Friday, 31 January 2014

Mokcik Kayo Daun Jer Nak

Terima kasih rakan2 blogger for all the good wishes atas entry semalam..Alhamdulillah cuaca semakin baik, malam tadi pun langsung tak hujan dah..namun gitu ade jugak few places yang kena banjir.  

Cuti panjang kan korang kat tanahair, kami kat sini takder cuti sempena CNY sebab chinese pun memang kecil sangat bilangannya kat sini..Pun begitu tetap jugak bercuti kerana sekolah cuti dari semalam sampai ari nie for our Division (western part of Fiji) sebab precaution bencana..Hari nie cuti lagi mungkin kerana ade sekolah2 yang digunakan sebagai tempat pemindahan, dalam proses nak pindah balik umah semula ari nie..

Ceritanya hari ini tentang petola hutan nie...

Yang lebat daun dari buah..kalau sesapa sembunyi kat sini mesti tak jumpa carik..kalau anjing sesat pun tak tahu nie..


Katanya jenis nie boleh tahan semua keadaan cuaca ..namun nampaknya tak kena gaya atau tak menjadi....buah pun dah tak kelihatan langsung lately walaupun bunganya tak putus2 muncul...makin menyemak kekawasan lain..ade hati nak panjat pagar plak tuh..Nantilah ade masa kami akan cabut buang semuanya..tanam balik dengan yang jenis hybrid, inshaallah..

p/s- Aidan suka sangat mintak ngan bapak dia beli tuh, beli nie..sekali bapak dia cakap..ingat duit nie tumbuh atas pokok macam daun gitu jer ker senangnya.."..kalaulah sebegitu dan daun petola nie adalah duit2..hmm makciklah yg paling kayo kan..hehehe

Thursday, 30 January 2014

Low Pressure Datang Lagi

Bermula semalam cuaca nampaknya tidak begitu baik..dengan mendung dan hujan lebatnya yang bersilih ganti..sebelah malam pula hujan lebat berserta angin kencang On and Off hingga kepagi..

Pagi nie plak, awalnya hujan agak lebat sekejap-kejap..duduk berkira-kira nak hantar siabang pegi sekolah ke tak, takut tetiba hujan tak berenti2 jadi banjir kang susah lak..risau jugak..

Sedang dalam berkira2 tuh, En.AAA kata kita hantar jerlah drp dia dok kebosanan kat umah..nak main diluar umah pun tak boleh...so prepare lah bekal macam biasa tuk ayah dan anak..

Tetiba news dicorong radio, sekolah ditutup hari ini sebagai langkah berjaga-jaga...hmmm bagus jugak..

Somehow bapak tetap bawak anaknya kesekolah sibapak ..katanya nak tidy up the office..siap bawak bekal jugak tuh..takperlah boleh releks sikit ngan Arissa..

Releks2 pun still banyak kerja umah nak setel..masa dia tidurlah baru dapat keluar umah tuk tengok laman, jemur kain bawah garage serta petik cili buat ulam..

Cuaca agak gelap, matahari terlindung dek awan hitam..kejap  panas, kejap mendung..terus mendung..

 Kelihatan depan umah, diladang ubikayu milik prison, sekumpulan prisoners sedang mencabut ubi..tanah basah dan lembut ..senanglah..depa nie banduan kesalahan ringan..taklah menakutkan sangat..

Dengan tak banyak tanaman yang baru ditanam dikebun taklah risau sangat sekiranya banjir datang atau naik air..cuma risaukan pokok tembikai yang satu2nya nie..hmm kalau naik air memang biasanya tak panjang umur...yang dalam bekas tuh ketumbar yang baru disemai..hujan2 gini inshaallah cepa tsikit bercambah biasanya..


Actually kat sini takder angin monsun cam kat M'sia cuma ada perubahan pada sistem tekanan udara yang membawa kepada kepanasan kemudian menjadi tekanan rendah (Low Pressure) kemudian boleh berubah lagi menjadi Tropical depression (yang nie boleh membawa hujan lebat dan banjir) dan semakin tinggi tekanan boleh menjadi cyclone atau ribut dan yang paling power dan merbahaya sekali adalah Hurricane...mintak2 dijauhkan..

So yang kami alami sekarang nie adalah Low Pressure yang membawa kepada hujan lebat atau kemungkinan boleh jadi banjir...

On and Off dia datang tiap kali dengan lebat dan angin kuatnya..pun begitu masih lagi terasa panas persekitaran..begitulah the nature of low pressure..

The biggest and worrying type of rain mungkin masih lagi OTW ..once the river overflow, penghuni dikawasan rendah mulalah gusar dan bersiap sedia angkat barang letak tempat tinggi..alhamdulillah kawasan rumah kami agak tinggi dan tak pernah banjir so far.

Wednesday, 29 January 2014

The Smurfs or The Semoh?

Kalau suruh Tok We dorang a.k.a. mak aku sebut The Smurf tuh pastinya akan jadi 
Do Semoh..heheh
Biasalah orang tua, orang kelate, orang kampung plak lagi..

Yang ini my semohs kot..ala2 gitu..


Korang boleh teka tak mana satu adik, mana abang atau dua2 adik atau dua2 gambar abang?

Ini plak gambar passport dorang,


Rasanya masa buat tuh umur hampir sama kot dalam 6 bulan gitu lebih kurang..yg abang amek kat kedai..muka cam terkejut tengok flash gitu..tambah2 takleh duduk lagi ms tuh, tiap kali tengok nak tergelak jer..kelakar..hehehe..yang Arissa lak maknya yg tukang amek & edit..nampak steady jer kan..heheh ..tambah2 dah boleh duduk..releks &steady jer  muka dia..:)

p/s-gambar abg tuh guna hrnpon jer dolu2..gelap ko sikit kualiti..

Tuesday, 28 January 2014

Dan Hari Yang Ditunggu-Tunggu Pun Tiba.

Alhamdulillah semalam segalanya berjalan lancar seperti yang ditakdirkan...

Not much amanat or dos and don'ts this time..yang basic2 sahaja ..heheh biarlah dia manage sendiri..inshaallah. Sebelum pergi ketempat kerjanya En.AAA menghantar kami ke taska siabang yang letaknya less than 2km from our house. Sebelum pergi sempatlah siabang dan adik posing dulu,


Inilah sekolah siabang yang terletak dibangunan berasingan dari primary school. Actually kat sini takder private tadika rasanya..semuanya under primary school. Memuatkan dalam 50 orang pelajar dari Muslim hinggalah kristian pun ade iaitu anak2 Fijians..hindu pun mungkin ade jugak..no restriction rasanya..

Masa sampai tuh dah ramai parents dan kanak2 ..ramai ibu2 yang duduk temankan anak2 mereka..first day nie takder aktivit sangat cuma bermain dengan toys sekehendak hati jerlah..Salah seorang guru tadika kat sini adalah my fren tapi hari first day nie tiada tak datang plak..huhuh..tak dpt jumpa..daripada siabang masih baby lagi dok cakap2 yang aidan akan belajar kat kindy ngan dia..hehe tercapai jugak kan...:)

Yang siabang nie dapat toys apalagi..tak pandang pun kat kitorang mahupun rakan2 sebaya...asyik ngan toys jerlah, kitorang nak balik pun tak kesah jer.....alahai anakku baru memasuki dunia yang baharu baginya..

Semasa hendak meninggalkannya terasa risau jugak..boleh ker dia handle dirinya sendiri..jumpa ker dia cari kasut dan begnya..camaner ngan bekal dan minumannya..boleh ke dia handle, kang kalu nak pegi toilet nanti kang camaner plak....aaahh..beginikan kalau hendak melepaskan anak2 to be on their own for the first time..

Akhirnya aku blah jugak by 9.30am ngan Arissa...berjalan kaki dengan stroller, adik sedang tidur didalamnya..namun tidak lena kerana jalan sangatlah tidak smooth berbatu2..bergoyang2 juga berdebu..namun dia tak menangis pun..panas sangat cuaca pada waktu seawal pagi tuh..patutlah En.AAA tak mahu kami bersusah payah dan pada awalnya nak hantar sekolah depan umah jerrr...

Untuk siabang pula, alhamdulillah jalan dan pertolongan Allah tuh tetap tidak putus selagi kita tetap mengharap padanya...anak kenalan kami juga ade bertadika disitu, dan mereka offer tuk hantar siabang waktu balik sekolah tiap2 hari...alhamdulillah tidak perlulah mummy & Arissa bersusah payah, berpanasan...


p/s-pagi tadi En.AAA called, katanya lps dia turunkan siabang dr kereta, dia pun tunggu dlm keta nak spy tengok camane siabang manage himself kat kindy sorang2..katanya bila tgk dia jalan sorang2 rasa sedih tapi dibiarkanlah siabang berdikari, lps cium tangan, terus jer dia sorang2 menuju ke classroom, letak beg & kasut pd tempatnya..dan masuk dalam safely tanpa menoleh kebelakang sikit pun...hmmm ayah pun sentimental jugak kan nak biarkan anak bersendirian..

Monday, 27 January 2014

Cantiknya Saki Baki Zinnia Dalam Lingkiran Ini

Zinnia ini asalnya dari Sabah. Dari seorang kakak dan juga rakan blogger yang sangat aku hormati dan hargai persahabatan bersamanya. Orang yang pertama kuhulurkan persahabatan dan menghulur persahatan dialam maya ini sejak aku mengenal dunia blogger..
Kak Puteri Purnama

Benih dari lingkarannya memasuki fasa cucu..yakni daripada benih yg diberinya kutanam 
kemudian yg ditanam itu berbunga dan menjadi benih..
Meskipun kali nie tidak banyak yang tumbuh
Namun cerianya tidak sia-sia
Pasti menarik mata yang memandang..

 Pokok yang berbunga orange

 Bunga orange lebih besar..mungkin kerana kepadatan tidak pesat maka zatnya cukup

 Pokok yang berbunga pink..juga banyak bunganya..

 Cantik kan dia nie..

 Yang lebih tua sedikit..masih cantik jugak

Yang bunga merah..tunggal dia nie..:)

Petangnya sesudah aku mengambil gambar dan membuat entri ini kulihat bunga nie  sudah dipetik oleh sang kumbang nakal...adoyaiii..yang merah tunggal lagi tuh..hmm penat mulut aku dok membebel..walaupun aku tahu masuk telinga kanan kuar tinga kiri jugak budak nie...pantang tengok bunga mesti nak amek..hmmm

Sunday, 26 January 2014

Antara Vista, Windows 7, 8 dan Punca PC Slow?

Laptop Dell yang aku gunakan ini adalah yang kubawa dari tanahair sejak 5 tahun dulu, setelah setahun usianya pada ketika itu. Operating system masa tuh Windows Vista yang baru keluar pasaran..jadi laptop nie guna Vista lah.

Actually daripada awal lagi Vista ade sedikit perkara yang tidak puas hati dengannya..walaupun rupa agak cantik, namun agak sensitif..dengan blue screen yang asyik kuar bila tak ikut prosedur yang betul terutama bab cucuk mencucuk pendrive. Internet connection jugak kengkadang berkonflik...

Pun begitu tetap jugaklah guna Vista hinggalah bila terasa laptop semakin slow, selalu not responding..blue screen dan internet explorer jugak selalu crush...dan kalau nak initialise dan shutting down windows memang jenuh menunggu. Awal tahun nie baru ade keazaman nak tukar operating system..

Sebenarnya since aku tak kerja kat opis bab IT nie agak ketinggalan jugaklah..kalau tak baca berita atau terserempak masa menggoggle tidaklah kutahu wujudnya Windows 7 mahupun 8. so awalnya aku nak go backward, nak install Windows XP tuh setel masalah PC yg slow...bila discovered about Windows 7 dan 8 barulah aku terbuka minda tuk upgrade instead of downgrade notebook nie..

Sebelum upgrade tuh, ntah camaner aku discovered that Google Chrome yang selalu crush tuh adalah kerana antivirus yang aku guna masa tuh iaitu Avast yang free tuh mungkin version yang dah outdated..kalu nak latest version kena bayarlah..lps uninstall Avast tuh aku perasan yang laptop menjadi much faster after that..takder lagi not responding bagai...

Pun begitu aku tetap teruskan niat nak upgrade laptop wpun dah faster sikit. So aku installed Windows 8.


Windows 8 nie memang tak kena ngan selera aku, macam tak user  friendly sahaja atau aku yg tak tahu guna nak carik butang X untuk tutup windows pun tak jumpa..dah start menu pun tidak senang seperti dahulu nak carik atau guna mana2 program..menu dia cam mobile internet nyer..banyak menu yang kita takkan guna sekerap mana sangat seperti news, weather, headphones, webcam dsb.akulah yg tak guna tuh. Kira macam lost dalam Windows 8 tuh ..so aku uninstall dan install Windows 7 lak...


So skrang nie aku guna windows 7 alhamdulillah cepat jugak walaupun kalau nak show icon tuk pic yang vista dulu lagi cepat. Start menu cam dulu jugaklah..user friendly..dia punya bar pun cantik cam transparent tuh..lebih kurang vista jugaklah cuma better sikit jerlah..

Pun begitu makin kita install updates ..makin berat dan slow sikit nampaknya speed..yang internet lak..kalau kita guna yang AVG free - toolbar tuh boleh menslowkan internet jugak..baik jangan install.

Overall Windows 7 ok, cuma ade sedikit kekurangan jugak.. nak scroll down page dengan touch pad mouse pun kadang tidak bergerak-gerak..terpaksa guna page up and down..pastuh bila nak upload gambar/ file dari PC ker internet, agak lambat dan tiada butto untuk kita sort base on latest modified date seperti dalam Vista ataupun XP..

Somehow walaupun tak berapa puas ati atas certain issues..aku terpaksalah stick ngan Windows 7 nie dulu sebab dah penat dah dok download, install ..setting up bagai..nak start all over again memang surrender dululah jawabnya...

Ini dari pengalaman aku, orang lain tak tahu pulaklah aku...:)

Saturday, 25 January 2014

Cili Melecur

Walaupun cili adalah tanaman tropika dalam erti kata lain negara beriklim panaslah, ditanam dinegara beriklim tropika namun faktor suhu juga memainkan peranan dalam kejayaan menanam cili samada dirumah mahupun diladang..Ade sesetengah cili tahan kepada kepanasan, ade jugak yang tak dapat survive dengan baik walaupun mampu berbuah...

Dikatakan suhu yang paling sesuai tuk tanaman cili amnya adalah 20 hingga 40 darjah, namun tuk cili kulai adalah diantara 28 hingga 29 darjah yang terbaik..

Dan memang terbukti betul pun dengan pengalaman menanam cili sendiri nie..sekarang suhu dimusim teramat panas mencecah 36 darjah celcius...inilah yang terjadi pada cili2 dilamanku..

 Nampak tak cili nie melecur hampir seluruh badan...part mana lagi yang boleh dimakan yer.tengok pun tak menyelerakan...huhuh

 Cili seperti cili kulai nie actually rancak berbuah dimusim panas nie, namun lihatlah hampir semua buah tidak menjadi..dari kecik sudah tak tahan panas..menjadi kekeringan..hmmm hilang satu sumber cili febret...

Namun tidak pulak bagi yang nie..

Ini cili jenis lain daripada yang diatas..kulit lebih tebal..setakat nie masih belum kelihatan melecur walaupun sebiji..namun daripada pengalaman lepas ade gak yang tak tahan kepanasan..cili nie hmmm memang teramat pedas..makan sebiji pun dah rasa nak terbang macam monyet dalam cerita monyet dan kura2...hhohoho..

Untungkan kalau kita tanam cili banyak2 dilaman, bila satu tak perform at least ade lagi back up yang lain...kalau mengharapkan sepokok jer jawabnya tak sempurnalah hidangan bila yg sepokok tuh bermasalah...

Friday, 24 January 2014

Bukan MakTak Nak Ajar - Part 3

Biarlah siri entri ini dedicated to siabang yang gigih untuk belajar Kitab Allah seawal usia 4 tahun..agar mak & anak tidak lupa suatu hari nanti..inshaallah..

Sebulan kemudian from the last entry, tak banyak perkembangan dari segi muqaddam mahupun Iqra'. Maklumlah cuti sekolah, bila bapak ade dirumah, tetamu dan jugak his grandma ada bersama kami..nampaknya dia menjadi leka... dan agak susah nak suruh dia dok ngadap.. banyak sangat gangguan2nya..so si mak kena tunggu the right time untuk resume balik pembelajaran..

Namun begitu hafalan nampaknya serasi dengan dia walaupun tidak mengadap komputer dengan program Juz30, namun hanya dengan yang didengarnya didalam  kereta ketika bersama bapaknya terutamanya dalam perjalanan pergi balik kemasjid..

Pada mulanya berasa risau yang dia tak mampu nak hafal surah yang lebih banyak ayatnya seperti suran Attakasur dan keatas..dimana mengambil masa lebih 2 minggu kerana mungkin kekeliruan dengan ayat yang sama..namun alhamdulillah dengan kekerapan mendengar dia mampu menguasai surah dengan baik...

Bila surah baca, setelah selesai dia berkata dengan bangganya " see mummy, I can read the surah now.."..ya..memang surprised jugak yang dia berjaya jugak akhirnya..begitulah dengan surah2 lain yang setakat ini hingga surah Al-Adiyat...

Sedikit sedutan beberapa  surah sebagai kenangan..ade sedikit kesilapan bacaan yang tak sempat dibetulkan..takperlah next time bila dia dah pandai nanti dia boleh tengok kat mana dia pernah lupa...adik pun nak interprem jugak tuh...heheh

So sekarang nie tengah mengusahakan Surah Alzalzalah, inshaallah. Harap2 dapatlah buat pulut kuning by hari jadi ke 5 nanti..:)

Thursday, 23 January 2014

Menanti Masaknya Betik

Lama betul menunggu untuk mengecap hasil daripada betik organik tanam sendiri nie...tanamnya dari bulan October 2012, sekarang dah lebih setahun dah masih belum boleh petik dari laman lagi nampaknya...

Walaubagaimanapun setelah sekian lama menunggu betik2 yang ditanam sendiri berbuah, akhirnya kalau tak silap setelah setahun usia barulah  mula berbunga. Nie yang ditanam depan rumah,

Yang survived dari menjadi mangsa tukang kebun kecik..heheh..salah satu sebab lambat berbuah adalah kerana ditanam rapat..satu lagi kerana siabang asyik dok cabut daunnya...(nampak tak keembung sikit nyer besar tumbuh sendiri kat bawah tuh...subur kan)...

Inilah buahnya yang tak berapa lebat..dalam gambar nampak agak besar, in real life mungkin sebesar tapak tangan jer kot...masih lagi confuse betik jenis apakah ini..Hawaian Pawpaw lah harapnya...

Yang tumbuh sendiri kat belakang umah..lagi besar dan subur berbanding ngan yang ditanam sendiri kat depan umah tadi..berbuah pun lebih awal jugak..

Buahnya agak lebat sikit berbanding ngan yang kat depan umah tadi...pun tidak pasti betik jenis apakah nie..

Rasanya tempoh dari mula berbuah hingga masak mengambil masa lebih dari  bulan..mungkin boleh cecah 5 bulan kot. Harap2 cepatlah masak supaya tak payahlah kami beli dari pasar lagi tiap2 minggu..jimat duit, lebih organik kan..:) 

Wednesday, 22 January 2014

Bila Dia Mula Duduk

Terima kasih semua diatas komen2 yang supportive untuk entry malam tadi..really appreciate it..setidak2nya dapatlah melegakan sedikit rasa dukacita atas peristiwa pagi semalam..:)

Melihatkan anak dara yang sorang nie, aku rasa cepat sangat dia membesar..lepas sahaja masuk umur 6 bulan begitu pantas perkembangannya..

Dengan permulaan meniarap yang agak lambat, lebih kurang 3 minggu sebelum mencapai umur 6 bulan, kemudian agak cepat jugak dia boleh bergolek2 (rolling) dan move around...setelah masuk 6 bulan, dah nampak dia mula angkat dada dan kaki macam nak merangkak..namun kerana badan belum betul2 keras lagi dan step pun tak dikuasai betul2, maka dia merangkak tunggang terbalik untuk bergerak kehadapan..

Dan dalam 2 minggu yang lepas kami mula perasan yang dia dah mulakan percubaan untuk duduk pulak..

Separa duduk yang asyik terjatuh..macam tak percaya Arissa nak duduk seawal nie sebab abang dia dulu lepas 8 bulan baru boleh duduk..merangkak pun usia 10 bulan..

 Alhamdulillah awal minggu nie nampaknya dia dah mula duduk macam betul sikit..namun sebab badan tak betul2 keras lagi kan, masih baru usianya..ade jugaklah yg terjatuh tuh...dah pandai mengensot sikit2 jugak tuh..

 Dah macam konpiden sikit dah dia nie bila duduk... tak mau dah dia main meniarap2 nie..nak main pun prefer duduk..walaupun kadang kena tiup angin terjatuh ..heheh. .inshaallah dalam 2 minggu lagi mungkin lebih kuat kot..

Bila dah pandai duduk, mulalah tak boleh duduk diam..asyik jer move around dengan cepatnya.. nak tinggalkan dia sorang2 pun memang risau..takut terjatuh bang kepala kat lantai kang nangis kuat pulak...sebab tuh dalam bilik kami cover ngan tilam2 yang nipis (malas nak letak carpet tebal)..tapi kalau kat ruang tamu duduk atas lantai tak konpident betul..nampaknya Arissa mungkin tak melalui fasa mop lantai dengan heret dada cam abangnyer...inshaallah..

En.AAA jenis over protective, kalau dia ade risau betul takut anak dara dia terjatuh..dia takkan buat kerja lain bila dia yg kena look after her..kalau makan pun, hati tak senang tengok anaknya duduk2 gitu, terus diambil makan sambil meriba...huhuh..

Sekarang nie kalau dia bangun jer tidur, jika tiada kedengaran suara menangis,check2 tengok dalam bilik dah berada dekat pintu..bukan atas tilam (kat bawah) lagi..cepat betul move around dia nie..risau jugak bila bukak pintu bilik takut2 dia ade kat pintu kang terkepit tangan atau kaki tak pasal...nak biarkan pintu terbuka ms tidur, siabang lak asyik buat bising kat luar...

Dengan keadaannya yang sangat aktif dan tak boleh duduk diam setempat nie, risau nak tinggalkan sorang2 kecuali sekejap dalam bilik..nak mandi pun kena tunggu dia tidur dulu...tulis entri atau blogwalking pun masa dia tidur..kalau ngadap komputer dengan dia habis nak ditepuk2, grab segala apa yang ade dekat laptop...hmmm susah betul...

p/s -Aku rasa syukur sangat kerana dapat membesarkan mereka nie pada tahun2 awal pembesaran didepan mata sendiri..bayangkan kalau tinggal kat babysitter..sejauh manakah mereka tuh jaga dan protect anak2 kita yang masih bayi nie daripada bahaya2 ketika dalam proses pembesaran..kalau terjatuh pun kita takkan tahu kalau mereka tak jujur...

Tuesday, 21 January 2014

Suatu Pagi Yang Sebak..

Inilah 'event' yang aku cakap dalam entri semalam nak kongsikan ceritanya hari nie..

Jam masih belum pukul 5.00 pagi, sedang aku duduk reciting some surahs sementara menunggu masa tuk menyiapkan sarapan pagi, tetiba siabang datang padaku, katanya "my pants wet"..aku tengok memang betul2 basah pun, so aku cepat2 tariknya kebilik air..suruh buka seluar dan cuci separuh badan..terkucil kat tilam budak nie...pelik plak sebab memang jarang sangat dia terkencing kat tilam..the last time pun berbulan2 dulu..

Hmmm..aku nak tergelak plak bila pikir..today hari yang dia suppose to go to kindy, pagi nie dia terkencing atas tilam..buat tabiat ker haper..huhuh..

Tak lama kemudian Arissa pun terjaga menangis nak susu..si abang dah takleh tido balik...En.AAA masuk dapur tolong mula masak ditemani siabang...

Bekfes awal, sesambil dok bagi amanat & pelbagai pesanan tuk siabang bila kat sekolah nanti apa nak dibuat..dos's and don'ts ..etc..bla bla bla lah...

En.AAA kena pegi keja awal maklum student first day school kan kenalah cikgu mesti ade kan..banyak urusan nak disetel..so akulah yang kena bawak Aidan gie tadika nyer...

Tadika tuh depan umah jer dalam 5 minit jalan kaki...so pukul 8pagi aku pun keluar lah ngan bawak Arissa dalam stroller, sebelah tangan pimpin siabang...

Arissa plak taknak dok dalam stroller, daripada keluar rumah hinggalah selamat melintas jalan masuk perkarangan sekolah dia menangis..kemudian aku dokong jer, siabang tolak stroller..


Sesampainya di tadika tuh aku tengok ramai parents yang dah ade bersama-sama ngan their kids..aku pun beraturlah tunggu giliran...


Sampai kat meja guru tuh aku cakaplah nak register my son for kindy..katanya kena pergi register kat  opis tapi rasanya dah full...aku pun pergi jugak kat opis tuk register dan tanya lebih lanjut..

Sesampai kat opis..katanya memang dah full,patut register lebih awal sebelum sekolah bukak..sekarang depa dah tak amek budak2 tuk taska lagi...sorry lah..

Aku pun terasa sebak sangat masa tuh..cam nak nangis..tambah2 bila tengok Aidan memang betul2 ready tuk masuk kelas hari ni ..dengan begnya, bekal serta air milo yang aku bekalkan...macam mana nak cakap dengannya  nie yang kita perlu balik umah...no school..

So aku berterus terang dengannya cakap yang sekolah nie tak boleh masuk dah..nanti kita pergi sekolah lain esok yer..kita balik umah dululah yer...dia diam dan ikut sahaja, sib baik tak nangis..bayangkan semangatnya nak pegi sekolah belum kul 7pagi lagi dia dok nak pegi daa, tak sabar2 tunggu sampaikan suruh bapaknya hantar...

So kami pun baliklah rumah dalam keadaan sedih dan suram...

Dah sampai umah, melihatkan bekal dan air milonya..aku suruh dia minum..dia pun akur lah, minum sikit simpan dalam fridge dan makan bekalnya tadi...

Kemudian aku cakap padanya..please make doa to Allah to help you...dia pun mula berdoa..

"Oh Allah please help me so that I can go to school, I can meet new friends...learn ABC and play...."(panjang jugaklah..aku lupa..)..tahan jer sebak dengar doanya tuh...

Tak lama lepas tuh, aku contact ngan Muslim primary school yang letaknya dalam 15-20 minit jalan kaki dari rumah kami....Alhamdulillah masih ade tempat kosong, next monday baru class akan mula.."

So aku cakapkan padanya.."don't worry, you'll go to Zaki bhaiya dan Takwir Bhaiya school and meet them.."(mereka tuh anak2 kawan aku yg sudah berada disekolah rendah yang menjadi rakan sepermainan Aidan)..terus dia menjadi hepi dan ceria kembali...

Actually aku memang taknak hantar dia kat kindy depan umah tuh sebab non muslim school tambah plak tiap2 pagi depa akan mula class ngan doa hindu dorang..so aku taknak Aidan terikut ngan benda semua tuh...namun En.AAA cakap takperlah sebab sekolah nie dekat sangat 5 minit jer jalan kaki, lagipun Arissa masih kecil senang sikit kalau dekat2 umah nak ulang alik, yang sekolah satu lagi tuh agak jauh dan kena berpanasan plak nak berulang alik..jalan pun kurang elok especially waktu hujan..lagipun tuk setahun nie jer...so aku pun malas nak bising2 ..ikut dan taat sahajalah...

Cuma silap En.AAA dia ingat boleh pergi direct cam tuh jer on the first day tanpa perlu register dulu. hmmm..tengok2 dah penuh..

Apapun setiap yang berlaku ade hikmahnya..Alhamdulillah setidak-tidaknya Aidan terselamat dari expose ngan ibadah hindu yang dorang buat tuh ..lagipun aku memang taknak tercemar jiwanya yang sudah terdedah pada Quran sejak awal lagi tuh...

Traffik Naik Balik Kerana S2B

Selain Pakcik Google, nampaknya yang blog besar, femes serta ramai pengunjung memberikan kesan positif kepada blog yang link kepadanya kan..kalau blog picisan cam blog aku nie manalah sangat boleh tarik orang kan...

Harus aku berterimakasih kepada Sis Lemongrass from blog Salam2Benua kepada membuka platform kepadaku untuk dikenali oleh pembaca2 blog dari seluruh pelusuk benua dengan meletakkan blogku didalam blog listnya...aku sebenarnya malu jugak

Dan kerananya jugak ia banyak membantu meningkatkan traffik blogku ini...Alhamdulillah..

Dulu sebelum Sis LG bercuti 8 minggu dari berblog, alhamdulillah blog picisanku nie boleh mencapai lebih 2000 pageviews setiap hari selama beberapa hari dalam seminggu, kira average sehari dekat 2000 jugaklah gitu..

Kemudian setelah beliau bercuti, efeknya jugak terhadap blogku nie dimana slowly traffik nyer berkurangan hinggalah menjadi average dalam 1,600 sehari..nampak tak betapa significant nyer blog S2B terhadap trafik blogku nie...

Sebab tuh aku letak blognyer kat special place dalam blogku..:)

Kemudian bila beliau kembali menulis hampir setiap hari sejak minggu lepas, trafik blogku pun nampaknya semakin improve..dan dalam seminggu nampaknya ade beberapa hari yang cecah 2000 (sabtu ahad tuh susah sikitlah kan).


So disini aku ingin ucap thanks to SisLG banyak2, semoga terus menulis selamanya...inshaallah..

Sapa belum pernah baca blog yang sebest blog beliau silalah klik disini  agar anda tak menyesal kemudian hari...heheh

permisi yer sis LG letak header ngan gambar nie..

Monday, 20 January 2014

Aktiviti Kebun Yang Terakhir Dimusim Cuti

Semalam merupakan hari terakhir En.AAA bercuti panjang sempena cuti sekolah..so hari ini offically balik bekerja lah..budak2 mula bersekolah sessi 2014 esok..inshaallah.

Hampir 2 bulan bercuti panjang nampaknya tidak banyak projek2 besar terutamanya yang berkaitan dengan kebun dapat dilaksanakan..banyak komitmen lain yang perlu dilunaskan dahulu nampaknya..:)

So semalam sedikit kesempatan digunakan untuk menyelenggarakan laman seadanya..tukang kebun simpanan (tuan tanahlah) pun turut turun padang sementara mem kecik tengah lena tidur..setelkan kerja2 yang asyik doh tertangguh2 nak buatnya..

Limau purut nie dah dibersihkan dah rumahnya..bilalah nak besar nie..dok nunggu nak buat tomyam nie..hehe

Selamat menebas pokok lengkuas nie..too much covering pokok2 cili serta limau purut..sian mereka tak dapat cukup cahaya..


Tinggal lagi suku jer lagi..tapi cepat jer mereka nie berkembang..kalau semak sangat risau jugak kang bersarang lagi tebuan kat sini.

Lepas tuh kerja2 menuai mana yang patut lak,

Jagung yang ditanam pada penghujung tahun lepas alhamdullillah dah dapat merasa hasilnya..bendi pun dituai lagi walaupun semalam dah tuai..

Bendi yang dituai pada hari sebelumnya..memang murah rezki betul..Alhamdulillah.

 Dan jagungnya selamat dibakar..banyak yang rongak tuh..agaknya masa tabur benih tuh En.AAA tersenyum kot..heheh

 Peminat jagung yang tegar..separuh dalam perut dia sahaja..huhuhu

Aktiviti the garderner lak,

Membersihkan kebun kacang bendi  batch yang baru serta buat junjung kacang panjang yang kelihatan tuh..

Tukang kebun kecik..buat2 bizi raking sampah2 lah kunun...heheh

Bila dah bermula penggal sekolah nie tak tahulah En.AAA ade masa ker tak nak uruskan kebun setelah pulang dari kerja..hmmm...tukang kebun simpanan lak tak boleh tinggal mem kecik tuh..tambah makin aktif skarang nie....

p/s: excited pulak nak tunggu event esok...esok2 jerlah citer yer...inshaallah..:)

Sunday, 19 January 2014

Nasi Lemak Sambal Versi Manis

Aku sebenarnya bukanlah penggemar sambal yang manis2..namun semenjak dok sini dan En.AAA pulak tak suka makan pedas serta senang dapat gastritis kalau makan yang pedas2, jadi aku terpaksa bertoleransi dan berkorban kehidupan pedasku sedikit..

Dulu masa aku selalu buat nasik lemak ngan sambal yang biasa yang sikit pedas dan masin..aku rasa kesian plak ngan En.AAA bila makan sikit dah tak tahan pedas..Aidan apatah lagi kalau nampak cam cili jer terjerit2 "cili..cili.." nak selamat aku tak bagi langsung Aidan makan nasik lemak ngan sambal..belasah jer ngan telur dan ikan bilis..nasi lemak tuhkan dah sedap makan gitu jer..

Anyway, suatu hari aku terbaca kat blog Sis LG yang dia buat nasik lemak versi manis tuk family dia yg jugak tak tahan peda..so aku pun berusahalah jugak mencubanya..

Terkurang timun kat situ..huhuh tak sempat beli

Hasilnya memang sedap dan En.AAA pun suka..bertambah2 lagi nasik lemak dia makan..so tiap kali aku masak nasik lemak lepas tuh mesti buat sambal manis..

Dan ade satu kali kucuba buat sambal biasa yang masin bersama-sama sambal manis jugak, namun terasa pelik dan tekakku sendiri pun tak mau terimanya..last2 aku makan gak yang manis tuh jugak..huhuuh..

Dan pagi nie sekali aku masak nasik lemak sambal manis jugak..hehe..biasanya aku akan prepare sambal tuh pada malamnya, agar dimasak lebih lama sikit..baru sedap sikit..pepagi kul 6am esoknya barulah aku mulakan kerja masak nasik bagai..kul 7.30am dah dapat bekfes dah..kami mmg selalu bekfes awal hari minggu pun..:)

Hari tuh Kak Kamsiah ade tanya resepinya...hari nie aku terasa cam nak kongsikan..meh kita tengok bahan2nya..

Sambal Nasi Lemak versi Manis
(mintak maaf yer kepada pemilik asal resepi aku lupa kat mana daaa)

Bahan-bahan:
*Sebiji bawang besar 
* Sepotong kecil inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 2 sudu besar lada kering kisar
- Asam jawa sebesar ibu jari (rendamkan dalam air, jadi jus..lebih kurang setengah cawan)
- Kisarkan bersama-sama *
- Secubit belacan (tak mo letak pun takper)
- Gula melaka (ikut kemanisan yang dikehendaki)
- Sesudu kecil garam

Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga naik minyak..kemudian masukkan jus asam jawa serta belacan..tumis sehingga kering, tambah air tumis lagi dalam setengah jam..masukkan gula melaka dan garam..tumis lagi dalam sejam..jika kering air tambah..boleh letakkan ikan bilis yang digoreng kedalamnya air hidangkan secara asing..ikut selera masing-masing.

Senang jer kan nak buatnyer..sodap pun sodap!

Saturday, 18 January 2014

Menuai Kacang Tanah Kali Pertama Ditahun 2014

Akhirnya kacang tanah yang ditanam lebih  3 bulan yang lepas sedia untuk dituai..

Sebenarnya agak terlambat jugak menuai  nie sebab tukang kebun takder kelapangan..patutnya 3 minggu lepas lagi dituai..banyak pokok yang dah hampir mati..sepatutnya bila daun sudah banyak kekuningan itulah the right time untuk menuai..

Inilah rahsia yang tersimpan didalam tanah..Alhamdulillah agak banyak jugak pada satu2 pokok..

Kerja2 pengasingan oleh tukang kebun dan pembantu kecik..

Inilah hasil tuaian yang cukup 3 kali direbus..makan bersama teh minum petang pun sedap..:)

Friday, 17 January 2014

The Making of Roti Paratha & Cerita Disebaliknya

First of all... beruntunglah anda semua kerana diilahirkan sebagai wanita Melayu yang tak perlu melalui susah payah, perit jenih membuat roti paratha untuk keluarga...seperti perempuan2 di Fiji most of them mesti pandai masak roti paratha..kalau tak pandai takleh kawen..huhuh

Anda semua cuma perlu masak nasi jer ..tuh pun rice cooker yang tolong masakkan hehehe..

Tidak seperti sorang pompuan Melayu antara yang terakhir kat Fiji nie.. mengambil masa setahun lebih tuk paham dan pandai membuat..setahunlah lakiku makan roti nipis dan keras.lekat ditekak, tukang buat sendiri pun takmo makan..

Perempuan India kat Malaysia pun beruntung jugak..sebab mana ade depa buat roti prata dah skrang nie..semua makan nasik kan..hehe..

Mari kukongsikan rahsia membuat roti paratha yang lembut lagi sedap bagi sesiapa yang nak mencuba...

 3 cawan tepung gandum, sesudu minyak..gaul seperti breadcrumbs..

 +/- 600ml air panas (yang baru masak dalam 5-10minit)

 Tuangkan air sedikit demi sedikit, gaul rata..ms nak bentuk doh boleh etak minyak sikit agi..tuh licin n mudah btk sket.

 Gaul, uli hingga membentuk doh yang lembut dan tak melekat ditangan..yg nie doh panjang senang potong..

 Bahagi kepada 9 bebola kecik

 Ambik 1 bola kecik, leperkan..gaul didalam bekas bertepung..

Gelekkan atas rolling board..make sure papan tuh bertepung & kering agar tak melekat.

 Sebelum masak pastikan kuali leper cukup  panas 

 Guna api kecik jer..abaikan dapur buruk berabuk tuh..

Dalam lebih kurang 5 minit check tengok bahagian bawah tuh..kalau ade macam bintik2 perang tuh terbalikkanlah..

 Bakar plak sebelah lagi hingga lebih masak sikit..mcm dalam gambar..angkat sikit tengok kalau dah ok.terbaikkan..

 Biar masak macam nie baru terbalikkan..

 Last part nie roti akan kembung dengan cantiknya..menandakan kerja sudah beres dan boleh angakt daa..

 Our paratha is now ready..

Hidangkan dengan sebarang jenis kari pilihan..yang didalam gambar tuh kari kacang ngan potato..Fiji style..

One thing for sure..kalau korang dah mahir buat roti paratha nie dari segi menguli..datanglah segala jenis roti apapun..tiada masalah lagi bagi korang  untuk handlenya..sure boleh paham dan buat dengan gumbiranya..heheh..

Oh yer camaner aku akhirnya berjaya buat roti nie..hmmm nak tanya orang dah malu dah sebab tak gheti2 jugak dah berbulan2 dok sini dan buat roti hampir tiap hari..tangan pun asyik meletup kena kuali panas manjang..so gugel tengok kat youtube dan masa orang lain buat aku curik2 tengok camaner depa buat sebab aku malu nak ngaku yg aku tak pandai..huhuhu

So since dah terer tau buat roti nie, kalau pegi rumah orang buat doa selamat masa tolong2 masak tuh, selalu jer aku  volunteer tuk buat roti..hehe..sebab nak tunjuk yg aku dah pandai kan..

Depa nie tak semuanya pandai buat roti nie..ade gak yg fail..yg rotinya keras dan tak berapa sedap..ade gak kengkawan yg datang makan kat umah nie, lepas makan tanya camaner aku buat sebab laki dia suka roti lembut gini..heheh..ade ker tanya aku, patutnya aku yg belajar ngan dorang kan huhuh..

Psstt roti paratha nie bukan feberet aku..kalau ade roti dan nasik, aku pilih nasik walaupun pada awalnya aku rs cam nak makan roti.. tak kenyanglah makan roti...aku nak nasik jugak..kengkadang jer aku makan..selalu buat tuk En. AAA jer..Aidan pun suka jugaklah jugak makan nie, wpun nasik pilihan utamanya..Arissa pun haruslah ikut jejak ibunya yg perut melayu..hehe

One thing yg selalu mengingatkan aku masa buat roti nie adalah kesusahan Saidatina Fatimah dahulu masa buat roti tuk familinya...besar kan pahalanya dengan tangan yang terbakar terkena panas...hmmmm...

Nuffnang Ads