Saturday, 3 May 2014

Bendi Bertunas dan Lama Tempoh Berbuahnya

Pokok2 kacang bendi yang ditanam dikebun sejak hujung tahun lepas nampaknya lebih panjang usianya dan lama pulak berbuahnya..tidak seperti yang ditanam dari baka yang sebelumnya..berbuah untuk seketika kemudian pokok mula mengering dan mati..

Yang ade sekarang nie sekali tanam tahan berbuah sampai berbulan2 walaupun pokoknya sudah meninggi dan mengeringg namun dari bahagian bawah batangnya tunas muncul dan berkembang..tidak mengambil masa yang lama..terus berbuah..

 Tunas yang masih kecil mula muncul..

 Semakin besar

Batang yang sudah tidak berbuah dipotong agar bertunas dengan lebih mudah dan pokok lebih rendang..

 Pokok2 semuanya di 'trimmed' agar menjadi lebih rendah dan mudah bertunas..

Alhamdulillah yang bertunas begini memudahkan kerja ..tak payah tanam kerap sangat..hasil pun mencukupi tuk keperluan keluarga..3 hari sekali pun dapat menuai ..kadang2 tak tertuai, maka banyak yang menjadi benih dipokok.. 

11 comments:

  1. Saja nk tengok kebun ummu..
    makin subur..

    ReplyDelete
  2. pokok bendi boleh berbuah banyak kali rupanya...ingat sekali jer cam pokok jagung...jimat camnie hasil berkhasiat yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  3. Kan ummu...yg jenis banyak kali bertunas ni memang jimat masa...sekali tanam..boleh tuai byk kali

    ReplyDelete
  4. salam UAA, bagus ni...baka jenis apa ummu?

    ReplyDelete
  5. salam perkenalan...bestnye tanam sndri, nak makan pon rs selamat je sbb cnfirm xletk racun bukn2...heeee

    ReplyDelete
  6. salam ummu..nampaknya bertahan lama ye bendi yg ni... tak putus bekalan lah nmpknya...;)

    ReplyDelete
  7. owh mudah la kalau gitu kan, pokok pun bangga dpat berbakti pada tuannya sebab diappreciate gitu. I hari tu belek2 bendi ni delam 5 ker 6 bijik harga 2euro.. dah ala tua2 pun gayanya tu yang banyak kali pikir. hmmmm

    ReplyDelete
  8. Di Utara bendi juga dipanggil 'kacang lendiaq' (kacang lendir)....

    ReplyDelete
  9. Salam UAA,

    Sama ngan @na, Mak Aji pun nak tahu baka apa??

    ReplyDelete
  10. meriah dgn bendi. bendi ni senang nak tumbuh rupanya.

    ReplyDelete
  11. kalau masak bendi ni pasti berebut dengan anak2.. hehehe..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads