Tuesday, 27 May 2014

Give Me That Haraam Thing

Smalam yg aku cerita ade meeting kat umah and one of the brother yg dtg tuh bawaklah buah tangan berupa coklat dan biskut tuk siaidan..maka dia pun mulalah operasi mengopek dan melantak dengan gembiranya...

Ok..one of the coklat yg dia bagi tuh aku sempat perasaan coklat from Cadbury ..ialah kan issue coklat ber DNA kerbau pendek tuh masih hangat.coklat Cadbury yang kami beli kat sini katanya halal..dan banyak yang diimport dari Malaysia... dalam 2 minggu lepas pun aku ade jugak memakannya...

Kalau dah kat Malaysia yang ade badan yang memantau haraam dan halalnya boleh terlepas..bayangkan pulak kat negara bukan islam kan..so take precaution...jauhkan yg haram mahupun yg disyak haraam..carilah yang halal tuk diberi makan tuk ahli kuarga...

Berbalik pada coklat 2 peket cadbury yang siaidan dapat tuh...dia beriya dok suruh bukak dan nak makan..aku kata tunggu dulu ..nak kena tanya bapak kamu boleh makan ker idak...

Beginilah lebih kurang coklat yang jadi big fight tuh..:)

Bila kami putuskan better jangan makan.throw it away...lalu adelah jiwa kecil yang terkechiwa..

"NO...i will not give you that haraam thing.."

Mengamuk..menjerit2 dan bertantrum..."Give me that haraam thing..give me..." kuat jugak dia melaung..risau kot orang kat luar dok meeting tuh dapat mendengarnya walaupun masa tuh dok berperang kat dapur...sib baik auntie yang dtg bertamu dok kat dapur tuh dah 80s...hmmm

Aku berkeras hati takkan bagi..melalaklah sampai pengsan kering airmata pun..

Agak lama jugak dia mengamuk menangis dan tak makan pujuk..aku sibuk nak masak2..bapak dia sibuk bermeeting..last2 aku teringat akan coklat Kopiko yang agak lama tersimpan dalam bekas..lalu kuberikan padanya...

Sib baik lepas tuh terus brenti dan tak sebut dah pasal 'that haram thing' again..hhhmmm selamat...:)

p/s - ngan budak2 bukan boleh cakap gitu jer apa2 perkataan yang sensitif..kerana mereka tak paham maksud sesuatu perkataan tu..ikut apa yg kita cakap jer...tapi kalau orang lain dengar mau tegak jugak telinga depa wondering...


23 comments:

  1. salam ummu...Salam Israk Mikraj...mudah2an perjalanan hidup kita akan sentiasa di berkati...

    ReplyDelete
  2. 2 la yang sebenarnya kita takut...dah tertera tulis halal tp ada jgk mengandungi benda yg tak halal...camana nk menjwbnya...

    ReplyDelete
  3. bijak Aidan tu, kuat daya ingatan dia....

    nasib baik ada Kopiko jadi penyelamat...

    ReplyDelete
  4. better jgn mkn..lps ni kena slow talk kat aidan ttg benda haram, halal ni..budak2 akn faham jua nti..

    pelik gambar kat coklat tu..

    ReplyDelete
  5. Salam Ummu...
    Susah juga nak explain kat budak2 umur cam si Aidan tu. Pastu kat benda tu ada cop halal, nanti dorang akan tanya lagi napa pula tak boleh makan...huhu

    Dah banyak termakan coklat ni Ummu.....huhu

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sebab sy tak berapa suka makan coklat, tapi makanan lain belum tentu lagi, apa2pun makan benda yg kita sediakan sendiri dan makan yang basic2 jer....

    ReplyDelete
  7. saya ni jenis tak caya cop halal kalau dalam hati ada was2 takkan makan walaupun ada tanda HALAL "BOIKOT CADBURY"

    ReplyDelete
  8. "Give me that haraam thing..give me..." Aidan, nenek ketawa terbahak-bahak dengar kata-kata kamu. Walau kesian sebab kempunan tapi rasa terlalu lucu. InsyaAllah, sampai ketikanya kamu akan dapat membezakan antara halal dan haram.

    ReplyDelete
  9. Kalau Aidan memanglah tak faham lagi UAA. Tapi memang kena bertegas. Anak kakak dok buka tong sampah dua-tiga kali kata sayang. Kakak buang semua stok coklat cadbury macam-macam perisa walau yg disahkan 2 perisa (buat masa ini). Bila dah ada syak, dzan dan waham apa pun tak boleh makan.. kakak tak tahu nak beli coklat apa pulak lepas ini. Dua kali kakak kena dik. Dulu peppero, sekarang cadbury.

    ReplyDelete
  10. tu la mslh kt skrng kan? ade cop halal tp masih diragui kan.

    ReplyDelete
  11. Betulnya UAA.... mmg tengah hangat kat sini pasal Cadbury tu..... risaukan....
    Yelah namanya pun budakkan manalah dia faham.... nasib aidan boleh tolak ansur lepas tu!

    ReplyDelete
  12. Nak cakap dengan anak2 kena cari ayat2 yang sesuai dengan pemahaman umur mereka. Mujur Aidan tak kisah terima Kopiko sebagai pengganti.

    ReplyDelete
  13. Salam Ummu...
    erm! tulah kan klu sy pun mmg takkan bagi makan.. nangis lah mcm mana pun.. adui! mmg Cadbury ni dah ada yg terlepas dlm tekak ni...huhu...

    ReplyDelete
  14. fuh.. dalam keadaan kelam kabut macam tu bertantrum memang menguji kesabaran kan.. ;)

    ReplyDelete
  15. hahahhaha pandai ek... the haramm thing... aidan2...

    ReplyDelete
  16. Saya bayangkan ini: kalau coklat yang tertera sijil halal Jakim pun didapati tak halal, bagaimana dengan sijil halal yg dikeluarkan kpd coklat syarikat2 lain..? Harap2 halal meraka bukan halal palsu seperti Cadbury....

    ReplyDelete
  17. tu lah rasa sedih sgt kan pasal isu cadbury tu..
    nilah kalau ekonomi kita bergantung kat bukan org islam.

    melalau pngetahuan sy, halal certification dr negara bukan islam biasanya lebih dipercayai sebab negara yg majoriti bukan islam dikuatiri tercampur benda yg haram. berbanding dgn negara islam. contoh kalau kita makn kat kedai, tgok org melayu berniaga kita cop halal ni..sedangkan kita x tahu pun sumber nya. tp kalau kita tgok cina..kita rasa ragu2. jadi kalau cina nk dpt halal cerificate susah sikit.

    ReplyDelete
  18. Ia ummu marah betul rasanya..entah dah berapa bakul mkn nya...Naufal pun melompat2 nak beli 2 hr lepas...pujuk dengan aiskrim

    ReplyDelete
  19. Nasib kami semua bukan penggemar coklat dan tak suka dengan coklat cadbury sbb agak manis…
    Ala, kesian kat Aidan.. mmg dia belum faham apa itu haram… Nasib baik ada kopiko sebagai penyelamat

    ReplyDelete
  20. hahahaha sakit perut i gelak, ok isu sensitive tapi abang aidan ni kan.... memang six pack tau perut i kalau duk gelak lagu ni hari2.

    ReplyDelete
  21. Salam UAA,

    He he, kesian sbb kena tahan drp makan that haram thing! Anak2 memang gitu, straightforward je dia. Ada pernah sekali semasa mrk krcik2, kami ke klinik. Sementara menunggu giliran masuk jumpa doktor, datang satu keluarga yang suaminya tu staf tempat kerja Mak Aji. Anak Mak Aji kata - eh eh, gemuk2nya! Memang isteri dan anak2nya berbadan plus size! Mak Aji punyalah terkejut dan malu entah mana nak letak muka!

    ReplyDelete
  22. nanti dia faham insyaallah.. tapi jenuhla kita nak explain... :)
    anak bongsu akak hari tu nampak tanda halal jakim (mcm iklan2) kat tangga pusat beli belah. bersungguh2 dia tanya " mama, tangga pun mesti ada halal logo?" dan bersungguh jugak mak bapak dia explain bagi faham .. haha

    ReplyDelete
  23. Comel gile la budak Aidan ni mengamuk sambil cakap macam tu. Sambil taip komen ni, saya tgk FB kat henfon. Tetiba ada kawan share berita terbaru daripada astro awani.com, yg majlis fatwa kebangsaan kata Cadbury halal pulak. Pulakkkkk dahh... Betapa mudahnya diperkotak katikkan.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads