak buat penkek pisang tuk budak kecik sorang tuh yang tak mahu dah makan ketayap lagi hari nie..semalam dia bedal jugak sikit tak beriya cam febretlah..


Tuk perut melayu sepertiku nie..antara ketayap ngan penkek..ketayaplah menjadi pilihan yang tiada bandingannya..kalau ketayap boleh jer dihabeskan seperti orang ketagih namun penkek memang takder feel sangat..satu pun dah muak..huhuh

Saturday, 29 March 2014

Ubi Kayu in the Making


Kejap sangat rasanya yang baru ditanam nie membesar. Rasanya hujung tahun lepas tukang kebun tanam, kini dah setinggi rumah dah. Kalau ubinya lak tak surelahdah berisi ker blom..biasanya dalam 9 bulan jugak nak dapatkan yang sedang elok. Tapi kami biasanya mula menggali dekat setahun usia jugak.

Rasanya faktor cuaca yang banyak memainkan peranan membantu pembesaran pokok ubi kayu. Dengan taburan dan kekerapan hujan yang agak tinggi dalam tahun nie nampak cepat sangat besar dan subur..kalau dulu lama jugak tunggu nak setinggi nie.

Kalau bagi orang2 asli Fiji ubikayu adalah salah satu makanan asasi mereka..macam kita makan nasiklah dorang makan. Kalau kami adelah sekali sekala rebus dalam sebulan tuh..ade jugak buah kuih..dan sekarang tunggu tuk buat tapai lak...inshaallah..:)

Friday, 28 March 2014

Buku Yang Korang Semua Patut Baca

Maafkan aku sekiranya berkata buku yang akan aku kongsikan dengan korang  nie adalah berganda2 lebih baik dari buku Cerita Cinta Ahmad Ammar...bukan niat untuk merendah2kan beliau, malah aku pun inspired by him dan seluruh orang2 kita di Malaysia mahupun ibu, bapa atau anak2 muda atau kecik mahu menjadi sepertinya.

Fine..kita dah dapat inspirasi tuk menjadi sepertinya atau mencorak anak kita tuk jadinya sepertinya..inshaallah..the question is how? Mesti through the right guidance kan..banyak yang terjadi bila diantara kita yang merasakan diri sudah mendapat hidayah namun after sometimes boleh tergelincir kembali kerana tidak mendapat the right guidance..

Personally.. few years back, bila aku dalam pencarian for something secure, reliable dan dependable.. couldn't find it dalam insan2 yang ade dalam kehidupan kita samada parents, kawan2 mahupun orang2 yang kita mencari rezki dengannya..sometimes we can have too much tension and frustration dengan  our expectations terhadap orang2 disekeliling kita.

Dan hidup pula kadangkala boleh menjadi tak pernah puas..tak pernah cukup..ibarat melancong keluar negara lepas satu tempat kesatu tempat..balik rumah jiwa masih terasa kosong..ataupun menonton filem..lepas satu filem, filem lain pulak..tak pernah mendapat kepuasan yang sebenar.

Didalam pencarian akhirnya bertemu dengan the most realiable and unbeatable source of trust, peace of mind, happiness and most of all the right guidance adalah through Quran..

Dan yang banyak menyumbang dan memberi kesedaran akan apa yang akuc carik dalam hidup jugak adalah sedikit sebanyak melalui pembacaan buku ini,

Sepanjang masa dalam menghabiskan buku ini dengan perasaan yang sangat2 bersyukur and cried with joy..ibarat orang yang tidak mendapat makanan selama beberapa hari akhirnya mendapat makanan yang sangat enak dan tiada tandingannya..Alhamdulillah & thank you Allah for your guidance...the best book I ever had...

Written by someone who's very humble,

"My aim in writing this book is very modest. This is not a work of erudite scholarship. I am no learned mufassir, nor am I writing for scholars. I am not presuming to teach and guide, for I have no pretensions to that office. I am writing for those ordinary, inexpert and unlearned seekers after the Qur'an, especially the young men and women, who are struggling hard to fulfil their desire to understand, absorb and live the Qur'an, as I am doing myself. I am writing for students about things which I am learning myself. In this book, then, I write as one wayfarer to another, trying to share with him whatever I have found and grasped as useful as I have stumbled, with all my deficiencies, along the easy and rewarding road to and through the Qur'an. I am sure that they, with their greater sincerity, devotion and competence, will improve greatly upon what I have presented here." - Khurram Murad

Honestly lepas aku conscious about quran and try to learn and understand and absorb sedikit sebanyak dalam kehidupan I don't need those motivation books or theories written by westerners especially kuffars..

Dan bila kita telah bertemu pengisian jiwa yang sebenar..hiburan mahupun escapism sudah menjadi not matter anymore..ramai orang merasa pelik bagaimanalah seseorang itu boleh hidup dalam dunia moden ini tanpa hiburan seperti tv mahupun muzik..jawapannya bila dah jumpa pengisian yang sebenar tidak perlulah menyusahkan jiwa dengan perkara2 yang kepuasannya bersifat  sementara dan fitnahnya lebih banyak..stick to the right guidance...inshaallah.

My brothers and sisters in Islam..luangkanlah masa anda sedikit tuk mencari dan membaca buku ini selayaknya dengan niat ikhlas untuk mendekatkan diri dengan Quran tuk mencari keredhaan Allah..tiada buku lain yang aku dapat rekemenkan tuk korang better than this book..to accompany your quran study..selain dari ustaz2 atau guru2 agama korang..

Buku ni boleh didapati dikedai2 buku yang aku sure kat few bookshops di jalan TAR memang ade..kalau tidak korang boleh read online kat sini. Way to the Quran

Thursday, 27 March 2014

MH370 : Video Misi SAR Dilautan Hindi

Aku mengikuti perkembangan MH370 hanyalah most of the time nya ikut news dari internet. Tidaklah dpt tgk berita yg lebih realistik melalui TV sbb kami tak tengok TV pun kat sini. Entah macam mana dalam pada mencari artikel tuk tahu lebih lanjut lagi tentang Lautan Hindi nie..terjumpa video misi SAR dilautan Hindi yang memang bila tengok videonya bagaimana keadaan lautan itu dengan ombak dan cuacanya.. Allahuakbar besar dan hebatnya kuasa Allah..very frightening..

It's not an easy job...memang sangat2 mencabar ..dan pastinya tidak mudah tuk locate debris mahupun mencari bangkai pesawat dengan keadaan laut yang bergelora seperti itu melainkan dengan pertolongan dan guidance dari Allah sahaja..

Semoga kerja2 pencarian dipermudahkan..inshaallah.


Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). (24-40)

Mengubah Rutin Sitidur Ayam

Kerap sangat terjaga malam..nangis dan tak boleh tidur balik tanpa menyusu..biasanya tak kurang dari 5 kali jugak tiap2 malam dia terjaga...biasanya sebelum aku masuk tidur after 9pm dia boleh terjaga 2 atau 3 kali jugak. Maknya pulak bila bangun selalu sakit2 badan especially belakang...mood pun boleh swing kengkadang dek kerana tidak mendapat tidur yang cukup tiap2 malam...

Dah nak masuk 9 bulan usianya..maknya nie risau jugak takut berpanjangan style takleh tidur sendiri dan asyik jaga nie..penatlah mak gini kan..kena buat something jgk tuk atasi masalah nie..

Namun bukan senang to break the routine..kan?

Dah lama aku bajet nak ubah rutin tidur dia nie ..namun aku kesian kat En.AAA pulak..nanti terkejar2 tak cukup masa ..nak buat kerja dia lagi ..nak tolong tidurkan anak lagi...

Namun smalam bila nampak dia tak berapa bizi usha2 sikit,.. aku suruh dia tidurkan Arissa dengan carry on his shoulder lah...

Lepas suapkan makanan..mandikan...aku handover her to him...told him aku nak habeskan masa ngan kitab yang kurang mendapat perhatian tuh lately..from maghrib to isyak..dia ok jer..sib baik siabang tak give us problem yang nak ngada2 jugak...

Lama jugak it took for him to put her to sleep walaupun she  didn't take afternoon nap before..almost 8pm barulah lentok..biasanya kalau aku tidurkan ngan breastfeed before 7.30pm dah selamat dah..

Pun begitu..setengah jam kemudian terjaga jugak lagi cam biasa...so En.AAA continued tidurkan balik..lepas tuh dia tidurkan Aidan lak...maknyer lak dapatlah betulkan badan sekejap..

Ade rasa something missing dan incomplete bila tak tidurkan dia macam biasa..namun kenalah kuatkan hati kan tuk kebaikan bersama kan...:)

Hmmm..tak lama jugak tidurnya..by 11pm dah terjaga balik...susah benar 'baby ayam' nie nak tidur btul2..tengah2 malam pun still jugak terjaga beberapa kali lagi..kalau dibiarkan meraung makin kuat jadinya..nak tak nak kena jugak serve...huhuh..

Hari nie aku bangun cam sakit2 bahagian leher serta bahu..mungkin sebab asyik dok ngiring jer kot tidurnya... 

Pun begitu..inshaallah kalau En.AAA tak bizi sangat kena keep continue to train her..agar boleh tidur sendiri dan tak bergantung pada nenen...

Dengan tidurnya yang ala2 ayam gitu..makan pun tak kuat mana..akhirnya jadilah dia baby yang tidak bambam lagi seperti dulu...
Tengoklah bezanya masa umur 6 bulan dan sekarang...hilang sudah pipi chubby dan double chin nyer tuh...


p/s-ngan Arissa yang terlalu attach ngan maknyer nie risau jugak aku camanerlah keadaanya bila dok Mesia nanti..mesti susah nak ngan orang lain..camanerlah kalau perlu tinggalkannya tuk sesuatu urusan ker...

Wednesday, 26 March 2014

[WW] Tak Terjunjung

 Asalnya begini

 Heavy loads..ditmpa hujan, panas...structure broke down..tak larat nak support..

Somehow alhamdulillah masih mengeluarkan hasil..cuma mudah diserang ulat kerana hujan pun ulat mudah membiak jugak..



Tuesday, 25 March 2014

Baik Pulih 'Ladang'

Alangkah ruginya kan jika kita mempunyai ruang yang agak selesa untuk bertanam namun tidak dimanfaatkan sebaik  mungkin..masa berlalu begitu sahaja tanpa membuahkan hasil bumi..kalau dibuat sesuatu setidak-tidaknya sikit sebanyak inshaallah ade jugak rezki yang mungkin tertulis..

Atas kesedaran itulah peladang suami mengambil inisiatif tuk memulihkan balik ladang kami yang bersemak samun..at least sedikit demi sedikit usaha dicurah..lama2 lengkaplah jugak kan..

Itulah yang dia mencuri masa dihujung minggu lepas tuk memulakan balik usaha berkebun nie..

Bahagian luar...alhamdulillah clear dah sikit ..'jerudung hantu' sebelah kanan tuh pun selamat semuanya dibuang..mungkin cuba petola jenis lain atau tanaman lain plak lepas nie..

Didalam 'tapak greenhouse' ..nak sebut greenhouse pun malu sebab dah takder rupa dah..dengan 'green shade' pun nampaknya semakin mereput..nak ganti yang baru rasanya tidak berbaloi dengan aktviti yang agak terhad gini..so just manage jerlah ngan apa yang ade..inshaallah bila 'cool season nanti tak perlu shade dah..

Akhirnya berumah jugak sawi putih yang sekian lama duduk dalam bekas tuh..yang pokok besar sikit tuh dari yang batch ditanam terdahulu..banyak yg rosak kerana hujan...Bila tanam yg baru dibatas yg dah dibaiki sikit En.AAA tak cabut jugak 2 pokok tuh..nak simpan buah benih kot..huhuh

Namun tidak dapat jugak peladang suami berkebun setiap petang kerana lately petang jer asyik hujan..pagi manalah sempat kan...

Sebenarnya teringin sangat nak turun keladang pepagi tanam sayur, siram sayur tengok kebun yang menghijau...namun apakan daya keadaan masih tidak mengizinkan. siArissa nie kalau letak dalam stroller bawak gie kebun, silap aribulan terlepas pandang..maunya jatuh sebab dia suka sangat berdiri dalam stroller...huhuh..

Monday, 24 March 2014

Kek Cawan Kaki

Inilah cerita projek yang aku dok berangan nak buat dalam entri last Friday..korang pun kemain lagi yer mengomen ingatkan projek mega juta2 yer...heheh

Actually aku buat nie tuk bagi Neha yang neneknya tumpangkan Aidan balik sekolah tiap2 hari tuh. Pas dok pikir nak buat apa yang lain sket..last2 terdatang idea kek cawan nie...heheh

Nie kira festime aku buat..muffin selalu gak buat..kat sini cupcakes tak femes lagi..bahkan aku nak cari liners pun takder dijual dimana2...huhuhu..tensi btul, terpaksalah aku buat tanpa liner..

Adunan yang baru nak masuk oven..

Yang dah siap dibakar..keluar menjadi kek coklat ngan vanilla yer..hehe..terlupa nak amek gambar yg coklat sahaja..2 versi aku buat.

Gadjet yang aku dok cerita dalam entri lepas tuh actually nak buat deco menda  nielah konkonon...huhuh..

Korang jangan gelak yer..macam taik burung pusar jer..huhuhu Anyway  nie kan percubaan aku yang pertama dalam kalut2 dan kesuntukan masa..dan juga kaki aku asyik kena tawan jer....

Yang nie tuk Neha & the family..kurang cantik kan tanpa liners...takperlah rasa kek nie memang sedap..En.AAA memang puji melambunglah..mcm tuh pun dia kata dah cantik heheh sapa lg nak puji kan..

Haa nampak  nie..cabaran utama aku tuk realisasikan projek nie..hadooii sepanjang2nya aku didapur dia dok ngekor dan kejap2 bergantung kat kain nak suruh amek dia..dahlah aku dok berkejar masa nak buat cepat2 sebelum depa sampai..tuhlah yang takleh concentrate nak mendeco..last2 main hantam sahajalah..

Bila aku biarkan ngan abang lak tuk buat yang balance deco for our family camnie lah jadinya..

Habes sampai dakwat2 pen tercalar kat muka adik..last2 kena juga mak amek dukung sambil mendeco... hhuhuhu

Seriously lepas percubaan pertama tuh semangat aku membuak2 nak buat cupcakes nak berniaga nie walaupun deco aku masih fail..nanti aku belajar& praktislah lagi kan..aku nampak jalannya tuk maju dan yakin boleh berjaya inshaallah..malah dok berkira2 nak import liners& peralatan pun jugak..  

Namun begitu dalam meroyan2 aku yang membara nak jual cupcakes tuh...En.AAA lak tak approved..menci btullah..katanya manalah sempat nak berbiznes ngan masa yg tinggal pun tak lama dah sebelum bungkus kain baju. Dahtu lak ngan 2 anak kecik nie,  distribution lg..camanerlah haku nak handle seme tuh..huhu

Tapi aku yakin jer aku leh handle..walaupun kalut2 bergantung kat kaki, awal2nya jer kan susah, lama2 stable lah..hmmm keciwa ..keciwa...

Sunday, 23 March 2014

Hasil Tangan Tukang Kebun Kecik

Ditempat yang dia selalu melepak..
Bermain2 serta berbual dengan cucu jiran yang telah bekerja (yang rajin melayannya)
Sorang sebelah sana,sorang sebelah sini..
Sambil bermain meragut2 benih keembong yang ditepi balcony
Setelah sekian masanya..ketaralah tumbuhnya sebagai pokok dibawah pokok


Katanya "I've planted for mummy, not for me.."
Alahai baiknya anak teruna mak sorang nie..heheh
Bawah pokok puding pun bawahlah...
Ade jugak hasil yang dia boleh banggakan yer tak...:)

Saturday, 22 March 2014

Segar Hijau Dari Ladang Dipagi Sabtu

Lama pulak rasanya tak citerr pasal hasil ladang nie..actually dalam pada tak aktif berladang pun alhamdulillah masih ade sikit2 rezki daripada usaha menanam awal2 tahun dulu...skrang nie peladang suami dalam tengah mengumpul usaha tuk mengerjakan ladang sikit2 lah agar ade jugaklah hasil nanti inshaallah.

Tanaman yang masih mengeluarkan hasil sekarang nie adalah kacang panjang dan bendi..yang lain tuh ikut cuaca jugaklah..


Inilah hasil tuaian pagi nie... kangkung memang ade kat ladang cuma kalau banyak hujan eloklah sikit rupanya kalau cuaca panas mulalah kuning dan berlubang-lubang. Kacang panjang nampaknya banyak berbunga dan buah kecil2 dah kuar lately..bendi memang tetap berbuah alhamdulillah sampai tak sempat kutip..lada pun ikut cuaca jugak,kalau kering sangat memang kekurangan supply lah jawabnya..pulak tuh jarang nak jumpa yang merah sebab permintaan melebihi pengeluaran..tak sempat masak dah tuai..hari2 lak tuh..

Biasanya kalau kangkung tu aku suka masak camnie jer..

Sedap kan sekali sekala..tp bila makan nie kena sembunyi2 dari dak Aidan..aku taknak dia biasa sangat ngan megi nie..tak elok lgpun masih kecik lagi...

Friday, 21 March 2014

Gadget Baru Yang Cam Best Jer..

Semalam aku menyuruh En.AAA mencari nozzle tuk eksperimen terbaru yang aku berangan hendak buat. So inilah benda yang dia buat balik semalam...


Masa tengok nie kemain excited lagi heheh..nie makin sayang kat laki nie hohohoh sila muntah biru..Orang2 yang biasa main hias2 ngan gula icing, butter.telur tahu sangatlah akan benda camnie...aku sendiri tak pernah guna so far. Tak sangka pulak dia jumpa alat yang camnie..Aku ingat biasanya dijual matanya sahaja..rupanya ade jugak yang full set gini. Nanti aku test guna tengok, adakah lebih praktikal dan mudah ataupun nampak jer cam bagus tapi tak bagus.

Nantilah aku cerita pasal projek yg bakal aku jayakan nanti...doakan moga berjaya yer..heheh

Thursday, 20 March 2014

Baru Sempurna Dengan Daun Limau Purut

Walaupun sepatutnya kena  tunggu sikit masa lagi untuk memetik daun liman purut dilaman nie, namun peladang dah tak sabar dah nak petik jugak semata-mata nak memenuhi permintaan che  tomyam yang asyik dok mintak daun silimau purut nie..


Dari benih kiriman MakAji Ummu Madihah, kini berusia dalam 6 bulan. Nampak kan daun2 yang bawah2 tuh cam matang sket tuk dipetik..sudah ade bau purutnya..

Fresh from garden...daun limau purut, limau kasturi, cili burung yg very limited serta serai. Sikit jer tuh amek..jimat2 takut terus gondol kang pokok merajuk lak..


Yang sudah siap dihidang sedap banget nie napok gini pung..berserabut dengan sayur mayurnya jer kan..heheh..kue tiaw tomyam nie..cukup rasa 2 mangkuk sekali hadap heheh..maklumlah lama tak jumpa..:)


Sedang tunggu daun limau purut nie menjadi lebih lebat...hajat dihati nak buat tomyam sendiri yang versi putih ker plak..inshaallah.

Wednesday, 19 March 2014

Pejalan Merah Jambu

Tak cukup tangan betullah siemak lately asyik terkejar-kejar ngan nak setel kerja umah, nak masak, nak cuci kain..nak berbloglah..dan siGrabber kecik nie lak 24hrs mak dia kena ade disisi.pantang melangkah sket mesti ngekor..kalu tak bawak dia sekali nangislah jawabnya.

     Camnie jer gaya manjang boleh aman ker nak buat keje, nak ngadap komputer?...huhuhu

Bila letak bawah kang habeslah terkubur kerjaya pengutip sampah bila tak sempat nak sapu umah awal2 lagi.....

Nak tak nak dalam susah payah kenalah buat kerja sambil dukung atau kendong..inilah yang susah dan memenatkan sekali..

So untuk membantu meringankan sikit kesusahan nie..terpaksalah beli walker jugak walaupun memang we don't like the idea of putting baby in walker..

Mula2 agak fancy jugak dia ngan benda nie

It can be dangerous satu hal..dan juga tidaklah membantu baby untuk cepat berjalan kan.malah menjadikan pergantungan tuk baby berjalan adelah rasaku...lebih baik dia learn berjalan secara natural..inshaallah..

Tapi we use it only bila terpaksa cam masa nak kami makan atau rushing nak masak..atau masa nak sapu lantai..

Muka masam jer tak mau duduk dalam nie..tak lama lepas tuh nangis sampai terpaksa dikeluarkan.


Yang paling sebuk dan jeles sekali ngan walker nie adalah siabang...dia pun nak jugak, asyik dok berebut ngandia jer kalau buat kuar walker..hisshh tak paham btul mak..apa jer yg adik dapat walaupun mainan baby yabg bodo2 pun dia jeles.... sib baiklah adik nie jenis cool jer bila barang2 dia kena rampas mahupun kena buli...

Dalam susah nak duduk dalam walker nie, bila dibiar bebas merangkak, berdiri..kaki mak jugak yg jadi mangsa..asyik nak bergantung  jer..huhuh...inilah salah satu sebab tak sempat sangat nk BW latey...

Tuesday, 18 March 2014

Super Simple 'Cucur Sayur'

Cucur sayur nie adalah versi local lah..yang mana dipanggil Bhajia..
Bhaji tuh dari perkataan sayur
Cucur nie ringka sahaja caranya, sudah dimodified ikut selera tekak orang Melayu nie
Takde rempah ratus..jintan ker...ketumbar ker..I dun like...huhuhu

Meh tengok cara yang super simple nak buat nie..

 Macam buat cucur kita..anggar sahaja bahan2nya..garam, tepung kacang kuda (chickpeas flour), soda bikarbonat..

 Sayur ikut pilihan atau apa yang ade..nie guna bele (local vege)..boleh jer guna kangkung ker, ketumbar atau daun sup atau per per jerlah + sikit daun kari potong halus..

 Grated carrot

 Masukkan bawang besar yang dipotong

 Air secukupnya..takmo cair takmo pekat sangat

 Adunannyer cam buat cucurlah lebih kurang

 Rehatkan lebih kurang sejam..kalu tak rehatkan nanti bila goreng jadi kering dan tak sedap dan jadi makanan ayam

 Siap digoreng guna api sederhana..garing sket luarnya lagi best

Cicah ngan sos cili atau tomato.Rasanya kalau letak udang pun sodap jugak..

Tepung kacang kuda kalau kena gaya sedap buat goreng2 berbanding dengan tepung gandum biasa. Walaupun begitu kalau diberi pilihan..aku tetap memilih cucur udang lagi..:)

Monday, 17 March 2014

Buoh Mung Aku Tunggu

Pada awal2 berblog dulu ade dibuat entri berkaitan dengan Pokok Buah-buahan Dilaman. Salah satunya darinya adalah pokok mangga yang local nie. Dimana pokoknya tumbuh dari biji yang dibaling2 lepas dimakan2..kemudian besar sket, peladang isteri alihkan ketempat yang lebih strategik without any hope yang akan dapat makan buahnya suatu hari nanti..yerlah pokok mangga kan makan masa bertahun2 tuk berbuah.


Inilah pokok mangga itu pada 1 tahun setengah yang lepas. usianya ketika ini adalah dalam 2 tahun kot.

Setelah baca kat blog kengkawan ..cam blog Mak Aji, katanya mangga boleh berbuah seawal usia 4 tahun lebih. Kira punya kira pokok mangga nie kalau ikutkan tahun nie celebrate besday yang keempatlah...heheh


Dah besar panjang dah anak mak nie.. Kerana mengharapkannya berbuah ditahun nie jugak maka peladang isteri pun mengerahkan tenaganya tuk membesarkan pokok nie.baja jugak ditabur..secupak jer baru ..serta ikut tips MakAji buang daun2 yang berada pada dahan serta batang utama yang boleh menghalang angin. Malah pokok puding dibelakangnya pun kucantas jugak..pokok nona pun habes jer buahnya cepat2 kucantas..mana2 yang cuba menghalang angin mahupun cahaya dari pokok manggaku ini pastiku cantas juga..huhuhu

Musim mangga kat sini biasanya dari bulan Jun hingga hujung tahun...harap2 buah mung nie dapatlah kupetik sebelum balik kampung tanam jagung nanti. Inshaallah..doakan yer kalau tak kempunanlah nanti...huhuhu


Sunday, 16 March 2014

Expert : 3 Pieces of Evidence Point to Takeover of Malaysia Airlines Jetliner

Setiap waktu pun tuan tanah masih lagi mengikuti perkembangan MH370. Bangun jer tido menda yang tak sabar2 nak buat adalah bukak internet baca news updates tentang MH370. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dengan pengumuman PM semalam memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penyiasatan yang sedang dijalankan, clues serta arah untuk mengesan pesawat sebaik mungkin..hopefully inshaallah...

Semoga Allah memberikan petunjuk serta pertolongan dalam pencarian ini kerana hanya Dia sahajalah yang Maha Mengetahui tentang apa yang tersembunyi dilangit dan bumi.

Sedikit perkongsian tentang daripada AP berkaitan dengan tajuk entri.

By The Associated Press

There are three pieces of evidence that aviation safety experts say make it clear the missing Malaysia Airlines jet was taken over by someone who was knowledgeable about how the plane worked.

TRANSPONDER

One clue is that the plane's transponder — a signal system that identifies the plane to radar — was shut off about an hour into the flight.

In order to do that, someone in the cockpit would have to turn a knob with multiple selections to the off position while pressing down at the same time, said John Goglia, a former member of the National Transportation Safety Board. That's something a pilot would know how to do, but it could also be learned by someone who researched the plane on the Internet, he said.

ACARS

Another clue is that part of the Boeing 777's Aircraft Communications Addressing and Reporting System (ACARS) was shut off.

The system, which has two parts, is used to send short messages via a satellite or VHF radio to the airline's home base. The information part of the system was shut down, but not the transmission part. In most planes, the information part of the system can be shut down by hitting cockpit switches in sequence in order to get to a computer screen where an option must be selected using a keypad, said Goglia, an expert on aircraft maintenance.

That's also something a pilot would know how to do, but that could also be discovered through research, he said.

But to turn off the other part of the ACARS, it would be necessary to go to an electronics bay beneath the cockpit. That's something a pilot wouldn't normally know how to do, Goglia said, and it wasn't done in the case of the Malaysia plane. Thus, the ACARS transmitter continued to send out blips that were recorded by the Inmarsat satellite once an hour for four to five hours after the transponder was turned off. The blips don't contain any messages or data, but the satellite can tell in a very broad way what region the blips are coming from and adjusts the angle of its antenna to be ready to receive message in case the ACARS sends them. Investigators are now trying to use data from the satellite to identify the region where the plane was when its last blip was sent.

GUIDED FLIGHT

The third indication is that that after the transponder was turned off and civilian radar lost track of the plane, Malaysian military radar was able to continue to track the plane as it turned west.

The plane was then tracked along a known flight route across the peninsula until it was several hundred miles (kilometers) offshore and beyond the range of military radar. Airliners normally fly from waypoint to waypoint where they can be seen by air traffic controllers who space them out so they don't collide. These lanes in the sky aren't straight lines. In order to follow that course, someone had to be guiding the plane, Goglia said.

Goglia said he is very skeptical of reports the plane was flying erratically while it was being tracked by military radar, including steep ascents to very high altitudes and then sudden, rapid descents. Without a transponder signal, the ability to track planes isn't reliable at very high altitudes or with sudden shifts in altitude, he said.

Saturday, 15 March 2014

Roselle Yang Lebat Buahnya

Alhamdulillah waktu yang ditunggu-tunggu akhirnya datang jugak..
Menunggu berbuahnya roselle yang satu nie untuk dibuat jus..
Dalam perancangannya secara besar-besaran..:)

 Bunga yang matang

 Buah yang begitu lebat..semakin membesar dan rapat2

 Pada setiap dahan2.. buahnya dah berganda2 daripada buah yang terhasil dari keseluruhan pokok yang ditanam sebelumnya.

Lihatlah pokoknya..begitu subur dan besar kan..rasanya total buah keseluruhan lebih 100 kot...heheh..nanti kita kira masa menuai nanti..inshaallah.

Nak tunggu sikit lagi kasi buah besar lagi inshaallah.
Tapi nampaknya ade yang dah mula petik buah nie awal2 lagi..
Buat main..
Katanya ..'fish'...
Harus nampaknya kalau tak monitor betul2 'fish' nie akan habes masuk 'kolam' budak sorang tuh...huhuh 

Friday, 14 March 2014

'Hidden Treasure' Dipinggir Tebu

Kesinambungan dari entry Tak Cipta Rekod Jugak

Hari sabtu yang lepas peladang suami adalah sedikit kesempatan untuk membersihkan ladang..memotong rumput serta membersihkan semak samun..sepetang jugaklah beliau ngan ladangnya itu.

Kemudian bila dah nak masuk maghrib, peladang suami pun masuklah kedalam rumah..kemudian beliau datang kepada peladang isteri,
" Masa bersihkan area dekat tebu tadi saya ternampak watermelon this big.." sambil menunjukkan saiz ngan tangannya..
"Malangnya..setelah siap potong rumput kat situ baru perasan akan watermelon tuh.."..tambahnya lagi..
"Apa...??? awak dah potong pokok tuh dari akar utamanya yer sewaktu memesin rumput...? Napa awak tak tengok betul2..iisshhh awak nie...rugi dan melepaslah gini...hmmm" kata peladang isteri dalam nada terkejut, sedih dan kecewa..

Inilah tempat pokok tembikai yang tumbuh sendiri menjalar..pokok tebu sebelah kanan tuh..masa amek gambar pun tak pernah terarah nak tengok kat pokok tebu tuh...apa punya peladanglah nie...

Lepas tuh cepat2 peladang isteri keluar tengok watermelon yang dikatakan oleh peladang suami tuh dalam maghrib tuh tak nyabar2 tuunggu esok..

Memang hidden btul buah tembikai tuh dipinggir tebu yang telah dibersihkan dah..pelik btul peladang isteri yang sentiasa dok jaga area tuh tak perasan pun..kalaulah peladang suami tak bersihkan semak disitu pasti tak ketemu sampai sudah..(gambar nie diambil keesokkan harinya..)

Esoknya peladang isteri pergi lagi ke 'site' nak tengok nasib buah tembikai 'treasure' tuh samada dah terpotong atau tidak dari main plant and root..too bad memang sudah terputus kasih sayang sudah..'maknya' telah selamat dipotong rapat...

So dalam keadaan kecewa tuh peladang isteri pun ameklah tembikai tuh buat masuk umah..nak tengok keadaan dalam kulit tuh..tapi takderlah nak expect lebih2 tengokkan buah tuh taklah besar sangat macam masih nak membesar lagi..

Inilah buahnya sebesar separuh dari tembikai yang biasa yang besar2 kot..maybe dalam 2kg lebih rasanya lupa nak timbang..mungkin variety yang kecik kot. 

Dan ketika membelah tuh, peladang isteri dapat melihat warna kemerah-merahan dari dalam ..dia jadi sangat excited menjerit kegembiraan..bila dah terbelah tuh lagilah tersangat excitednyer...

Haaa...Alhamdulillah rezki tak disangka2..Allah nak bagi jugak walaupun sebijik dari pokok yang tumbuh sendiri..seedless, masak merah dan manis serta...hmmm memang sedap..:) 

Walaupun yang ditanam sendiri tak pernah berjaya sampai berbuah masak gini, sekurang2nya dapat jugak merasa yang masak diladang dengan tumbuhnya sendiri..:) peladang isteri adelah jugak tabur baja.

Nuffnang Ads