Saturday, 4 January 2014

Semuanya Terbantut Kerana Serai..

Adakah duit dapat membeli segalanya..? Of course lah semua orang tahu jawapannya 'NO'..kann?

Salah satu sebabnya tak boleh beli ngan duit kerana benda yang kita nak tuh takder dijual..dan jalan untuk mendapatkan apa yg kita nak tuh cuma samada mintak ngan orang yang ade ataupun cuba adakan sendiri jerlah kat tempat kita kan...

Ok..samalah cam kes aku nie..serai sebetulnya ade kat sini...tetapi bukanlah item yang dijual dipasar2 mahupun supermarket..macam limited itemlah nie.. namun gitu hanya sedikit sahaja ditanam oleh orang2 yang berminat untuk menanamnya..sebabnya?

Mereka tak gunakan serai dalam masakan ..mereka gunakan cuma sebagai perubatan tradisional seperti merawat demam dan sewaktu dengannya..dan..mereka bukannya gunakan batang seperti kita..mereka amek daun untuk direbus dan dapatkan air rebusan tuh...(blh baca cerita konflik pasai serai nie kat sini..)

Cuma rasanya aku sorang jer + mereka yg dok kat embassy tahu gunakan serai nie tuk masak..Al maklumlah masakan melayu memang banyak gunakan serai untuk menu yang specialnya...

So learnt from previous lesson..kami pun tanam serai kat laman..yang generasi pertama tuh membiak berumpun2..tak berhabisan nak tuai..gunanya pun bukanlah selalu kan..hinggalah beralih tempat sebab En.AAA kata dia nak reserve tempat tuh tuk projek lain..

Bila beralih tempat..jadi tak segemuk mana..tambah2 tempat agak terlindung ..maka tak terjagalah..last2 terperasan yg mereka tuh hampir pupus..aku cuba selamatkan dengan tanam kat tempat yg lebih baik..namun nampak tak menjadi..alih lagi..dan inilah yang tinggalnya..

Berbulan dah..tapi tak beranak pinak jugak...mcm mana nak beranak kurus jer badannya

 Yang nie plak yg aku tanam asalnya kat tempat lain..dek kerana terlindung cahaya matahari sebab kena blok  ngan ulam raja..akhirnya tak jugak berkembang-kembang..

Haruslah aku risau jika tak ade stok serai kan...camaner aku nak buat satay nanti? kuah kacang..? tomyam..? Jadik aku pun ngan muka tak malu mintak kepada orang yang ade dilamannya..dapatlah beberapa pokok tuk dimakan & ditanam..

Namun En.AAA tidak lagi percaya akan keupayaan aku menanam serai nie..bila aku nak tanam dia mula bising..katanya yg nie dia biar dia yg tanam & jaga..so taknak gaduh2 aku pun biarkan jerlah dia tanam..nampak bagus jugak perkembangannya walaupun baru berusia sebulan..eloklah dari yg aku tanam tuh..

Nampak gayanya semua serai2 belum ready untuk dituai..jadi terpaksalah aku menahan keinginan tuk memasak rendang mahupun Thai green curry mahupun kuah kacang..melihatkan kepada pokok tuh haruslah tunggu setidak-tidaknya 3 bulan lagi tuh...haaiii kempunanlah nak makan Thai Green Curry gini gayanya...

13 comments:

  1. kalo kita nak takde kang taknak banyak pulok yer..
    gitu la ummu..nampak gaya En.AAA lagi teror bercucuk tanam ni..
    zee ada try tanam dalam pasu tapi tak menjadi..nak kena cari tanah elok skit kot..skang nak kena start tanam ler skit2..beli mahal..huhuhu

    ReplyDelete
  2. betul..bkn tiap hari kita guna serai dalam masakan tp 'wajib' ada serai kat belakang rumah..:)

    ReplyDelete
  3. Hahahahahs....segho po lawak la pulok....serai ngaju kottgtt

    ReplyDelete
  4. Samalah Ummu...kat kampung kalau nak guna serai just ambik kat belakang rumah. Tapi macam aku duduk kat bandar, klu nak guna serai terpaksa belilah jawabnya....huhu

    ReplyDelete
  5. semoga serai-serai tu cepat beranak pinak :)

    ReplyDelete
  6. Tanam serai tu sebatang kara...patutlah
    Cuba duetkan, baru boleh beranak pinak kut...hihi

    ReplyDelete
  7. serai mmg tumbuhan utama. ada satu homestay di bagan lalang pon smpai tanam 3 rumpun serai utk tetamunya kot nk buat bbq di laman.

    ReplyDelete
  8. Saya senang membaca catatan ibu tentang hari-hari di Fiji ini.
    Kebetulan saya sedang melancong di Fiji.

    Kalau sedang rindu masakan melayu, saya baca blog ini. :)
    kebetulan juga saya tinggal di rumah kawan dari Indonesia yang banyak menanam tanaman bumbu macam serai, kunyit, dan lengkuas. :)

    ReplyDelete
  9. Umh sy bnyk serai ni...nak anta jauh le pulak...hehe...

    Biasa la tu...time nak sngt tu la dia x maju nak bekembang...

    ReplyDelete
  10. haha..kena tunggu serai byk baru masak Thai Green Curry tu ya Ummu. kena sabar lah jawabnya.. babah pae pun ada tanam serai tau, mmg subur bila dia yg tanam, sy tau ambil bila nak masak je...haha

    ReplyDelete
  11. tapi kita ni time takde tu la kita rasa nak masak sangat2 benda yang menggunakan bahan yang kita takde tu kan. Heheh.

    ReplyDelete
  12. Tapi jangan terkejut serai kalau dia dah nak tumbuh mmg galak tumbuhnyakan UAA....dulu tanam jugak depan rumah ni tapi biasalah taman okje ni ......banyak anjing melilau lilau hehe

    ReplyDelete
  13. pokok serai tu merajuk dengan UA lah tu..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads