Saturday, 1 February 2014

Tomato Dimusim Panas

Diawal tahun hinggalah datangnya musim sejuk merupakan tempoh yang agak sukar untuk menanam tomato. Ini kerana macam sekarang nie adalah musim yang teramatlah panasnya..nak dok dikebun lama sikit pun tak larat kepanasan..maulah terbakar kulit..

Dan musim ini jugak tomato susah untuk didapati dipasaran atau market..kalau yang import tuh ade, mahal sikitlah..yang local pun semakin mahal...pun begitu Alhamdulillah masih ade rezki untuk menuai tomato dari ladang sendiri yang ditanam almost  bulan yang lepas..

 Tak sangka walaupun musim panas buahnya agak besar dan juicy jugak..cuma sedikit merekah kerana kepanasan. Ini kalau sebanyak kalau besar kat pasar sudah $2.00..

 Inilah batas tomtao bercampur semak samun, nak pijak kaki pun serba salah..haruslah tidak cukup masa tuk bersihkan kebun lately..En.AAA katanya nak mesin ngan pemotong rumput jer..mungkin dah setel kot, tak sempat nak jenguk..huhuh

Yang nie sempat diselamatkan..terselindung didalam semak samun ngan hujan lebat sehari dua yang lepas, hampir2 rosak tomato2 nie...walaupun sedikit tetap precious..:)

Rasanya dah perlu mula menabur benih yang baru dah nie agar sempat berbuah by the cooler season..inshaallah. Cuma masa yang nak diluangkan tuk aktiviti kebun nie jer yang tak adenya..full time sibuk ngan mem kecik jer..huhuuh somehow kena carik jugak masa..

12 comments:

  1. alhamdulilah ada rezeki dr ALLAH

    ReplyDelete
  2. Dapat juga merasa tomato ya Ummu... lu nak beli tu mgkin agak mahal kan..:)

    ReplyDelete
  3. Merah nyala tomato tu... Sedap boh dalam meggie mee ni... Nani still kat kg.. Esok pagi baru balik kl insyaallah. ... Semoga perjalanan esok berjalan dengan lancar....

    ReplyDelete
  4. Harga $2.00 tu sebiji ke sekilo? Kalau convert $2.00 tu dengan RM agak-agaknya berapa erk...?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ummu,
    Ni kalau buat sambal belacan.. sedap ni..

    ReplyDelete
  6. nnt ada dua helper UAA
    ....mem kecik tu sat je besarnya nnt

    ReplyDelete
  7. Tomato biasa berguna utk nina masak tomyam jea. Hihi. Kureng gemar sikit tomato ni ;) selamat menabur benih yea.

    ReplyDelete
  8. kan somehow kena cari juga masa untuk gardening...sy pun dah start menyemai ni...dan bermula lah blog ni akan byk kali di view untuk cedok ilmu perkebunan ummu hihihih..

    ReplyDelete
  9. salam kak..

    alis plak tgh tggu buah sulung tomato ceri kat rumah.

    tomato mask diguna retis korea utk kecutkan pori2 muka. maka.. ehem.. kena la rajin2 nanam tomato. hehe..

    ReplyDelete
  10. Bila ada ruang dan peluang jangan lepaskan.. kalau tak, nanti takde stok tomato..

    ReplyDelete
  11. Tomato ni walaupun sekali sekala perlu masuk dlm masakan tapi penting jugakkan UAA..... pikir diri sendiri.... agaknya kalaulah OKje kena tanam sendiri baru boleh nak makan sayur....emmm mampu ke tak agaknya...

    ReplyDelete
  12. Mmg precious ksk..dh la sikit buah ye klu dpt tu...mmg sgt2x alhamdulillah..dpt jgk fresh dt kebun..xla ssh kn nk beli2x mhal...

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads