Tuesday, 13 May 2014

Banyak Kerja Kotor Tangan Menanti

Lepas baik dari demam mulalah takleh dok diam..asyik nak buat setel kerja yang dok berlambak menunggu diluar dan didalam umah. Yang diluar pun limited sangat masa yang boleh dihabeskan dengan pagi yang agak sejuk tak sesuai nak bawak Acicha keluar umah ..silap2 aribulan kan kena sound ngan bapak dier..huhuh

Only bila dah panas sket atau masa dia tidur jer boleh kuar buat kerja dilaman sket..

Seminggu yang ditinggalkan alhamdulillah pokok mampu menjaga diri masing2...heheh..cuma rumput rumpai pun kemain seronoklah tumpang sekaki hingga tak nampak pokok yang masih kecil2 itu..

Aster yang semakin membesar...dikelilingi oleh rakan taulan pelbagai jenis rumput..

Petak bunga yang kat depan nie pun semakin semak dengan rumputnya...tuhlah pasal En.AAA tak menggalakkan tanam pokok bunga...agar mudah dia mesin jer rumput tuh rapat2 kebumi...

17 comments:

  1. Salam Hormat,
    Bagi saya seorg yg newbie disini..ingin mengirim & mengucapkan Selamat Petang dari benua Amerika Syarikat. Ye..keluarga kami asal usulnya dari Malaya skrg Malaysia..tapi telah menghadapi perpisahan dan sedang bermastutin dipulau Temasek sebelum melontor ke USA. Keluarga kami masih boleh berfahami dlm Bahasa Melayu..so mintak maaf terdahulu kalau lontar sesuka hati dilaman web akak. Okay..luking fwd to seeing ur post..and truly a blessings in disguise that u live in Fiji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beribuan terima kasih utk posting entry aku..Juz curious..besides..akak..adakah masyarakat Melayu, India atau Cina dari M'sia atau S'pura bermastutin dipulau Fiji? Disamping berhalaman dgn garden yg begitu indah..bolehkah akak berfahaman dlm bahasa Hindi? kerana keseluruh pelepah atau masyarakat India tak kira Utara atau Selatan semua berloghat dgn satu bahasa Fiji Hindustani. Cuba kongsi berpengalaman ini..kerana it'd be so advantage..Thxs in advance..:)

      Delete
    2. ade pelbagai rakyat malaysia kat sini cina india melayu ditempat berbeza2...embassy malaysia pun ade...sy cuma paham2 sikit jer hindi..
      betul tuh dorang cakap fiji hindi...

      Delete
    3. Oh..begitu..tak sangka..rakyat M'sia dipulau Fiji pun ader...anyhow..baguslah akak pun boleh paham sikit Hindi..kalau gitu..dlm bahasa Fiji Hindustani..Aapko milkar hama bahuti kushi hogi..:)

      Delete
  2. Dah sama rupa pokok bunga dengan rumput rampai tu kan Ummu.....:D

    ReplyDelete
  3. saya langsung x pandai menanam..

    ReplyDelete
  4. tanah kat sana subur betul kan....kemain lagi rumput tu tumbuh...

    ReplyDelete
  5. Salam UAA,

    Kat sini pun sama, bila hari-hari hujan pokok suburlah (tapi ada juga yang naik kulat - terlebih air) begitu juga rumput rampainya juga. Buat weeding yang perlu banyak masa terbongkok-bongkok (sakit pinggang weh!).

    ReplyDelete
  6. acu bui acicha berkubang kat laman tu, uhh mesti sonok dia kan hehehee.

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum dik.
    masih aktif berkebun kan, syukurlah..semoga sentiasa sihat dan gembira.

    ReplyDelete
  8. Sekarang di Malaysia musim hujan, rumput cepat panjang. Susah2 saya kadang2 racun saja, takut ada benda berbisa sembunyi di dalamnya...

    ReplyDelete
  9. hari ni cuti wesak say cuma bjaya menanam serai. hihi.

    dan kelmarin ibu sy ke meeting persatuan peladang.. katanya ada sorg pakcik ni hidup mewah dengan tanam bunga kantan saja. tanah luas 10ekar. ada pekerja. laku keras bunga kantan. di kedai sebatang rm2.50 paling mahal sy penah jumpa.

    sy pon taktau kenapa sy menulis ini tpi tiba2 sy teringat "pertanian asas perniagaan" ;)

    ReplyDelete
  10. Salam... Saya pun teringin nak tanam bunga. Tp tmpt kecik je. Tak lm la tu nak ke simen. Adeh... Tanam bunga dlm pasu je la.

    ReplyDelete
  11. rumput yek tu kak... ingatkan pokok kucai heheheh.....

    ReplyDelete
  12. cepat jugak tumbuh rumput kan Ummu..

    ReplyDelete
  13. Seronok buat keje keje kg ni kan. Ajak anak anak join sekali. Mesti depa suke.

    ReplyDelete
  14. part pokok bunga tu moga membesar dengan sihat hendakNYA.. cuma jenuhlah nak cabut rumput kelilingnya..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads