Saturday, 29 March 2014

Ubi Kayu in the Making


Kejap sangat rasanya yang baru ditanam nie membesar. Rasanya hujung tahun lepas tukang kebun tanam, kini dah setinggi rumah dah. Kalau ubinya lak tak surelahdah berisi ker blom..biasanya dalam 9 bulan jugak nak dapatkan yang sedang elok. Tapi kami biasanya mula menggali dekat setahun usia jugak.

Rasanya faktor cuaca yang banyak memainkan peranan membantu pembesaran pokok ubi kayu. Dengan taburan dan kekerapan hujan yang agak tinggi dalam tahun nie nampak cepat sangat besar dan subur..kalau dulu lama jugak tunggu nak setinggi nie.

Kalau bagi orang2 asli Fiji ubikayu adalah salah satu makanan asasi mereka..macam kita makan nasiklah dorang makan. Kalau kami adelah sekali sekala rebus dalam sebulan tuh..ade jugak buah kuih..dan sekarang tunggu tuk buat tapai lak...inshaallah..:)

15 comments:

  1. Salam.. Wah sedapnya tapai ubi.. pastu goreng mcm goreng pisang.. (^_^) sy kalu balik terengganu memang cari ah.. sebab org kedah tak reti makan.. xpernah jumpa sini.. suka.. suka.. suka.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. pucuk dio sedap tu kak nor..rebus cicoh ngan budu sambal belacan..hhehehe..

    ReplyDelete
  3. ha ah cicah budu pun sedapp

    ReplyDelete
  4. masak lemak pucuk ubi yang ditumbuk bersama jantung pisang, masakan org kampung tempat saya...kecur liur pulak bila ingat.

    ReplyDelete
  5. Tingginyaaa.....kami punya rendah lagi. tak sabar nak makan bengkang dengan ubi kayu tanam sendiri

    ReplyDelete
  6. sementara tunggu ubi berisi...makan pucuknya dulu..sedapnya buat masak lemak..

    ReplyDelete
  7. salam UAA, buat pulut ubi kayu sedap tu ummu...

    ReplyDelete
  8. salam kak.. tapai ubi mmg fav sy :)

    kalau dapat buat lepat ubi pon sedap. hihi.

    ReplyDelete
  9. selalu jugak nampak ubi kayu kat sini, tapi tak pernah beli sebab bukan dalam khalayak makanan kegemaran hehehe. tak reti pun nak buat kuih2 nak kena parut bagai, tapi rebus makan ngan nyior muda sedap gak ni kan.

    ReplyDelete
  10. Ubi kayu rebus dicicah dengan kelapa parut, makan petang2 pula ketika masih berasap memang menyelerakan.....

    ReplyDelete
  11. UAA..mai sekilo...nak rebus cicah sambal bilis

    ReplyDelete
  12. dah terbayangkan tapai goreng.. dapnyee..

    ReplyDelete
  13. Kalau tanam kat sebelah rumah orang ni agaknya mmg tak bercabut kot hehe

    ReplyDelete
  14. tepi rumah pun ada pokok. Mmg pekebun sejati ni. Buat kerepek macam tahun lepas. pastu seminit je habis kan? Sbb aidan suka makan. heheh.

    ReplyDelete
  15. Klu jd kn mknan ruji xkembong perot ke kak nor?? Biasakn dia ubi berangin..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads