Friday, 30 May 2014

Lebih Teruk Dari Khinzir

Kes  remaja perempuan yang dirogol oleh 38 lelaki disebuah rumah kosong di Ketereh memang menaikkan darah kita sebagai seorang Melayu dan Islam..

30 lebih lelaki muda melepak, menagih dadah, baiki motosikal dan akhirnya merogol? 30 puluh lebih itu boleh jadi melebihi jemaah yang datang ke masjid tuk solat berjemaah..malah 30 lebih itu adalah sebanyak bilangan pelajar2 dalam sebuah kelas..

Babi pun tak mengawan atas seekor babi betina sebegitu dashyat...

30 lebih dipengaruhi dadah..hilang iman hilang akal..orang2 kampung dan pihak polis pulak tidak mengambil tindakan yang tegas untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku..sudah berlaku barulah kecoh seluruh Malaysia..

Maruah dah tergadai..lokap dan penjara pula menunggu mereka2 yang terkutuk tuh... 

Apa nak jadi dengan bangsa kita yang beragama Islam nie..kalau dulu kecoh pasal kes rogol berkumpulan di India hingga menakutkan pelancung2 yang nak kesana..tetapi tempat  kita nie lagi menakutkan untuk hidup dan membesarkan anak2..

Banyak anak2 remaja perempuan menjadi mangsa kenalan dari laman sosial..beraninya mereka semata2 nak berboifren..ibubapa pulak memberikan kepercayaan kepada anak2 dara mereka untuk keluar bertermu rakan2..dan jarang yang keluar dengan kawalan muhrimnya...

Adenya anak lelaki pula bukannya kita boleh  berasa 'ok lah sikit' dari anak perempuan..silap didikan dan asuhan..pergaulan yang tidak betul..akhirnya kita jugak yang akan melalak menangis bila tangan anak lelaki kita digari dibawa polis...

Negara semakin maju..moral semakin mundur...

Wahai saudara-saudara seislam  denganku,

Budaya boifren gelfren tuh hapuskanlah dalam budaya kita ..itu budaya orang2 kafir..teringat masa muda2 dulu, betapi dhaifnya orang2 kita dari segi pemahaman agama, kalau takder boifren itu dianggap sesuatu yang memalukan..takder orang nak kat ko..ko tak laku...padahal mereka itu gagal tuk melihat dan memahami yang perhubungan/ pergaulan sebelum nikah itu adalah haram..malah dengan persepsi demikian menambahkan lagi maksiat..menambahkan lagi anak2 luar nikah yang kena buang merata hala...

Tidak hairanlah ramai anak2 muda kita terjerat dengan cinta laman sosial dan banyak yang menjadi mangsa rakan sosial semata2 nak berboipren gelfren..nak jaga maruah yang aku nie laku konon..pengaruh TV atau buku2 cerita tak payahlah nak dipertikaikan lagi..malah pernah kita dihidangkan novel2 yang mana jalan ceritanya heroin mengandung anak luar nikah kerana hubungan haram dan mereka diangkat seperti hero didalam cerita dan hubungan mereka itu seolah2 tak salah padahal mereka adalah penzina..huhu..tak ubah seperti cerita Hindustan yang diarahkan oleh mereka yang bukan islam..

Anak2 perempuan biarlah hayaa (malu) itu menjadi pakaian mereka...biarlah pergaulan mereka dijaga..jangan percayakan sesiapa sahaja apatah lagi yang bukan muhrim..tanah yang kita pijak sudah tidak selamat..syaitan banyak sangat berkeliaran nak tarik seramai mungkin keneraka bersama2 mereka...

Biarlah kita menjadi muslim yang konservatif..daripada menjadi muslim yang banyak nak kena menjawabnya diakhirat nanti...

18 comments:

  1. rasa malu sekali berlaku kat negeri kita. ada point org nak hentam lagi.. benda ni boleh berlaku kat mna2 pun..bila setan duk atas kepala..x ingat apa dah..

    sedih sgt. mula bc ingatkan negara luar..rupanya anak bangsa kita.

    ReplyDelete
  2. mansyaallah....
    semoga ahli keluarga kita dan muslim sekalian terlindung dan dijauhkan dr tipu daya Syaitan yg direjam...aminnn..

    ReplyDelete
  3. Kena sokong hukum hudud, qisas dan takzir di sana....

    ReplyDelete
  4. Sebab tu la walaupun anak akak masih disekolah rendah, akak selalu pesan pada dia, jangan sekali-kali bawa anak dara org keluar tanpa pengetahuan ummi abah . Selalu igtkan dia supaya hormatkan kaum hawa. Insha Allah..selebihnya kita kena berdoa semoga anak2 kita tak kira lelaki @ ppuan, mudah2an dijauhi dari hasutan syaitan.

    ReplyDelete
  5. salam ummu....dunia sekarang ni memang menakutkan...lagi besar anak kita lagi kita takut...tiada lagi istilah orang2 tua dulu....senangnya kamu anak2 dh besar...

    ReplyDelete
  6. hudud di tolak..pemimpin tak layak memimpin..ulama di pandang sepi..

    mkn apalah perogol tu sampai jadi mcm tu..makan babi kut..

    ReplyDelete
  7. Untungla besan aku ni berfikiran sama macam aku jugak. heheh...

    Pernah melalui zaman jahiliyah dulu, tapi akan pastikan anak2 saya akan dididik dan dijelaskan sebaik mungkin tentang isu hayaa, sosial, jodoh dan kaple2 ni semua. InsyaAllah.

    Yg kena rogol oleh 30 lelaki tu, ya Allah... sakitnya... Saya baca semalam, dia punya organ apa ntah dah tinggal nipis sangat sebab dah rosak teruk. Byg le kena rodok dgn 38 btg kayu.

    ReplyDelete
  8. Salam Ummu..berita ni memang menggemparkan satu Malaysia. .apa nak jadi dgn negara kta skrg.. takut sgt.. nak mendidik anak pun bkn mudah di zaman ini. .byk sgt pengaruh persekitaran yg tdk sihat... sentiasa berdoa moga anak2 kta dijauhkan dr segala anasir jahat... utk hukuman pesalah mcm ni, mgkn Hudud jawab nya..wallahualam..

    ReplyDelete
  9. sebagai ibu yang ada anak remaja saya takut sebenarnya dengan gejala2 macam ni selalu pesan kat anak2 dan tak berhenti berdoa agar anakku dilindungi Allah

    ReplyDelete
  10. betul kak... kite lagi hina dr babi.... hina nyer babi sbb dia tu najis muglazah, najis berat..... hina nyer ngn segala perilaku yg mengalahkan binatang...

    mana akal fikiran sampai berani merogol gitu... dugaan nk besar kn anak2 zmn skrg ni lbh sukar dr zmn dulu... zmn skrg kalu anak remaja perempuan hilang, bkn kene culik tp ikut boypren... kite dulu2 nk kuar jumpa boypren pun mengigil nk mintak izin... itu pun mana ada... zmn lps belajar baru kene couple2.... itu pun salah jgk... tp zmn ni lebih maju, lebih kene berhati2

    ReplyDelete
  11. Banyak cabaran kita Ummu dalam mendidik anak zaman kini.....anak2 dah banyak terdedah dengan gejala2 luar. Sebagai ibu bapa kita kena prihatin dan banyakkan berdoa agar anak2 bila besar nanti tidak akan terpesong daripada landasan yang sebenar.....

    ReplyDelete
  12. Iye ummu...berita yg buat sy terfikir ni cerita yg diadakan ke mcm mnr...penat mendengar berita mcm ni...terus reflect pd anak2 dan adik2 yang remaja..bimbang betul

    ReplyDelete
  13. Bila iman hanya diwarisi tetapi tidak dijadikan amalan kehidupan seharian semua ini tidak mustahil akan terjadi UAA. Apa lagi bila hukuman diberi tidak berlandaskan apa yg disaran dalam Al-Quran. Kenapa takut utk menjadikan Al-Quran sebagai perundangan kalau tidak buat sepatutnya tak perlu takut.

    Selagi hukum agama diperlekeh tidak mustahil akan lebih teruk dari ini akan terjadi. Bersama kita jaga dan didik anak-anak kita mengamalkan cara hidup Islam.

    ReplyDelete
  14. Manusia yang ada sekarang terlalu mengerihkan, keadaan yg berlaku bkn berpunca dari sekelip mata, tapi dari mula sebelum pembentukan manusia itu sendiri..bermula dengan kaedah pejodohan untuk membina keluarga. Nawaitu dan usaha kena seiring untuk mencari redha Allah swt..itulah pesanan ulama....sama2 kita saling mengingatkan dr berbuat maksiat..

    ReplyDelete
  15. iyalah UAA..mcm tak caya pulak berlaku dlm negara sendiri..klau india tu tak heran sbb tak islam lahi
    ntahlah UAA mmg bukan senang nsk besarkan anak anak di zaman ini..tak kiralah lelaki ke perempuan ke...hanya didikan ugama lah yg terbaik

    ReplyDelete
  16. kan mak dah membebel hehe.....
    Betullah UAA semakin risau tengok jenayah yg berlaku sana sini . Anak dara dah dah kurang malunya, anak teruna apatah lagi...Jauhkanlah ujian ini berlaku pada kita, anak kita dan keturunan kita...

    ReplyDelete
  17. pemimpin serba moden...kalo memimpin negara berlandaskan alquran n sunnah pasti maysarakat xberani dgn kes begini..mencabar hukum ALLAH...hudud perlu disegerakan

    ReplyDelete
  18. Nak click baca news ni pun tak sampai hati ...

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads