Thursday, 25 September 2014

Anakku Hampir-Hampir Pneumonia

Perkongsian sebagai pengajaran buatku dan sesiapa yang mahu mengambil ikhtibar..inshaallah..

Alhamdulilah maknya sudah sembuh, bapaknya dan adiknya jugak finally free dari batuk yang menyerang hampir setiap family disini pada musim cuaca sejuk yang berlalu..

Namun dia bertemankan batuk sudah 5 bulan..atau mungkin lebih...tidak pernah betul2 fully recover..
Berulang alik keklinik swasta..berbotol2 ubat melalui lubang tekak..namun tiada improvement...

Hinggalah ketika menemankan bapaknya servis keta, dia batuk agak teruk waktu tuh dan pemilik bengkel mencadangkan agar bawa dia kehospital dan cuba jalankan X-Ray..

Bermulalah episod berulang alik ke hospital setiap minggu 2 kali ...kata doktor ade mucus atau kahak didalam paru2nya yang menyebabkan batuk berpanjangan...tanda2 lain jugak adalah hidung berair serta tidur malam kuat berbunyi dengkuran pelik...

Bila dengar melalui stethoscope jugak ade bunyi2 yang 'not a good news'..bila tengok dalam X-ray memang sah2lah ade cecair dalam paru2..

So apa yang perlu dibuat adalah have to dry out the mucus yang menghuni dalam paru2 tuh..barulah batuk inshaallah akan reda..

The only way adalah dengan pengambilan antibiotik.....injection antibiotik pun boleh jugak tapi takut betul dia kena cucuk jarum...kena sekali injection dah serik, tak nak teruskan..

So terpaksalah dia telan antibiotik 3 kali sehari 6ml ..


Habes 2 botol Amoxillin untuk 6 hari tiada perubahan jugak..masih lagi batuk..kahak masih jugak lagi bertakung..so doctor prescribe antibiotik yang lebih power, Augmentin nama dier. 

Susah betul dia nak telan ubat tuh..telan jer muntah..abes isi perut keluar..selera makan pun menurun..

Dia pun macam dah bosan makan ubat sebenarnya..macam nak cakap ngan kitorang...i can't take it anymore..no more medicine please....bayangkanlah kan berbulan2 dok telan ubat berbotol2..kalu kita pun naik loya..

Tapi kena amek jugak..kalau tidak memang wallahua'lam susah nak elok dan kalau dibiarkan tidak dirawat boleh jadi asthma ataupun pneumonia..nauzubillah...

Terpaksalah ubat tuh diubahsuai dengan elemen2 lain seperti madu dan milo dicampur..barulah dia boleh telan..lepas telan ubat lah mesti ade inisiatif atau hadiah saguhati atas kejayaan menelan antibiotik yang teruk bau dan rasanya itu..

Antibiotik yang lebih power tuh diambil tuk another 10 days..bayangkan...tak boleh miss langsung..

Then last monday bawak dier jumpa doktor again for review...

Alhamdulillah doktor kata mucus dah clear..dah kering..bunyi dalam paru2 pun dah takder daa....syukur sangat2...

Punca paru2 berkahak.itu adalah kerana sejuk...salah kami jugak kerana tidak mengambil serius atau precaution dari awal..

Bayangkan bila dia dibenarkan berendam dalam tub mandi sampai berjam2 hampir tiap2 hari..sebab masa tuh kan musim panas..dan bila dia busy ngan mandian tuh maka kami bolehlah releks2 sikit (tak terpikir langsung akibat2 kemudian hari)..dah tuh plak bila tidur tak maunya berselimut atau pakai stokin mahupun baju berlengan panjang..asal lengan panjang  jer nak singsing sampai ke bahu...hmmmm...

Bila dah datang musim sejuk memang lagilah teruk sejuk dalam badan tuh , tuh pasal yang batuk senang bersarang..tambah2 lagi jangkitan virus ngan budak2 kat sekolah...

Namun alhamdulillah bila dah suffering begitu bila semakin memahami dan mendengar kata..walaupun berpeluh2 tidur..turutkan jugaklah pakai baju tebal sikit...just to protect him from cold...


Alhamdulillah he's getting better now..batuk ade lagi sikit ekor2 tuh tapi doktor kata itu biasa dan tidak membahayakan...tak perlu bimbang...

Moral from the story, kita semua kena take serius pasal kesihatan anak2..tak boleh dibiarkan bersejuk lama..samada berendam dalam air ataupun tak berpakaian..bila sejuk dalaman memang susah nak sembuh...amek masa, sebab nak jadi penyakit tuh pun makan masa jugak....

Dan bila anak batuk berpanjangan..kena take serius action...doktor swasta kebanyakkannya tahu buat duit jer..the real intention nak tolong sembuhkan pesakit tuh macam tidak penting sangat bagi mereka..kitalah yang kena usaha tuk merawat anak kita walau apapun caranya...inshaallah

24 comments:

  1. batuk memang susah sikit nak sembuh,
    harap ubat antibiotik kali ni jadi lah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga abang sembuh sepenuhnya..teringat kisah saya dulu, kaklong kena ashma dlm pukul 3.00 pagi gitu..saya suruh dia bersabar shj..sebabnya takut nak kejutkan suami pagi2 buta...dah pukul 7.00 pagi baru bawak hospital..nurse marah kami, katanya nasib baik klong boleh bertahan...selepas itu bila nak jadi je ashma dia, kami cepat2 bawak dia ke hospital...kadang-kala pengalaman itu mematangkan lagi pemikiran dan tindakan kita...

    ReplyDelete
  3. ok take noted..
    skang anak zee dah 3hari demam..punca kahak rasanya sebab ada batuk skit2 bunyi kahak..dier sendiri pun ada cakap..and memang dik niq kalo tido malam takmo berbaju..sejuk camaner pon baju dier tanggal..huhuhuu..maybe sebab musabab cam si aidan nih..
    tq kak nor..ingat petang ni nak bawak gi klinik dulu..

    ReplyDelete
  4. Nasib baik nasihat kawan mechanic tu diikut dgn baik kalau tak sampai bila Aidan akan batuk-batuk dan batuk dan terus ke klinik aje.

    Betullah kena jaga dgn baik sebab anak kecik tak dpt membezakan yg mana memudharatkan dan yg mana tidak...

    ReplyDelete
  5. klu berlarutan batuk mmg bahaya pd anak2..takut jangkitan kuman dlm paru2.mudarat jadinya..

    cuaca ,udara,makanan..mkn ubat susah..itulah penyebabnya lambat baik..
    alhamdulillah semakin baik hendaknya

    ReplyDelete
  6. pengalaman sendiri memang suffer ah bila setiap kali lepas demam disusuli ngan batuk...berbulan-bulan tak hilang.

    ReplyDelete
  7. lamanyer kak sampai 5bln batuk tak baik2... sian nyer... nsb lah akak ikut nasihat org kt bengkel tuh kan...
    alhamdulillah dh beransur, pasni cube akak amalkan bg dia minum madu ngn air suam tiap pagi

    ReplyDelete
  8. Assalam UUA,

    Pengalaman anak may kene Pneumonia, dalam 3 hari kalo batuk dan selsema teruk confirm akan kene admitted hospital atau doktor akan terus proceed bagi antibiotic Augmentin. atau injection dengan nab setiap 2 jam. Mcm yang UAA cakap,tak boleh bagi mereka main air lama2 sangat nanti akan senang kene serang sakit especially kahak dalam paru2.

    Alhamdulillah aidan dah baik. Speedy recovery aidan.

    Baru2 ni,minggu pertama demam biasa. Ming

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah hero dah sihat.

    Ummu kadang2 kita terlepas pandang juga benda2 macam ni sebab kita beranggapan dah bagi ubat so kita tak ambik berat sangat dah.

    ReplyDelete
  10. lamanya sampai 5 bulan??? memang boleh menyebabkan pnemoia giteww..
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  11. Ya Allah..TQ sharing N3 ni Ummu.. Kesian abg Aidan smpi 5 bulan batuk..lama tu.. mesti naik risau.. hal-hal mcm ni baik jg rawat di hospital yg boleh buat x-ray dan procedure tertentu...apapun kita ambil pengajaran lah kan..
    ldan sy nampaknya kena hadkan waktu mandi si tumpis tu.. Pa'e pn jenis suka berendam lama2 dlm air.. kami pun biarkan je dia berlama dlm bilik air tu sbb dia suka.. pasni kena pantau lah...takut juga...

    ReplyDelete
  12. semoga cepat sembuh aidan..dah xleh bg aichan mandi lame2..die suka main air huuu

    ReplyDelete
  13. entah kuar ke tidak.. tadi dah type.. tapi x nampak rupa.. :(

    ReplyDelete
  14. Waktu berusia 2 tahun anak sulung saya juga pernah kena pneumonia yang teruk. X-ray menunjukkan paru-parunya hitam bertakung air. Terpaksa ditahan di hospital, diberi anti-biotik dan ubatan lain berterusan. Sejak itu saya selalu rasa risau bila anak batuk berterusan...

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah perkembangan dak Aidan makin baik.. ;)
    Kita pun jadi lega bila anak2 dah sihat dan kembali cergas dan ceria.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah, akhirnya batuk Aidan dah makinn berkurangan...
    Setuju sgt dgn UAA, kesihatan anak2 tak boleh nak pandang mudah... mereka lagi mudah dijangkiti... kalau dah melarat, lagi susah nak ubati...
    Ada hikmahnya tu UAA, skrang dia lagi mudah mendengar kata... Dia pun tahu kenapa kita suruh pakai stokin 24 hours.... Mcm Aisyah, bila dia batuk2 saya akan tanya, "Do you know why you're coughing?" Dia sendiri akan cakap, "Because I'm not wearing sock." Budak2 mudah belajar dari pengalaman...

    ReplyDelete
  17. Allahmdulillah dah get back to normal sekarang yer... risau kan benda ni bahaya. now i pun kena be more tegas towards jelita la sebab dia ni susah betul nak berselimut kalau tidur malam, takmo pakai pyjama tebal pulak tu... thanks share this story as kesedaran. mmoga our kids jauh dari penyakit ni semua.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, syukur serasi dengan ubat tu.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, syukur abe aidan dah sihat...patut ummu lamo tk bersiaran...

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah. Ank sy pun suka minum ais tido pasang ekon mandi berendam dl tublama lama. Yg no 2 tu prnh kena peunomia 2 kali smpi dmm dn batuk x henti henti. Last sekali warded n ambik neubulizer. Yg sekali tu seminggu nk recover. 2nd time tu 4 hr jugak nk recover. Beraya kt hsptl.

    ReplyDelete
  21. Nasib tak sampai demam UAA ......kalau demam lagilah kita seriaukan.....
    Si TLBD pernah kena macam tu demam tak baik baik...gitulah halnya ada infection dalam paru paru...Lepas ambik antibiotik barulah baik....Kita mak pak ni mmg le susah hati

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads