Friday, 24 October 2014

Memori Diwali Terakhir

Ade sedikit kemusykilan daku dsini...korang cuti Deepavali semalam ker hari Rabu? Konpius sket sebab tengok semalam trafik tinggi jugak, komen pun banyak jugak..dan entri2 korang pun banyak jugak...Ok mungkin aku tak baca suratkhabar betul2 ni yang tak sure nie kan..

Anyway smalam kitorang cuti Diwali kat sini..the last festival yg sempat lalui disini...Krismas dah selamat kat bumi malaya inshaallah.

Dari last week pong pang pong pang mercun dok berbunyi..bagi semangat kat dorang nie tuk dorang nie beraya..sanggup ngabes beratus2 beli mercun, bakar, bunyi kuat2 ganggu jiran2 yang tak beraya hinggalah tengah malam2 buta..siang pun ade gak yg pasang mercun yg tak tahannya..

Semalam kira kemuncaklah dorang main mercun..adeehh malam rayanyer sian anak2 nak tidur..Acicha tidur dalam ketakutan..asyik terjaga jer bila letupan kuat2 berbunyi.sampai aku terpaksalah tidur awal holding her supaya dia rasa save sket..

En. AAA kata ibarat dimedan perang..dapat bayangkan perasaan saudara2 kita yg di palestin yang diserang dengan 'mercun' sebenar..nampak jer cahaya dan disertai bunyi yang kuat rasa bagai nak runtuh hati kan..insaf sekejap mak nie...

Dalam pada benci ngan pesta mercun nie terpaksa jugaklah redha tambah dgn adenya seorang peminat kecik yang nak tengom bunga api..katanya ' i want to see the big dan fat one'..so bersantailah kami kat luar umah tengok mercun kiri kanan depan belakang sebelum dorang nie tidur dalam kebingitan mercun....

 
Hari Diwalinya si bapak dan anak bujang menghadiri jemputan beberapa buah umah..jenuhlah siaidan makan sweets..siap depa tapaukan lagi buat balik umah..benda yang sama sahaja kat mana2 umah pun..laddo,gulab jamun, pera, nimkis lakariya..kao raya pun yang muslim kuat sweets cenggini jugak..

Sedang si bapak dan anak bujang pergi beraya..aku dan anak dara lepak kat umah Chote Ma (panggilan dorang nie tuk kawan aku..mak kecik)..bertanya khabar bercerita dan memanfaatkan masa2 yang ade tuk bersama.sedih lak nak tinggalkan kengkawan baik sini...*()*

19 comments:

  1. sini cuti diwali hari rabu....semalam dah kerja....mula kalender memang 23hb tu raya depa....tup2 dengar kata tok sami kata 23hb tu tak betul...yg betulnya 22hb....erm agaknya depa pun dah mula tgok anak bulan kot.

    ReplyDelete
  2. sini cuti deepavali rabu ummu...dlm kalender sepatutnya khamis..heheh katanya tarikh tu tak elok... kalau x silap la..hehe

    ReplyDelete
  3. Sempt juga rasa maruku, kuih bunga rose ni.. supplier india bawa.

    ReplyDelete
  4. deepavali rabu.. hehe... memang konfius sebab kalendar semua tulis 23.. baru berangan nak cuti jumaat then leh rehat-rehat kat umah.. huhu salah kira lettew..

    ReplyDelete
  5. Cantiknya firework.. Kat sini Deepavali tak meriah sangat.

    ReplyDelete
  6. tak kisahlah hari apa ummu..dh nak balik sgt ni asyik tersasul aje ye...

    makin dkt makin lambat plk ye...sepatutnya rya india ni hari khamis,tapi diorg minta raya rabu...hantam sajalah..kan..

    meriah ke org sana sambut devali?

    ReplyDelete
  7. Tradisi mereka pun lebihkurang di tempat kita ni UAA.
    Apa lagi kalau dah mesra memanglah terasa sayu hati nak berpisah
    Yg pasti semua akan jadi kenangan indah.

    ReplyDelete
  8. rabu kak..ada kesilapan sikit kat kalendar..
    uittt kuih manis2 ni tak berapa gemor sangat..takleh masuk ngan tekak..

    psttt tengok email tau..

    ReplyDelete
  9. cuti hari rabu, patutnya khamis ke apa ntah, tapi di India sepakat sebab kat kalender bulan bintang deme silap dlm kiraan menetapkan tarikh.

    alhamdulillah nak balik dah akak. kot tak dapat jumpa kat fiji, kita jumpa kat tanah malaya la yer.. inshaAllah :)

    ReplyDelete
  10. Dah makin hampir UAA nak balik. Ntah la, saya tumpang happy utk kamu skeluarga, tpai dlm masa yg sama, saya macam ada instinct yang dah balik Malaysia nanti UAA dah tak update blog. Sbb biasa blog2 org merantau yang saya follow, bila balik MAlaysia, terus dah tak dengar khabar. Huhu.. Sedioh plak rase. Huuwaa...huuwaa... jangan lupakan kami ye nanti. Acicha, nnt acik Lyd rindu kamu.

    ReplyDelete
  11. Kat sini sebarang "raya" tak boleh main bunga api or mercun.
    Yg boleh main.. cuma gomen.
    Itu pun time tahun baru.. or hari merdeka.

    Dulu pernah gak kaum India yg sambut Deepavali main "terlebih" bunga api.. at last kena angkut dlm trak polis.

    Tp setakat tgk anak2 main mercun pop tu.. biasa la..

    ReplyDelete
  12. yer la.. tempat jatuhkan lagi dikenang, inikan tempat u beranak pinak.
    eg dulu kami pun suka main mercun, tapi tak la sampai ke tengah malam, agak2 la kan, tapi ramai jer yang tak agak.

    ReplyDelete
  13. As Salam UAA, ooo meriah betui diwali kat fiji ni ummu...bunyi mcm sedih plk ummu nak tinggalkan fiji ni...tapi betul la kata org tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi mesia yg tercinta....
    berapa ari lagi ummu nak berangkat???

    ReplyDelete
  14. Bila semakin menghampiri waktu nak kembali rasa semakin syahdu..
    ai x dgr bunyi mercun sebab jauh dari kawasan dorang.. jadi boleh tdo dgn tenang ;)

    ReplyDelete
  15. Salam UAA,

    Dalam pada tak sabar nak balik sini, sedih pula rasanya nak tinggalkan kawan2 di sana ya!? Peluang berada di rantau, walaupun kadang2 banyak dugaannya sebenarnya merupakan peluang yang sukar diperoleh. So count yourself lucky kerana terpilih untuk bertamu di negara orang selama beberapa tahun! Ramai yang teringin tetapi tiada peluang seperti itu!

    ReplyDelete
  16. Salam ummu....bingit kan deepavali skang ni...dulu2 rasa nya raya kita dengan Chinese je main mercun pong pang pong pang...skang Rasanya sama je bila apa2 festival...meriah kan kalau main bunga api ni....

    ReplyDelete
  17. tu dier meriah suggh sambutan kat sana yer UA

    ReplyDelete
  18. Dah tukar date la Ummu...raya cepat sehari.

    ReplyDelete
  19. Apa rasa manisan tu UAA.... manis manis berempah ke macamana?

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads