Alangkah ruginya kan jika kita mempunyai ruang yang agak selesa untuk bertanam namun tidak dimanfaatkan sebaik mungkin..masa berlalu begitu sahaja tanpa membuahkan hasil bumi..kalau dibuat sesuatu setidak-tidaknya sikit sebanyak inshaallah ade jugak rezki yang mungkin tertulis..
Atas kesedaran itulah peladang suami mengambil inisiatif tuk memulihkan balik ladang kami yang bersemak samun..at least sedikit demi sedikit usaha dicurah..lama2 lengkaplah jugak kan..
Itulah yang dia mencuri masa dihujung minggu lepas tuk memulakan balik usaha berkebun nie..
Bahagian luar...alhamdulillah clear dah sikit ..'jerudung hantu' sebelah kanan tuh pun selamat semuanya dibuang..mungkin cuba petola jenis lain atau tanaman lain plak lepas nie..
Didalam 'tapak greenhouse' ..nak sebut greenhouse pun malu sebab dah takder rupa dah..dengan 'green shade' pun nampaknya semakin mereput..nak ganti yang baru rasanya tidak berbaloi dengan aktviti yang agak terhad gini..so just manage jerlah ngan apa yang ade..inshaallah bila 'cool season nanti tak perlu shade dah..
Akhirnya berumah jugak sawi putih yang sekian lama duduk dalam bekas tuh..yang pokok besar sikit tuh dari yang batch ditanam terdahulu..banyak yg rosak kerana hujan...Bila tanam yg baru dibatas yg dah dibaiki sikit En.AAA tak cabut jugak 2 pokok tuh..nak simpan buah benih kot..huhuh
Namun tidak dapat jugak peladang suami berkebun setiap petang kerana lately petang jer asyik hujan..pagi manalah sempat kan...
Sebenarnya teringin sangat nak turun keladang pepagi tanam sayur, siram sayur tengok kebun yang menghijau...namun apakan daya keadaan masih tidak mengizinkan. siArissa nie kalau letak dalam stroller bawak gie kebun, silap aribulan terlepas pandang..maunya jatuh sebab dia suka sangat berdiri dalam stroller...huhuh..


seronok dapat berkebun at least keluar peluh jugak...tapi kena rajin lerr...
ReplyDeletesedapnya mata memandang...penuh kehijauan
ReplyDeletePastinya kalau balik Malaysia akan rindukan kebun ni kan?Maklum dok kat Malaysia nanti laman rumah sekangkang kera sahaja kecuali kalau dapat balik dok kg laa...peritnya kalau duduk rumah pangsa, kondo etc..bagi yg dah biasa ok la tapi yg dah biasa berhalaman luas apatah lagi berladang pasti akan parah jiwanya..meruntun meminta tanah utk digemburkan..pasu2 akan jadi mangsa.
ReplyDeleteWalau sikit-sikit dan pelan-pelan lama-lama penuh batas tu UAA.
ReplyDeleteBuat UAA nak bantu AAA kena tunggu anak dara besar sikitlah macam abang Aidan nanti dia tolong tanam sekali hihi...
salam UAA, ijau nye kebun...bole arissa golek2 ni...hehehe
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSeronok kalau ada tanah lapang yang luas. Boleh tanam macam-macam sayur. Tapi nak mengerjakannya la kena membanting tulang kan? hahahaha.. Kalau ada yang tolong okay lah, kalau sendiri buat semua..pengsan!
Salam UAA...kalau letak Arissa kat tikar camna agaknya ya? merata dia pergi kot huhu
ReplyDeleteKalau bawak Arissa turun kebun takut nanti gatal sana gatal sini pulak Ummu.
ReplyDeletesalam ummu...alhamdulilah mudah2an semuanya berjalan dengan lancar..kak siti dalam bab2 nak memulihkan kebun ni memanglah agak malas...hehe
ReplyDeleteassalamualaikum ummu...mmg seronok kalau dpt menjlnkn xtvt berkebun mcm ni...:)
ReplyDeletenape nama dia jerudung hantu kak? pasni boleh la tnm mcm2 lg ek kak
ReplyDeleteSalam Ummu... rinduunya nak dgr kisah abg Aidan & Arissa...hihi
ReplyDeletedah clear nampaknya kebun tu.. Arissa lasak juga ya nak turun menolong ler tu...hehe
klu tak tebas...banyak plk binatang buas nti...semangat kerajinan tu yg penting...
ReplyDeletehehe..jarang2 ditunjukkan 'situkang kebun' tu...kadang2 angle dari belakangnya ja..kdg2 tangannya ja..:)
ReplyDeleterajinnyer, baguslah, mmg x rugi pun kalau berbudi pada tanah ni !
ReplyDeleteBetul kata Samsiah, teringin sesekali tengok wajah si-tukang kebun yang sungguh ringan tulang itu....
ReplyDeleteCorrection: Betul kata Kamsiah, sesekali teringin nak tengok wajah tukang kebun yang tersangat ringan tulang itu...
ReplyDeleteJR siap typo lagi. hahaha...
DeleteUAA, nnt kalo dah takpe idea nak tanam apa, backyard tu bersihkan je la then buat taman untuk arissa main kejar2 dgn abang dia.
kat kg masa kecil dulu tok ayah suka berkebun.
ReplyDeleteteringat arwah
makin terhad masa yang ada kan ummu.. dak Arissa pun sedang membesar.. jadi kenalah curi-curi masa kat ladang tu..
ReplyDeleteseronok tgk wpun akak ada anak kecik smpt juga curi masa buat seme ini..
ReplyDeleteXpela...setidak-tidaknya lapang dh cikit kebunnya. :)
ReplyDelete